Monday, October 22, 2007

epal mataku


Kalau kita 'in mood', boleh tak kita rasa 'homesick' sekali? Eh, suka hati akulah nak mencampur adukkan perasaan aku. Haha. Usaha kalian untuk menjawab persoalan ini terpaksa aku abaikan. Kesat peluh tu.

Ahad, menelefon rumah. Mula-mulanya kerana rindu adik aku. Kenapa aku sayang adik aku? Bukan sedikit, tapi sangat. Waktu umur aku lima tahun bila diberitahu aku akan mendapat adik, aku berasa sangat benci dengan makhluk yang belum lagi wujud itu. Tapi, takkan nak suruh mama aku gugurkan kandungan pula kan? Lagipun, aku tak tau akan istilah tersebut pada usia itu. *Sila bayangkan senario di mana aku sedang mengutarakan 'proposal' ini kepada mama aku. Aku ingat lagi, waktu itu aku rajin solat dan berdoa, meminta agar aku mendapat adik lelaki, kerana kita ditegah memohon doa agar orang lain mendapat keburukan. *Matilah rajin solat pada usia lima tahun atas sebab yang salah. Aku tak nak adik perempuan sebab aku nak jadi si perempuan yang bongsu supaya aku tak cemburu. Tapi pelik, aku sayang dia sejak dia lahir. Hampir setiap kali aku peluk adik, bila aku tunjukkan sayang aku, mama aku akan mencebik, "Eleh, dulu kata tak sayang adik." Dan aku akan membidas dengan menjawab, "Eh, mana ada sayang."

Adik aku tiada di rumah. Sudah pulang ke Arau untuk menduduki ujiannya. Sesal sebab tidak melayannya di YM sehari sebelum itu kerana aku terpaksa menjawab panggilan telefon seorang rakan dari Malaysia. Malam tadi otak ini tak henti berfikir. Kenapa aku sayang adik aku?

Kerana pada usia yang begitu muda dia melihat apa yang tak sepatutnya kanak-kanak sebayanya lihat, dia alami apa yang aku tak alami, dia harungi apa yang aku dan adik beradik lain tidak lalui pada usia semuda itu, dan dia tak merasai apa yang kami rasakan waktu kami kecil. Dan aku rasa itu terkesan dihatinya menyebabkan dia menjadi seorang yang keras di luar tapi lembut di hati. Menjadikan dia seorang yang 'loveable'. Kalian pening? Abaikan saja. Noktah.

Dan waktu membuat panggilan telefon itu juga, aku tak henti-henti mengaitkan tarikh-tarikh yang mama aku sebutkan dengan tarikh sepatutnya aku sampai di bumi Malaysia. Ini namanya saikosis dan 'hyper'. Kemudian, tak semena-mena penyataan ini terpacul dari mulut. Sesuatu yang aku berat nak sebut di depan mama aku. Tak keterlaluan jika aku katakan bahwa aku tak pernah pun sebut perkataan itu kepadanya.

"Yelah, tak sabar tau nak balik."

"Kenapa? Rindu ke?"

"Rindulah."

"Rindu siapa?"

"Rindu mamalah."

Dan waktu itu, mata aku bergenang. Aku 'kaber' dengan gelak saikosis aku.

Eish. Apalah aku cerita ni. Mama sambung lagi, "Kejap, Arieq nak cakap."

"Helo?"

"Helo."

"This is a wrong number. Please leave a message," terdengar suara kecilnya.

Aku tergelak. Badigol samdolnya budak.

7 comments:

Nur Amirah Shaharom. said...

aduhai.. penin gak membaca. tapi nak tau jgak 2-3 bnda ni;
1. adik jet tu laki ke pompuan sbnrnya?
2. Arieq tu sape plak?
3. btoi ke jet rindu mama. memula ckp pasal adik. tetibe dlm dialog ckp rndu mama lak..
4. jet dpt tak adik laki yg jet doa tu?
:)

jetjetsemot said...

nur amirah...wah..cm reporter yeh kamu..
1.laki
2.anak sedara
3.rindu dua-dua
4.dapat

hehe..

Minci said...

1- byk ker ko nangis?
2- bila kita nk tgk 12 monyet?

Nur Amirah Shaharom. said...

owh ade satu lagi lah jet.. rasa nak tahu sangat..

jet menulis;
"Kerana pada usia yang begitu muda dia melihat apa yang tak sepatutnya kanak-kanak sebayanya lihat, dia alami apa yang aku tak alami, dia harungi apa yang aku dan adik beradik lain tidak lalui pada usia semuda itu, dan dia tak merasai apa yang kami rasakan waktu kami kecil."

huhu.. ape yg dah die lalui? jet telah menggambarkan adik jet sbg seorg yg hebat dan kuat:)

owh jgak yg penting, org seperti itu wujud di bumi perlis ni.. nak tahu.. ape yg die dah lalui..

cter ler...

bzz said...

Anak buah kamu itu agak psiko orgnya...
Tapi kepsikoannya itu membuat kamu gembira kembali. Errr.. iye ke?

Adakah tekaan ini betul?

jetjetsemot said...

kamen..
1.segenang itu saja
2.dah tgk twelve monkeys

nur amirah..oh, citenya sangat menarek tapi sangat private..,macam drama pun boleh jadi gak..jadi, tak eloklah nak diceritakan yeh..cubalah fikir possibilities yang boleh terjadi..haha..matila nnt mirah fikiran meliar..sorry yeh..

bzz..die mmg saiko..turun temurunla saiko itu..hehe..yeh, btol, die menghiburkan hatiku..

Nur Amirah Shaharom. said...

uish, xmati lgi nik. masih bernyawa smbil mengagak2 possibilities yg mungkin..
hurm~