Tuesday, October 30, 2007

halo-wen


Ini, kali kedua aku bermimpi tentang mimpi yang bertema sama. Tapi kali ini, mimpi ini lebih dikategorikan sebagai mimpi seram atau 'nightmare'. Mungkin bersekongkol dengan Halloween pada esok hari, aku tak pasti.

Ini, mimpi kedua aku tentang Minci yang teruja hendak bertemu Kasyah buat pertama kalinya secara 'live'. Kenapa aku mimpi perkara ini? Untuk pengetahuan kalian, aku pun tak pasti. Senarionya, aku dan Minci tinggal di rumah yang sama. 'Excitement' itu sangat dirasai di dalam rumah kami, dengan Mincinya berlagak seperti seorang yang tak pernah teruja dan gembira. Sila bayangkan budak yang gembira semena mukanya. Rasa nak lempang, kan kalian? Dengan aksi terkinja-kinjanya. Sukar nak aku gambarkan disini.

Jadi, rumah dah tersedia. Si Kasyah pun datang dengan segerombolan manusia yang dikatakannya 'saudara-mara.' OK. Peliknya mimpi adalah bila kalian tidak pernah melihat muka orang itu, tak dapat nak meletakkkan nama pada wajah itu tapi kalian 'simply' tau bahawa itu adalah si polan bin si polan. Begitulah situasi aku. Sekali lagi, seperti dalam mimpi pertama, aku hanya lihat si Kasyah ni dari kejauhan dan 'observe'. Aku perhatikan lagaknya dengan Minci dari tingkap rumah kami. Rumah ni, kejap-kejap jadi rumah macam dalam cerita orang putih, kejap-kejap ia jadi macam rumah aku di Johor. Berbalik kepada pemerhatian aku tadi, aku lihat Kasyah tengah bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Si Minci dengan muka 'excited' dan kinjaannya disisi. Mereka kelihatan sedang menandatangani sehelai kertas, dengan sebuah kereta merah [bukan mainan] menjadi tempat alas kertas tadi. Terus aku tau, kertas itu adalah surat nikah. Ni, nikah tak jemput. Kurang ajarlah kan. Dan secara automatik serta ajaibnya aku mendapat tahu tentang isu cerai. Tapi aku kurang pasti apakah isu itu, sebab aku tak ingat. Aku agak, mereka masing-masing telah bercerai dengan pasangan terdahulu mereka.

Kemudian, si Kasyah bermalam di rumah kami; apa yang aku anggap akan berlarutan buat seketika. Tapi pelik, esoknya pagi-pagi lagi dia sudah mau berangkat membawa isteri dan saudara-maranya. Dalam suatu senario dimana mereka sedang mengangkat barang-barang untuk beredar, Kasyah kelihatan membawa salah seorang saudaranya di atas sebuah kayu pengusung atau 'strecher'. Orang itu kelihatan kurus dan sangat-sangat lemah, seakan-akan tidak diberi makan sekian lama. Tiba-tiba, Kasyah berhenti separuh jalan dan menutup mulut dan hidung orang itu untuk melemaskannya. Dia juga menelengkan kepala orang itu dengan laju dan terdengarlah bunyi 'click' dari tengkuknya. Mangsa mati di tempat kejadian.

Seterusnya, tentulah perasaan risau si Minci berkahwin dengan manusia pelik ini wujud. Keadaan menjadi hiruk pikuk dan histeria dalam mimpi tersebut.

Aku pun bangun dari tidur kerana tak sanggup lagi untuk merasa 'pelik' dan 'what the...' tentang mimpi ini. Mimpi ini sangat 'annoying' dan tak 'best'. Malahan, ia juga pelik kerana wajah Kasyah dan Minci sekejap-sekejap akan bertukar menjadi wajah kakak aku dan suaminya. Satu lagi fakta pelik tentang mimpi ini adalah tentang bagaimana ia terus bersambung walaupun aku asyik terbangun di tengah-tengah jalan cerita. Aku sambung tidur kerana Subuh belum lagi masuk.

