Thursday, October 04, 2007

rahmat


Hari ni bukanlah hari terbaik untuk aku. Tidur banyak dan lambat ke sekolah. Kerja sekolah tak siap. Bila sampai di hospital, aku men'tawaf' hospital mencari 'senior' yang ajak aku mengikut dia buat klinik. Tapi akhirnya tak jadi sebab dia buat kerja lain, dan aku pun ada komitmen lain. Tengah hari pula aku ke 'meeting'. Suweynya datang bila tengah-tengah 'meeting' tu, 'senior' aku tiba-tiba hilang menjawab 'bleep'nya. Bukan sekejap tapi pergi tak kembali [dengan lagu iringan Rabbani]. Membiarkan aku terkapai-kapai menjadi ala-ala pengacara majlis untuk 'meeting' itu. Waktu itulah seorang makcik 'misi' nak gomol aku tentang satu fakta yang aku rasa aku betul, tapi dia kata dia betul. Aku rasa nak angkut je makcik tu pergi arena gusti, bergomol di situ. Tapi aku, 'being the timid me' hanya berkata, "Oh, sorry," dan menganggap fakta yang aku ketahui tu adalah silap dan dia lebih tahu. Apa-apa je lah.

Bila hati kita sakit atau bila kita rasa terbeban kita harus fikir rahmat yang kecil yang selalunya kita abaikan dalam kehidupan ni. Tapi sebenarnya, pada aku perkara-perkara atau 'blessings' yang tanpa signifikasi inilah yang mensurutkan [ke menyurutkan?] perasaan sakit dalam hati. Rahmat yang besar macam lulus peperiksaan dengan cemerlang, mungkinlah lebih 'obvious' dan memang tak tahu beruntunglah orang yang tidak sedar dan tidak mensyukurinya [peringatan untuk diri sendiri juga]. Rahmat kecil ni, pada aku adalah kejadian-kejadian tidak penting pada diri kita seperti mendapat senyuman dari orang yang berselisih jalan dengan kita, melintas jalan tak kena langgar dengan lori, dan macam-macam lagi. Klasifikasi yang aku berikan ini, adalah klasifikasi aku sendiri dan bukanlah berdasarkan mana-mana ajaran. Maafkan jika pernyataan aku ini tidak sesuai atau tidak tepat.

Apa yang aku nak kongsi disini adalah, walaupun hari ini mungkin tidak begitu baik buat aku tapi masih ada ruang rahmat yang aku terima dan untuk itu, aku amat bersyukur. Pertamanya, aku ke kelas agak awal dari orang lain hari ini. Biskut untuk 'coffee break' melambak di atas meja kelas. Aku ambil satu untuk disimpan buat berbuka puasa. Aku keluar sebentar untuk ke tandas [bukan untuk makan di tandas ye Encik Bzz] dan bila kembali, biskut-biskut yang banyak tadi sudah tiada. Rezki untuk aku. Biskut sudah dialihkan, tapi ada juga rakan-rakan yang tak mendapat biskut kerana orang luar dah curi biskut kami.

Keduanya, aku geram pasal 'meeting' dan sebaik saja ianya habis aku ke surau untuk solat. Aku duduk lama di surau dan mengaji. Datang seorang kakak bersiap-siap hendak sembahyang. Sebelum memulakan solatnya, tiba-tiba dia menyelitkan duit 10 pound ke tangan kanan aku. Aku terkejut. Aku kata, "Eh, buat apa ni kak?" Ini bukanlah translasi ayat ya kalian, kerana kakak ini memang orang Melayu. Dia menjawab, "Saja. Buatlah beli buku ke, makanan ke. Belilah apa-apa. Derma bulan Ramadhan." Aku diam. Eh, mestilah ada cakap 'terima kasih' kan tadi? Ke takde? Adess. Terharu aku dengan kejadian itu dan terus surut perasaan geram. Heh.

10 pound boleh digunakan untuk membeli lima biji nenas. Kalau satu nenas boleh buat satu balang tat nenas, berapa balang tat nenaskah yang akan dimakan oleh tetamu pada hari raya nanti?



Jawapan: Sifar, kerana tat nenas kena simpan dalam almari bilik aku. Siap ada 'padlock'.

Syukur atas rezki ini. Bila kita memandang sesuatu yang picis sebagai penting, tidakkah akhirnya ia akan menjadi penting juga? Sekurang-kurangnya di mata kita.

7 comments:

bZz said...

Sib baik la bebudak kat sini tak mintak duit raya guna pound, euro or dollar. Kalau tak, bangkrap!

nemu said...

jet. u r so inspiring. i love u hehe

Minci said...

jet.. I love you too.. miahaha

jetjetsemot said...

bzz..nak duit raya plis..

nemu..minci..love u guys too..ee..lesbian btol la..hahahah..

bZz said...

Alamak... Sana takde Meps kan? Ape kate sy bg chek je. Boleh? Berapa nak?

daju said...

reminder to my self..
thanx jet..
suke bile org senyum if berselisih..
kdg2 yg tgh pnat2 + sakit hati pn terubat..
and padlock kuih tart -> harus!!
kt sini we all dh bukak satu bekas..saje nk makan bulan puasa..kjap je lesap..haha..

jetjetsemot said...

bzz..meps tu kebende hah?cm pena kudengar..tapi dimana ya?cek tak kesa..kasik je..leh pos smule ke msia utk dicashkan..miahah..

daju..yeh..nice kan bila org senyum kat kite..tapi, kat msia bila senyum kat org, takde org balas..menanes i..oh, tat nenas kitorg takyah padlock pon akhirnye sbb tak sedap..hahahahhaha...xde org nak makan..