Monday, November 19, 2007

over my shoulders


Pada satu saat kehidupannya, dia merasakan kesedihan yang terlalu bila berita tentang sakit ibunya sampai ke telinganya. Dia tak pernah dapat meluahkan dengan kata, betapa dia risau bila sesuatu yang buruk terjadi pada ahli keluarganya. Kadang-kadang dia risau jika perilakunya seakan-akan tak mengendahkan mereka sedangkan pada hakikatnya tidak.

Bila berita itu diketahuinya, tentunya dia sedih. Sebelum diagnosis dicapai lagi dia sudah sedih. Dalam waktu akalnya celaru dia terpaksa menghadapi satu kelas komunikasi. Perkataan 'barah' menghantuinya. Tentang barah yang mungkin dihidap oleh ibunya. Tubuh-tubuh mereka yang memberitahu dan diberitahu tentang diagnosis barah senang saja digantikannya dengan wajah-wajah doktor Malaysia dan ibunya sendiri. Dia sayu. Terasa bebannya. Hari itu dia saja pulang lewat. Dia ingin sendiri.

Dia tak ingat di mana dia berada bila mendapat tahu berita itu. Yang pastinya waktu itu sudah gelap. Musim sejuk di UK, setahun yang lalu. Dia turun dari sebuah bas dan mula menangis tanpa silu, berjalan sendirian. Air mata itu terlalu jelas. Orang yang memandang hanya tercengang-cengang. Dia sudah tak peduli. Di pangkuan kawannya, dia menangis lagi.

Ibu, cuba dihubunginya keesokan hari. Terlalu banyak perkataan yang dia tahu tapi tak satu pun dapat menyatakan apa yang ingin disuarakannya. Dia hanya menangis dengan perlahan di hujung talian bila mendengar suara ibunya. Menahan esaknya. Benar, tak terkata perasaannya. Talian terputus, sangka ibunya. Lalu disuakan telefon kepada kakaknya. Terus saja dia menangis kuat. Dia tak mau ibunya tahu dia risau, dia sedih. Dia tak mahu ibunya risau, ibunya sedih. Dia mau sorokkan rasa itu daripadanya. Dia mau tunjuk kuat. Tapi jelas sekali itu bukan dirinya.

Mungkin kalian dan aku bukan sekadar seorang pendengar tetapi seseorang yang pernah mengalami. Tak layakkah untuk kalian dan aku berkata "Aku faham" hanya kerana mereka tak tahu bahawa apa yang dia hadapi sekarang, pernah kalian dan aku lalui dulu?

Over my shoulder, running away.
Feels like I’m falling, losing my way.

6 comments:

Pengurus Za said...

dah setahun yer?
kalo kekurangan shoulders, i have a pair..boleh je pinjam

takleh ckp "i understand"..kena ckp "i appreciate"

bzz said...

Cuba untuk memahami...
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi, kalau ada sokongan dan dorongan. Pastinya yg berat tadi akan jadi sedikit ringan. Insya-allah...

Minci said...

or 'I can see that you're upset' semasa dlm consultation..

a year has gone by,
a lot has happen to all of us,
may we all grow wiser each day from these experiences,
be it from our own or other people's...

jetjetsemot said...

fiza..sape lak nak shoulders ni?yes, i can appreciate that..

bzz..hoo..

minci..wiser?tatau cmne nak jd wiser dlm situasi itu..

Nur Amirah Shaharom. said...

aduhaii.. terlampaulah nak membaca. tapi ketahuilah saya berada di Esso berhampiran rumah menggunakan perkhidmatan wifi yang.. huhu.. takleh lame. ni kawasan neraka!
i'll be back!
promise!

jetjetsemot said...

hahah..no worries amirah..tekke..hati2..