Komen aku? Mimpi ini sangat seram 'in a way that it irritates and annoys me' kerana terlalu panjang dan terperinci. Aku bersyukur pada bahagian terakhir bila aku fikir 'I had enough of this' Subuh sudah pun masuk dan aku pilih untuk tidak tidur semula. Taukah perasaan bila kalian mau sesuatu itu berhenti tapi ia terus berlaku? Itulah yang aku rasa.

'An utter and complete nightmare.'

Thursday, October 25, 2007

tak ada kerja


Sumber gambar: Interiordestiny.com

1. Who sits on your table in class?
Aku duduk atas kerusi. Apa pasal pulak orang nak duduk atas meja aku? Syaitan duduk atas meja aku. Jika soalan di'rephrase' kepada 'who sits next to you in class' jawapannya, masih juga syaitan.

2. Last text you received on your mobile?
'Jemput datang open house rumah kami Sabtu 27/10, 3-6pm [girls], 6-9pm [boys]; 156.....' Seterusnya tu adalah alamat, aku taip karang tak pasal-pasal muka kalian yang terpacak depan rumah mereka.

3. What song are you listening to?
Sekarang ini, Surat Al-Anaam.

4. Who does it remind you of?
Diri aku dan dosa-dosa serta tidak ketenteraman hati yang berleluasa.

5. Last movie you watched?
I am Sam. Rasa macam nak taip sinopsis. Aku hanya akan menaip sepatah ayat tentang cerita ini, "Perempuan itu bukan pelacur."

6. Which of your friends lives closest to you?
Err.. Huda?

7. What CD is in your stereo?
'Stereo' tidak aku miliki. Tapi radio di bawah itu, yang ada pemain CD, telah aku mainkan CD lagu-lagu raya. Tapi itu sudah agak lama. Sudah lama tak dengar CD aku.

8. Do you have a job?
Ada. Tapi adalah.

9. What did you do yesterday?
Aku ponteng kelas. Aku makan tengahari di kantin dan menyantap pasta di dalam sos krim [pasta in cream sauce]. Kemudian membeli cili pedas di kedai dan balik masak lemak cili api berapi cap kapal api kelapa laut.

10. Do you wear contacts or glasses?
Tidak, dan aku harap tidak terus. Tapi macam akan pakai sebab macam nak buta sudah mata ini.

11. Last person you ditched class with?
Aku ingat soalan ni tanya dengan siapa kali terakhir aku korek lubang buat longkang di kelas. Jawapan, tak pernah ajak orang korek longkang di kelas. Tapi sebenarnya dia tanya siapa yang ikut aku ponteng kelas, paling kini. Jawapan dia, aku ponteng tak ajak orang.

12. Do you trust your friends?
Kadang-kadang ia bukan perkara tentang 'percaya' cuma ia perkara tentang 'aku malas nak kasi tau kalian'.

13. Who was the last person to call you?
Aidah kerana hendak membasuh baju di rumah kami.

14. What annoys you?
Menjadi bodoh dan tidak berusaha untuk melawan kebodohan itu dan membenarkan kemalasan.

15. Would you move to another state or country to be with the one you love?
Iya. InsyaAllah.

16. Next vacation you're going on?
Malaysia, Disember 2007.

17. Do you play any instruments?
Pernah bermain 'drum' tetapi tidak berkemahiran. Ada kayu, tapi dalam almari.

18. Do you believe that everything happens for a reason?
Menjadilah aku orang yang terkutuk jika aku tak percaya setiap sesuatu ada hikmahnya.

19. Do you want any piercings?
Ya, nak tambah lagi dua.

20. What are your nicknames?
'Jet, jet semut siapa sakit, naik berahi'. Ini yang paling terkini, diberi oleh sepupu aku.

21. Last time you went to town?
Rabu minggu lepas.

22. Who last IMed you?
Etat. Eh, ironinya sedang aku menaip, Ijad IM aku.

23. What kind of music do you like?
Rock beb, rock.

24. What was the last thing you ate?
Macam-macam. Mula-mula sebiji pisang. Kemudian seplastik keropok. Sekeping biskut 'peanut butter'. Kemudian secawan teh istimewa aku. Kemudian sepinggan nasi berlauk ayam semalam, sambal seminggu lepas dan sayur salad. Kemudian, sepinggan lagi nasi berlauk sambal seminggu lepas dengan serunding daging dan sayur salad. Diikuti dengan 5-6 keping biskut coklat. Ini telah diambil secara berterusan, untuk makan malam. Terngiang di telinga aku, "Dagu kau labuhlah, Jet." Ah. Peduli.

