Sunday, December 09, 2007

balik la woi



OK. Aku telah melakukan operasi membeli-belah 'last minute' dalam masa dua hari. Hari pertama, tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan dan hari kedua yang lebih memuaskan hati. Untuk pengetahuan kalian, dalam masa lebih kurang 12 jam lagi insyaAllah Minci dan aku akan menaiki kapal terbang untuk pulang. Doakan perjalanan kami selamat, kalian.

Sebelum ini ada aku nyatakan yang aku nak membuat suatu pengakuan. Inilah dia.

Aku, "Mak aku suruh aku bawa balik semua baju kurung."

Pengurus Za, "Apasal mak kau suruh kau bawa balik semua baju kurung kau?"

Aku, "Suka hati mak akulah."


Sebenarnya, bukan suka hati mak aku yang menyebabkan aku bawa balik semua baju kurung itu. Begini penjelasannya.

Soalan-soalan berkaitan permohonan pekerjaan seperti:

"Jet, kau 'apply' mana?"

"Jet, siapa 'referee' kau?"

"Dah hantar borang dah, Jet?"

Semuanya telah aku jawab dengan, "RAHSIA!" Bila orang tanya kenapa, aku jawab kerana walau apa pun keputusan aku, orang pertama yang akan mengetahuinya adalah mama aku. Ya, aku memang kerek.

Pada waktu menaip ini, jelas sekali mama aku dah tau keputusan aku dan wajarnya kalian juga tau apakah yang telah diputuskan. Aku rasa kalian sudah boleh agak apa yang akan aku katakan. Ya, aku akan balik ke Malaysia insyaAllah sebaik selepas tamat pengajian dan tidak akan bekerja di sini. Keputusan ini telah dibuat atas dasar:

1. Solat istikharah aku terjawab setelah sekian lama dalam konflik 'Malaysia versus UK' yang membuatkan aku pening. Hati aku terus saja terasa kuat untuk pulang ke Malaysia. Aku yakin ianya adalah untuk yang terbaik.

2. Mama dan keluarga aku. Dah banyak yang berlaku dalam masa tiga tahun ketidakhadiran aku. Aku rasa aku tak mau ketinggalan lagi terutama dalam isu-isu yang menyedihkan.

3. Bosan dengan UK. Kontra kepada keinginan belajar di UK yang aku telah 'setup' dalam minda sejak 17 tahun, aku rasa UK hanya sesuai untuk dilawat dan bukan untuk dijadikan tempat menetap buat masa jangka masa panjang. Terlalu banyak 'stress'nya apatah lagi bila kita bukan penduduk tempatan.

4. 'There's no place like home' dan 'Malaysia truly Asia'. 'Roti canai dan teh tarik une, mamak!'

Jadi, tak perlulah menganggap aku akan tinggal di sini sebaik aku mencapai kelayakan untuk bekerja. Kerana itu bukanlah keputusan aku walaupun sebenarnya aku 'nervous' untuk bekerja di Malaysia.

But then again, who doesn't?

Ironi tentang diri aku yang sejak lima tahun dahulu ingin meninggalkan Malaysia selamanya agar dirindui tetapi akhirnya dilupakan tetapi merindui.

7 comments:

sheiLazRienRamli said...

hurm.. j0jet.. ko jugE telah membuat aku berfikir..adEkah patut aku keje kat jEPon atau balEk keje di meSia.. waaaa!!

notakaki: masEh lagik keliru.. pErlu balek atau stay utk 2 3 tahun lagik.. (+_+)

Amuro Ray said...

Selamat pulang ke tanah air...

Pengurus Za said...

huh..kak jet ni tipu dosa tau
dah naik ke belom?? lama betol delay flight nyer
selamat smpai ke msia tercinta!!
safe journey!!

[melambai2 kak jet ngan kamen sambil menanes di bahu jln..huhu]

bZz said...

Selamat Pulang Ke Malaysia...

...Hujan Emas dinegeri Org, Pantai Emas di Negeri Sendiri... (Pantai di Mersing)

Pick one...

Lim Boon Siew said...

HAve a safe journey ye to flight attendants and bapak pilot. Kerana your safe journey memastikan safe journey untuk kamen dan jet juo.
( Melambai datang sambil tersenyum sebab buleh cuti dengan ketiadaan kamen..huhu )

yanti said...

betul tu jet.. aku ni pon patut kene buat keputusan skrg dah.. dah sbulan lebeh melepak kat sydney x wat pape.. dah pening kepale dah.. abah suruh keje kat cnie.. mls la.. rase nk blk je.. pening2..

jetjetsemot said...

ape2 pun, solat istikharah..semoga dipermudahkan urusan membuat keputusan kalian..