Thursday, December 13, 2007
siri kejadian malang
Alhamdulillah. Aku dah pun selamat sampai ke Malaysia oh tanah airku. Banyak benar halangannya sehingga aku berasa ‘woah!’ sebaik semuanya selesai.
Cerita bermula dengan layanan buruk yang kami terima daripada pegawai yang bertugas di lapangan terbang Manchester. Entah kenapa dia tidak mengendahkan kami. Pada mulanya aku masih boleh bersabar. Minci sudah mula membebel tapi aku kata, “Oi, sabar sikit.” Tapi apabila aku sedar bahawa dia telah mengedarkan surat yang menyatakan bahawa ‘flight’ kami ‘delay’ kepada orang yang beratur di hadapan dan di belakang tetapi tidak kepada kami, aku mula marah. Bodoh betul. Tak ke berapi, kalian? Maklumat yang penting sebegitu tidak disampaikan kepada kami secara terus. Aku ‘blur’ OK. Sila cakap secara terus dengan aku.
OK. Jadi ‘flight’ yang sepatutnya bertolak pukul 1.30 petang hanya mula bergerak pada pukul 6 petang. ‘Delay’ disebabkan kabus tebal. Kami sampai di Dubai pada pukul 5 pagi dan beratur secara bergilir-gilir untuk menukar tiket kami yang dah pun tak ‘valid’ kerana sepatutnya kami menaiki ‘flight’ transit pada pukul 3 pagi. Pada pukul 9 pagi barulah kami sampai ke kaunter. Barisan tak pun panjang tapi akibat masalah setiap penumpang di’settle’kan dalam masa setengah jam maka kami pun terpaksalah beratur selama itu. Alhamdulillah kami mendapat tiket ke Malaysia yang paling awal ‘available’ dengan pesanan, “You have to hurry. The gate is closing now.” Maka bermulalah aksi ‘lari-berlari’ oleh Minci dengan diikuti aksi ‘malas-nak-layan’ oleh aku. Akhirnya kami sampai ke pintu masuk yang berada di hujung bangunan terminal.
Dalam ‘flight’ untuk ke Malaysia sekali lagi berlaku ‘delay’. Aku sempat tertidur dan terjaga dengan rasa segar tapi kapal terbang masih belum bergerak. Ditambah malang aku apabila orang yang duduk di sebelah aku amat ‘irritating’. Dia berbangsa asing dan asyik mengayat aku. Adoi! Ayatnya, “You have beautiful eyeballs.” EYEBALLS OK, bukan ‘eyes’. Tak ke macam nak cakap dengan dia, ‘Kepala hotak lu…’ Haih. Aku yang tak mengantuk pun terpaksa pura-pura tidur sebab malas nak layan dia. Minta alamat, minta nombor telefon, tanya apa yang aku suka, semua tak dijawab. Mangkuk betullah. Aku memang tak tau nak cakap seksa tahap apa. Siap ‘offer’ aku minum ‘wine’ dua kali walhal dia kata, ‘I know you must be a devoted Muslim.’ Haih, lagilah aku benci kau lanun!!
OK. Maka akhirnya sampailah aku ke KLIA. Satu lagi peristiwa malang terjadi iaitu bagasi kami tak muncul-muncul. ‘Report’ terpaksa dibuat dan kami keluar melalui pintu balai ketibaan lebih kurang jam 12 tengah malam. Waaa….kami yang sepatutnya tiba jam 2 petang hanya berjaya sampai pada waktu selewat itu. Itulah kuasa Allah. Anak-anak saudara aku dah bosan menunggu seawal jam 9 malam. Bila aku keluar, mereka berlari-lari mendapatkan aku. Arieq tercengang-cengang tak kenal mana satu Bondanya. Dapatlah aku tiga kuntum bunga ros daripada setiap seorang hari itu. Hah…bunga? Haha.
Dua hari kemudian barulah bagasi aku dijumpai dan dihantar terus ke Johor. Tapi tuannya pula masih di KL bersukaria makan sana-sini. Semalam aku tiba di rumah dan hari ini barulah aku berjaya mengambil bagasi aku setelah dua kali ke kaunter pengurusan bagasi.
Hoh. OK. Tamatlah kisah ‘The series of unfortunate events’ aku. Tapi tentulah ada hikmahnya, kan? Dapatlah aku beberapa helai baju dan keperluan diri yang baru. Heh. Apa-apapun, syukur semuanya OK. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Naik ape balik sini. Belon ke?
Nk tanya skek. Kat kl ni, Awk mengepau arieq ke atau Arieq yg mengepau makciknya?
belon la ok naek untuk balik ke sini..wahahhah..
oh..seken day je arieq dah ngepau makcik dia jam ultraman..makcik die ngepau nenek die..muahah..
After baca all of da story...lega la pulak...hehe
first..both of u selamat sampai.
second...sib baik xsilap org (adala kisah sbaliknya..)
mamat berbangsa asing sapakah lak? org arab ke org puteh?
huishh..suka sgt nak ngurat gadis melayu..minci tak kena skali ke..har har har ;P
jettt...
lame sungguh tak dtg sini..
sorry...tula thanxgiving cuti lame..
waa..sronok ekk balek..
raya haji hntr makanan pg states plzz..
daju raya..in the middle of finals week..aarghh..tertekan seketika..
kasyah..haha..lega apeka..ei..ei..sile story ok..nak tau gak hal ingat salah orang tuh..plis......
mamat berbangsa afrika atau lebih tepatnye nigeria..ee..rase nak sekel..kamen, katanya orang sekeliling die baik2..sebab kitorang dok separate..so, cmtula jadinya..
daju..no prob, kami pong lama x lawat kamu..how are u?woah, final ke..gudlak yeh..all the best..nak apa raya aji?bak sni alamat..hehe..neway, happy hari raya aji to u..
jet bestlah kamu balik msia.leh makan banyak2
jojet !!
sungguh tragis (trajis?!) kejadian itu..hehe..ape pong ko da slamat sampai mesia..alhamdulillah..tp tetap membuat daku cemburu..karena kamu boleyh ber-hari-raya-aidiladha die meSia..tidak!! hahaha
notakaki: slamat bercuti kawan ku..oh btw ko cuti brape lame aa?!
sid..yeh..bes..bes gak..tapi aku neves nak prektikel ni..kantoila kebodohan aku..haha..
majod..yeh..alhamdulillah sume ok..aku lepak msia smpi hujung bulan 2..pehtu balik ke tanah uk..haha..
yay! dah balek!
Post a Comment