25. Ever snuck outta the house?
Tak baik. Masuk api melaka.

26. Which of your friends would make the best room mate?
Aku dan diriku.

27. Last thing you purchased?
'Indoor aerial' untuk televisyen kami. Eh, salah. Almari kecil tempat meletak komputer aku sekarang.

28. What's your favorite beverage?
Air kosong.

29. Would you stop talking to your friend if they started hooking up with your boy/girl friend?
Entah. Awal-awal saja agaknya. Kemudian aku akan jadi, "Ei. Apa-apalah. Jodoh kau, jodoh kau. Siapa aku, nak halang?"

30. Do people ever spell your name wrong?
Ya, sebut pun tak betul.

31. The last compliment you received?
Tadi, masa aku mencucuk 'femoral artery' seorang pesakit. "You did very good. Well done."

32. Are you watching TV?
Aku tengah taip, kan. Eish, aku marah kang.

33. What are some features you find most attractive in the opposite sex?
Aku taip karang, kalian tak dapat nak bayangkan kewujudan makhluk sepertinya. Kurus, kecil, pemain ragbi, pemain kompang, mendengar cakap, ada 'stand' sendiri, rambut kerinting, gelap, tinggi, doktor, orang yang pergi kerja pakai 'suit' dan sebagainya. Otak aku kejung sewaktu menaip isen ini. Tapi cuba kalian fikir, dah kecil, tinggi pula. Macam mana tu? Untuk menyatakan beberapa perkara yang aku lihat menarik pada kaum Adam adalah sukar kerana kriteria pilihan aku bertukar setiap hari.

34. Last time you spent the night at some one's house?
Rumah cik Mimi, sewaktu awal Ramadhan tahun ini.

35. When was the last time you were extremely disappointed?
Rumah terbuka rumah aku. Dan tentulah ianya milik kawan-kawan yang duduk serumah dengan aku juga.

Monday, October 22, 2007

epal mataku


Kalau kita 'in mood', boleh tak kita rasa 'homesick' sekali? Eh, suka hati akulah nak mencampur adukkan perasaan aku. Haha. Usaha kalian untuk menjawab persoalan ini terpaksa aku abaikan. Kesat peluh tu.

Ahad, menelefon rumah. Mula-mulanya kerana rindu adik aku. Kenapa aku sayang adik aku? Bukan sedikit, tapi sangat. Waktu umur aku lima tahun bila diberitahu aku akan mendapat adik, aku berasa sangat benci dengan makhluk yang belum lagi wujud itu. Tapi, takkan nak suruh mama aku gugurkan kandungan pula kan? Lagipun, aku tak tau akan istilah tersebut pada usia itu. *Sila bayangkan senario di mana aku sedang mengutarakan 'proposal' ini kepada mama aku. Aku ingat lagi, waktu itu aku rajin solat dan berdoa, meminta agar aku mendapat adik lelaki, kerana kita ditegah memohon doa agar orang lain mendapat keburukan. *Matilah rajin solat pada usia lima tahun atas sebab yang salah. Aku tak nak adik perempuan sebab aku nak jadi si perempuan yang bongsu supaya aku tak cemburu. Tapi pelik, aku sayang dia sejak dia lahir. Hampir setiap kali aku peluk adik, bila aku tunjukkan sayang aku, mama aku akan mencebik, "Eleh, dulu kata tak sayang adik." Dan aku akan membidas dengan menjawab, "Eh, mana ada sayang."

Adik aku tiada di rumah. Sudah pulang ke Arau untuk menduduki ujiannya. Sesal sebab tidak melayannya di YM sehari sebelum itu kerana aku terpaksa menjawab panggilan telefon seorang rakan dari Malaysia. Malam tadi otak ini tak henti berfikir. Kenapa aku sayang adik aku?

