Thursday, February 21, 2008

rasa


Salam sejahtera ke atas kalian yang masih punyai masa untuk menyinggah. Hampir sebulan aku meninggalkan laman sesawang atau 'website' ini. Manakan tidak ia bersawang, nama pun laman sesawang. Aku sudah kembali ke Johor. Dan aku sedang di saat-saat akhir hendak meninggalkan Malaysia semula. Di sebalik 'come-back' ni, aku yang sepatutnya riang gembira mempunyai perasaan yang bertentangan. Hal ini tiada kena mengena dengan Malaysia 'versus' UK.

Perasaan. Perasaan adalah suatu perkara yang pelik. Dan aku...aku malas untuk berperasaan tetapi ini adalah sesuatu yang melanggar fitrah. Aku tau itu. Dalam masa dua minggu aku di'rush' untuk mempunyai perasaan yang aku tak punya. Aku tak pasti sama aku suka atau tidak dengan keadaan itu. Aku pelik dengan orang-orang yang berjaya melaluinya. Menyatukan perasaan dengan fikiran-fikiran liar dalam kepala adalah sesuatu yang sukar bagi aku. Hari ini aku sedih. Bertubi-tubi soalan ditujukannya kepada aku. Semuanya aku tepis dengan perkataan TAK TAU.

'Awak semacam nak kebahagiaan dan bila kebahagiaan tu tiba, awak nak bunuh ia. Kenapa?'

'Awak lapar. Awak diberi makan. Tapi sebaik makanan itu diberi, awak lempar makanan tu. Kenapa?'

'Mana hilang gelak tawa awak. Dah tak ada kan? Salah siapa?'

Salah aku ke? Adakah aku orang yang tak mensyukuri apa yang telah dikurniakan Allah kepada aku? Aku hanya berkata, "Saya tak ada apa nak cakap sekarang ni." Aku dah cakap aku kompleks dan kau pulak nak aku kasi jawapan bila aku rasa aku tak nak bercakap. Aku memang jenis yang suka berlari. Kadang-kadang buat aku rasa aku ni tak boleh berkawan dengan siapa-siapa. Kadang-kadang aku tak ada perasaan untuk diluahkan. Tapi ini? Ini bukan rasakah?

Aku tak tau apa yang aku rasa. Tapi untuk menuduh aku melemparkan benda yang aku perlu adalah penyataan yang tak adil buat aku. Walaupun aku tak punya hujah untuk meningkah apa yang kau tujukan kepada aku.

Aku perlukan masa. Aku juga perlukan sebuah gua.

Jaga diri kalian.

2 comments:

Minci said...

Hmm.. saya bersetuju bahawa pernyataan makan dan 'rasa' itu tidak patut disamakan intipatinya.

Rasa itu complex.

Anonymous said...

tapi rasa itu mematangkan diri