Thursday, December 06, 2007

dirasuk


Hari-hari akhir begini, bila borang evaluasi [hoh?] telah ditandatangani, malas mula menerjah ke dalam diri. Oh, maafkan. Sebenarnya tanpa borang itu ditandatangani oleh 'supervisor' pun aku sudah cukup malas. Aku sudah ada pada satu tahap dimana aku tak dapat nak menghadapi semua ini. Situasi 'I had enough of this s***!' Itulah bahana [bukan 'banana'] bila kita tau bilakah tarikh kita akan balik kampung. Kalau kampung kita 'best' lah kan. Kalau kampung kita tak 'best', bolehlah buat-buat hilang ingatan dan terlepas waktu naik 'flight' tanpa sengaja.

Masih merenung bagasi yang hanya dipenuhi tiga helai seluar jeans dan berjuta-juta baju kurung. Aku baru masuk ke tahap kedua proses mengemas bagasi. Sejak lanjut usia ini, aku tak berapa 'excited' mengemas bagasi. Aku rasa macam nak balik sehelai sepinggang sahaja. Tapi aku takut mama aku rotan aku dekat KLIA.

Dulu masa sekolah, aku bersekolah asrama. Aku sama sekolah dengan kakak aku. Mama akan puji aku sebab aku selalu kemas barang-barang untuk dibawa balik dengan lebih awal. Semangat dan komited. Lain pula halnya dengan kakak aku yang suka kemas barang 'last-minute'. Menjadilah aku menantu kesayangan. Tapi aku tak suka masukkan lauk dan nasi dalam 'tupperware' untuk dibawa bekal sebab aku tak tahu nak gunakan bekas yang mana. Siaran ulangan, sejak usia dimamah mentari ni aku malas nak kemas beg. Aku lemah bab ini kerana aku tak tau apa yang patut dibawa, macam mana nak susun. Selalunya aku akan kemas, tapi hanya 'half-way through'. Aku akan letak barang, letak lagi, dan lagi. Hingga aku rasa 'what the..' dan aku akan tinggalkan. Ya. Aku 'stress' bila mengemas bagasi. Maka dalam hal-hal begitu, mama aku akan datang menyelamatkan keadaan. Tahun lepas, masa nak pulang ke Malaysia pun, Fizatul Akmar ada tolong-menolong...menampi padinya, tercerailah tangkai jerami. Kalau tidak, kucar-kacirlah hidup aku yang tak berguna ini. Ya. Aku tak berguna. Bagasi? Kemas? Tidak sinonim dengan kehidupan aku. Pasal itu juga aku tak suka pindah rumah. Tapi aku suka pindah perabot dalam rumah.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi 'bag-manager' aku bila aku sudah berkerjaya nanti sila tinggalkan butir-butir diri anda di talian telefon 1-800-PALAHOTAKMUNG. Pastikan kalian berkelayakan sebelum cuba untuk masuk campur dalam kehidupan aku. Baiklah. Aku tamatkan siri dirasuk keramat ini dengan ucapan, "Selamat hari Jumaat dan jangan lupa ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat."

Aku nak pergi jalan-jalan tanpa arah tuju di bandar itu. Tak mau ke kelas.

11 comments:

bZz said...

Hoh... Apekah yg telah terjadi?

Lebih kurang la sama ngan awk. Yg jadi masalah, kalau sy training or outdoor. Org kata bwk baju cam perempuan. Walaupun gi semalam. Bawak baju kene mcm 3 hari. N nk tahu apa program. Kalau ada outdoor, senarai akan lebih panjang...

End up, bila smpi sana... Baju n seluar still tak cukup. Mula la pening kepala... Iskk...

sheiLazRienRamli said...

aku jugak x ske part kemas2 barang nie..sangat lechEh..balek raya itu hr..aku bawak balek semua baju2 kurung yg xpakai+sourvenier..main champak2 saje..asal x lebih 25kg..

notakaki: slamat mengemas !!

Lim Teong Kim said...

FOr ThE TImE BeiNG KaMEN hAs AppoINT Me As Her PA ( pronounced Par ). I give you a call when I am TERBAKAR ( pronounced FIRED )

Minci said...

oh.. knpkah komenan aku tk kuar pula..

ulangsuara..

1 - aku nk solat dlm changing room sajorr..

2 - (dah lupa dah)... ohhh..lantiklah huda sbg advisor luggage mung..

3 - HOTLINE kau sgt menarik perhatian..

Minci said...

oooo..sapa kah gerangan Lim Teong Kim ini? apakah beliau sebenarnya Ng Cheong Man pujaan hatiku.. ha ha ha

Anonymous said...

hallooo...tumpang lalu...
huh..kemas beg pun malas..sebat kang..
mari main teka-teki...ade brape byk patung gajah kat meja ko??

Pengurus Za said...

tipu2...apesal meja kak jet tu kemas je..selalu semak..tipu neh

dah abes kemas ke?

jetjetsemot said...

bzz..terjadila benda yang terjadi..haha..leh la kite geng..len kali kite bawak duit je..xyah packing..

majod..hehe..bgos..mekaseh..yeh..da nak siap kemas da..

lim..takpe..kamen PA ku..maka aku adalah super bos ko..kire kalu ko difire kamen, aku amek ko, dia turun jawatan la..

akhirnya ko dengan kak fiza jadi advisor..haa..kan sume bende aku tanye korng..smpi ke pakaian anak-anak sekali..saiko..

anon..kirelah..ada banyak lagi atas katil..ko ni wani ke ok..

kak zatul..haha..tu gamba lama ok..pasal tuh die kemas..sekian..dan siap kemas beg..bilik belom..

bZz said...

hohoho...
One time. Sy tertinggal baju raya masa balik kg. So raya lah ngan baju "Undilah BN", "Sabah Negeri Dibawah Bayu" yg lelama tuh...

jetjetsemot said...

bzz..still..elok la ada baju..kot-kot ade baju kurung pompuan je?tak ke naya..

bZz said...

Taknaklah... Skirt ke, ok sket..