Kerana pada usia yang begitu muda dia melihat apa yang tak sepatutnya kanak-kanak sebayanya lihat, dia alami apa yang aku tak alami, dia harungi apa yang aku dan adik beradik lain tidak lalui pada usia semuda itu, dan dia tak merasai apa yang kami rasakan waktu kami kecil. Dan aku rasa itu terkesan dihatinya menyebabkan dia menjadi seorang yang keras di luar tapi lembut di hati. Menjadikan dia seorang yang 'loveable'. Kalian pening? Abaikan saja. Noktah.

Dan waktu membuat panggilan telefon itu juga, aku tak henti-henti mengaitkan tarikh-tarikh yang mama aku sebutkan dengan tarikh sepatutnya aku sampai di bumi Malaysia. Ini namanya saikosis dan 'hyper'. Kemudian, tak semena-mena penyataan ini terpacul dari mulut. Sesuatu yang aku berat nak sebut di depan mama aku. Tak keterlaluan jika aku katakan bahwa aku tak pernah pun sebut perkataan itu kepadanya.

"Yelah, tak sabar tau nak balik."

"Kenapa? Rindu ke?"

"Rindulah."

"Rindu siapa?"

"Rindu mamalah."

Dan waktu itu, mata aku bergenang. Aku 'kaber' dengan gelak saikosis aku.

Eish. Apalah aku cerita ni. Mama sambung lagi, "Kejap, Arieq nak cakap."

"Helo?"

"Helo."

"This is a wrong number. Please leave a message," terdengar suara kecilnya.

Aku tergelak. Badigol samdolnya budak.

Sunday, October 21, 2007

in the mood


Sumber gambar: vistech.net

Pelik. Bila diberi cuti seminggu, 'mood' itu hilang. Yang tinggal hanya kemalasan dan pembaringan atas katil paling hebat abad ini. Hari raya? 'Mood spoiler' untuk minggu ini tapi insyaAllah akan aku ceritakan juga tentangnya dari kaca mata aku. Hari jadi Huda? Ya, ya, akan aku selitkan juga bila janggut putih aku tumbuh kembali.

Jadi, apa yang 'boost' minda aku untuk menulis cerita-cerita yang bakal aku taipkan ini? Kerana esok sekolah bermula dan dengan ajaibnya 'mood' itu datang semula. Pelik kan? Sangat pelik. Bukan 'mood' untuk ke sekolah, sebaliknya idea bagaimana untuk menulis. 'Mood' untuk menaip isen. Ringkas saja isen aku hari ini. Aku akhiri ia dengan kata penghinaan yang menghiburkan hati:

"DAGU KAU LABUHLAH, JET." -Za, 17 Oktober 2007-

Terima kasih.

Thursday, October 11, 2007

aidilea

Create your own banner at mybannermaker.com!


Tiba-tiba aku yang bersemangat untuk beraya pada hari Sabtu telah dipaksa beraya pada hari Jumaat. Terkejut seraya berkata 'opocot' kerana dapur tak berasap dengan lauk raya lagi, daun musim luruh di halaman rumah masih tak bersapu, dan baju raya 'pinjam' masih tak berbasuh. Maka dengan keterkejutan yang tak seberapa ini, selamat hari raya diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Wasaii Studio. Maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga lebaran tahun ini membawa seribu pengertian kepada kalian. Salam hormat dari kami di Wasaii.

tag hari raya


Sumber imej: Pesona Pengantin

'Tag' ini telah dilemparkan kepada aku oleh saudara Kasyah yang nama sebenarnya langsung tak berbunyi 'Ka' ataupun 'Syah'. Malas sebenarnya hendak menaip ni. Entah kenapa aku memang malas 'sokmo' sejak akhir-akhir ni. Nak balik, duduk bawah ketiak mama aku saja rasanya. Lagipun, aku rasa soalan 'tag' yang diberikan adalah sukar untuk aku jawab. Disebabkan aku ada penyakit amnesia jadi aku tak dapat nak jawab secara terperinci sepertimana saudara Kasyah dan rakannya, bukan rakan aku iaitu saudari Minci. Tapi, itulah..berkat kuasa pemaksaan aku terhadap diri aku sendiri, dan sudah tentunya atas kuasa Allah, aku jawablah 'ala carte' iaitu mengikut daya ingatan yang masih tersisa lagi ini. Terimalah.

1. Bila agaknya mula berpuasa penuh?
Teeeeeeeeeeet! Soalan pertama dah membunuh. Apakah??! Sedangkan aku pernah kena 'chicken-pox' atau belum pun aku tak tau, inikan pula berpuasa penuh. Tapi, aku 'budget' masa tu aku kecil lagi. Mungkin enam tahun. Sebab waktu lima tahun aku sekolah tadika tapi rasanya macam puasa main-main waktu itu. Ini, tak 'confirm' ya. Kalau aku menipu diri aku, maka kalian jua turut tertipu.

2. Pernahkah ponteng puasa? Dan apakah alasannya?
Tak pernah rasanya. Haha. Ini pun, aku tak ingat. 'Angelic' benar aku kalau tak pernah ponteng puasa ya tak? Semua mak ayah orang pun nak ambil aku dibuat anak sendiri kalau begitulah halnya. Ikhlasnya kalian, aku benar-benar tak ingat. Aku ambil subjek apa semasa di matriks pun aku tak ingat. Begitulah kadar 'hopelessness' kondisi amnesia aku yang wajar kalian cuba fahami.

3. Pernah main bunga api atau mercun?
Yang ini, alhamdulillah aku ingat. Pernah. Bunga api saja pun yang aku berani. Mercun selalunya hanya melihat abang-abang dan adik aku main. Itupun waktu kami sudah besar, main di halaman rumah sendiri. Kalau balik ke rumah atuk aku sebelah mama [mama aku tak duduk sebelah atuk aku], langsunglah tak main apa-apa. Gelap gelita saja rumah atuk. Pelita pun langsung tak dipasangnya kerana atuk aku orangnya anti dengan perkara-perkara yang ke arah tradisi India. Tindik telinga pun boleh menjadi satu 'tulah'. Jadi, kami memang tak pasang pelita sehinggalah beliau bergelar arwah. Eish, macam 'kureng' pula penyataan ini. Tapi, itulah yang aku ingat.

4. Apakah juadah kegemaran ketika berbuka?
Aku suka makan kuih puteri ayu dan apa-apa jua benda yang mama aku masak. Tapi yang paling 'best' adalah hari terakhir berpuasa kerana bila buka puasa selalunya mama aku sudah pun siap menyediakan lauk untuk raya keesokkan harinya. Mama aku setiap tahun masak yang sama: Ketupat, ayam masak kicap, ayam masak gulai, rendang daging, sayur goreng dan kuah kacang. Jadi, itulah juadah paling digemari bila berbuka.

5. Selalu lagu raya mana yang menjadi kesukaan?
Aku suka lagu 'Sepasang Kurung Biru'. Siapa penyanyinya? Yang pasti penyanyinyalah yang menyanyikan lagu itu. Walaupun aku amnesia, tapi imaginasi aku tinggi. Waktu aku mula suka lagu tu aku masih di sekolah rendah [bukan dengar waktu di sekolah rendah, tapi ketika menjadi budak sekolah rendah]. Darjah enam, jika tidak silap. Aku ada sepasang baju kurung berwarna biru diperbuat daripada sutera Korea. Aku sangat suka baju tu. Jadi, mulalah berangan-angan orang rindu aku si gadis berkurung biru. Eh, suka hatilah! Haha. Oh, Khairil Johari Johar yang nyanyi. Lagu raya dendangan Mamat pun aku suka. Ah, semua lagu raya dalam CD raya rumah akulah aku suka.

6. Tahun ni beraya di mana?
Raya dekat sini. Sini. Sini. Raya haji nanti aku akan beraya di sana, insyaAllah.

7. Pernah ke bertugas/berkerja di hari raya?
Bertugas ke kelas dikira kah? Sebagai seorang pelajar, aku bertugas untuk ke kelaslah, kan? Jadi pernahlah aku menjalankan tugas aku di hari raya. Ini yang 'real' tau, bukan main-main. Tapi alhamdulillah separuh hari saja aku ke kelas. Tahun berikutnya pula, aku tak pasti sama ada aku ponteng kelas atau minta cuti. Tapi yang pastinya aku tak bertugas di tahun itu. Tugasan yang serius tapi nak main-mainkan perasaan kalian pula adalah tugas aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Mana boleh minta cuti semata-mata kerana hendak beraya, kan.

8. Ada kenangan manis tak di hari raya?
Hari raya kira sebulan ke? OK. Jadi maknanya kalau perkara itu terjadi dalam masa 2-3 minggu selepas raya pertama dikira kan? Kenangan manis raya tak berapa banyak. Selalu pahit je hari raya aku. Pasal tu agaknya amnesia. Yang aku ingat waktu kecil-kecil iaitu waktu pertama kali aku ikut abang aku beraya ke rumah jiran tetangga. Jiran satu tangga saja. Maksud aku, aku pergi beraya ke rumah satu jiran saja. Itupun selepas abang aku kata tuan rumah tu memberi duit raya RM1.00 kepadanya. Waktu kecil begitu, RM1.00 dikira sangat banyak. Aku pun naklah juga. Jadi esoknya, abang aku pun bawa aku. Tapi hampa, kami hanya mendapat 50 sen. Tapi itulah..otak kanak-kanak macam kami memang 'cikai', macamlah makcik tu nak kasi kami RM1.00 setiap kali kami datang rumah dia, kan. Apa kau ingat dia tak ingat muka kau macam mana?! Lainlah kalau makcik tu amnesia. Pergi sejuta kali, aku dah boleh jadi 'millionaire' dah.
Di waktu yang lain pula, waktu aku sudah besar, kawan lama ayah aku yang berbangsa Tionghua datang ke rumah terbuka kami di Johor. Nak menjadikan cerita ini manis, dengan selamba badaknya dia kasi kami duit raya sebanyak RM1000 seorang. Wah, terkejutlah. Tambahan pula kami ni bukan seorang dua tapi tujuh beradik. 'Bapaks luk' fikir gua. Gila kaya itu orang, hoo? Dan dikala itu, bila berita telah tersebar, nenek dan makcik-makcik aku pun mengendeng-ngendeng dengan 'uncle' itu. 'Jek-jek'...akhirnya dapat juga mereka duit, walaupun tak sebanyak duit kami. Apakaahh? Adakah bank bergerak?? Aku tak ingat apa aku buat dengan duit sebanyak itu. Yang pastinya aku tak simpan dalam bank. Hahahhaha. Eish, apasal yang manis bila dapat duit raya saja ni?

Sekianlah tag hari raya aku yang tak berapa 'best' ini. Aku tau, ada orang-orang diluar sana yang tak berapa 'enjoy' raya sama seperti aku. Perasaan 'excited' itu kian luluh bila diri ini dimamah usia. Ramadhan itu yang ada 'vibe'nya. Raya pada aku kemuncaknya adalah waktu masak-masak lauk raya, berbuka puasa akhir Ramadhan, solat jemaah malam raya dan bermaafan, serta kegiatan lazim di pagi raya. Lepas itu? Aku pun:

TIDUR.....

Tuesday, October 09, 2007

bungkusan raya


Oh.

Bungkusan hari raya aku sudah selamat tiba. Alhamdulillah. 'Despite' mogok yang dilakukan oleh orang pos di sini, aku masih berjaya menerima 'parcel' aku sebelum raya. Kata along, rezeki aku. Tak ada biskut raya yang dipos oleh mama kerana dia dah pos tepung dan 'shortening' pada raya tahun lepas. Jadi? Buatlah kuih raya kau sendiri, nak oii!

Baik, bos.

Apa yang aku terima hari ini?
1. Dua bungkus ketupat segera Adabi
2. Tiga bungkus ketupat palas Nona
3. Tiga bungkus serunding daging khas dari Terengganu
4. Seplastik lengkuas gergasi yang subur
5. Sekeping kad raya
6. Dua botol krim vitamin E
7. Sebelas helai tudung raya
8. Dan, hadiah hari raya iaitu 'storage box' gajah


Sebelas helai tudung tu memang tak tahan. Maklumlah tak ada baju raya. Di'compensate'kannya dengan sebelas helai tudung. Aku macam 'feeling-feeling' nak cantum semua tudung tu bikin baju. Main sambung-sambung pakai jarum peniti,boleh? Lebih afdal kalau aku pakai kesebelas-sebelas helai tudung sekaligus pada hari raya pertama, bukan? Fesyen 'multi-layer' namanya. Atau patutkah aku buat maraton tudung waktu 'open house' nanti, dengan menukar tudung aku setiap 20 minit?



Tulisan Arieq di dalam kad raya benar-benar buat aku tergelak besar. Ditulisnya:
" Selama hari raya.
I love u Bonda.
Kepada Arieq Ramadhan dan Sarra.
I love u Bonda."


Baca: SELAMA, dan bukan SELAMAT. KEPADA, dan bukannya DARIPADA.

Oh, aku sangat suka 'storage box' itu.



Terima kasih.

Thursday, October 04, 2007

rahmat


Hari ni bukanlah hari terbaik untuk aku. Tidur banyak dan lambat ke sekolah. Kerja sekolah tak siap. Bila sampai di hospital, aku men'tawaf' hospital mencari 'senior' yang ajak aku mengikut dia buat klinik. Tapi akhirnya tak jadi sebab dia buat kerja lain, dan aku pun ada komitmen lain. Tengah hari pula aku ke 'meeting'. Suweynya datang bila tengah-tengah 'meeting' tu, 'senior' aku tiba-tiba hilang menjawab 'bleep'nya. Bukan sekejap tapi pergi tak kembali [dengan lagu iringan Rabbani]. Membiarkan aku terkapai-kapai menjadi ala-ala pengacara majlis untuk 'meeting' itu. Waktu itulah seorang makcik 'misi' nak gomol aku tentang satu fakta yang aku rasa aku betul, tapi dia kata dia betul. Aku rasa nak angkut je makcik tu pergi arena gusti, bergomol di situ. Tapi aku, 'being the timid me' hanya berkata, "Oh, sorry," dan menganggap fakta yang aku ketahui tu adalah silap dan dia lebih tahu. Apa-apa je lah.

Bila hati kita sakit atau bila kita rasa terbeban kita harus fikir rahmat yang kecil yang selalunya kita abaikan dalam kehidupan ni. Tapi sebenarnya, pada aku perkara-perkara atau 'blessings' yang tanpa signifikasi inilah yang mensurutkan [ke menyurutkan?] perasaan sakit dalam hati. Rahmat yang besar macam lulus peperiksaan dengan cemerlang, mungkinlah lebih 'obvious' dan memang tak tahu beruntunglah orang yang tidak sedar dan tidak mensyukurinya [peringatan untuk diri sendiri juga]. Rahmat kecil ni, pada aku adalah kejadian-kejadian tidak penting pada diri kita seperti mendapat senyuman dari orang yang berselisih jalan dengan kita, melintas jalan tak kena langgar dengan lori, dan macam-macam lagi. Klasifikasi yang aku berikan ini, adalah klasifikasi aku sendiri dan bukanlah berdasarkan mana-mana ajaran. Maafkan jika pernyataan aku ini tidak sesuai atau tidak tepat.

Apa yang aku nak kongsi disini adalah, walaupun hari ini mungkin tidak begitu baik buat aku tapi masih ada ruang rahmat yang aku terima dan untuk itu, aku amat bersyukur. Pertamanya, aku ke kelas agak awal dari orang lain hari ini. Biskut untuk 'coffee break' melambak di atas meja kelas. Aku ambil satu untuk disimpan buat berbuka puasa. Aku keluar sebentar untuk ke tandas [bukan untuk makan di tandas ye Encik Bzz] dan bila kembali, biskut-biskut yang banyak tadi sudah tiada. Rezki untuk aku. Biskut sudah dialihkan, tapi ada juga rakan-rakan yang tak mendapat biskut kerana orang luar dah curi biskut kami.

Keduanya, aku geram pasal 'meeting' dan sebaik saja ianya habis aku ke surau untuk solat. Aku duduk lama di surau dan mengaji. Datang seorang kakak bersiap-siap hendak sembahyang. Sebelum memulakan solatnya, tiba-tiba dia menyelitkan duit 10 pound ke tangan kanan aku. Aku terkejut. Aku kata, "Eh, buat apa ni kak?" Ini bukanlah translasi ayat ya kalian, kerana kakak ini memang orang Melayu. Dia menjawab, "Saja. Buatlah beli buku ke, makanan ke. Belilah apa-apa. Derma bulan Ramadhan." Aku diam. Eh, mestilah ada cakap 'terima kasih' kan tadi? Ke takde? Adess. Terharu aku dengan kejadian itu dan terus surut perasaan geram. Heh.

10 pound boleh digunakan untuk membeli lima biji nenas. Kalau satu nenas boleh buat satu balang tat nenas, berapa balang tat nenaskah yang akan dimakan oleh tetamu pada hari raya nanti?



Jawapan: Sifar, kerana tat nenas kena simpan dalam almari bilik aku. Siap ada 'padlock'.

Syukur atas rezki ini. Bila kita memandang sesuatu yang picis sebagai penting, tidakkah akhirnya ia akan menjadi penting juga? Sekurang-kurangnya di mata kita.

Tuesday, October 02, 2007

mimpi cardiff


Kawan-kawan di sekolah tau, aku orangnya jenis yang tak suka 'crowd'. Kalau ke 'shopping complex' aku pilih yang baru dan tak ramai orang. Kalau 'mall' itu memang popular dan ramai orang, aku akan datang pada hari bekerja hanya untuk elakkan 'rush' itu. Kalau kenduri kahwin? Aku duduk dalam rumah. Aku suruh 'member-member' datang, biar aku layan kalian daripada aku kena kasi tetamu bunga telur. Haha. Pergi konsert, janganlah ajak aku. Alunan lagu dari pemuzik ghazal yang selalu datang rumah aku untuk hiburkan tetamu masa raya dan orang kahwin pun aku tak mampu nak hadapi.

Tapi kenapa dalam kebencian aku terhadap keramaian, aku terasa nak sangat pergi menonton ragbi piala dunia di Cardiff? Wasaaiii..

Hari-hari aku 'check' tiket secara 'online'. Hampa. Tiket yang aku mampu nak bayar, masih tak muncul-muncul untuk jualan. New Zealand lawan France. Kuatnya tarikan nak mendengar dan melihat sendiri tarian Hakka secara 'live'. Cardiff tu dah dekat sangat dah. Tak adalah dekat macam setakat melintas jalan depan rumah aku, kan. Tapi ia di dalam UK. Dan aku? Yeh, di UK OK. Kalau nak tunggu empat tahun lagi [umur aku masih di bawah 30 tahun], aku mungkin sudah di Malaysia. Mampukah nak merentas lautan ke negara tuan rumah ragbi piala dunia waktu itu? Ada duit kah? Walaupun perasaan itu kuat, ikhlasnya aku rasa aku tak ada 'chance' kali ini.

Aku suka tengok ragbi secara 'live'. Setakat ini hanya pernah menonton dua perlawanan tidak bertaraf atau mungkin sebenarnya bertaraf tapi aku tak tau taraf apa. Itu pun mengikut abang aku, kalau dibawanya kakak ipar aku sama. Walaupun cikai, dan hanya duduk-duduk atas rumput bawah pokok ketapang menonton perlawanan, 'adrenaline rush' itu tetap dirasai. Tapi sekarang, dia tak ajak dah. Dia suka ajak budak-budak lelaki saja. Kede..

Mungkin hikmahnya, hujung minggu ini, kalian yang nak mengikut aku ke Cardiff akan hanya duduk di depan televisyen. Kalian akan menimbang tepung, gula, dan mentega. Menenyeh dan mencanai doh. Ada yang akan berada di dapur mengacau jem nenas sampai 'cramp'. Menjerit bodoh pada orang yang tak pandai 'pass' bola dan orang yang tak tau tangkap bola. Dengan ucapan: "Apa kau ingat kalau kau ke Cardiff hujung minggu ni, kuih raya kau boleh masak dengan sendirinya??!"

Realiti. Realiti. Dah lah tak ada baju raya. Ish.

Fine. Tat nenas. Here I come.