Sunday, September 02, 2007

muffin merdeka

Shoot! Tidak meng'update' walaupun hujung minggu. Terasa terlalu banyak benda nak buat, tapi terlalu sedikit masa yang ada. Akhirnya, esok kelas dah bermula semula. Aku baru perasan atau mungkin baru nak mengaku bahawa aku mengambil masa terlalu lama untuk melakukan satu kerja. Jadi akhirnya, kebanyakan benda tidak BERLAKU.

Isen ini khas untuk Nem. Aku memang nak membuat banana chocolate chip muffin untuk Hari Kebangsaan, dan ya, aku berjaya melakukannya. Resepi telah dipilih oleh Nem, atas dasar ke'familiarity'annya dengan muffin 'bertajuk' itu hasil bikinan Starbuck. Aku? Aku tak pernah minum kat Starbuck, OK. Sangat menghargai siapa-siapa yang nak bawa aku minum situ. Sila bayarkan sekali, terima kasih. Kedai Setarbak Kopi also can one!

Jadi inilah gambar-gambar muffin yang berjaya diambil dengan kamera telefon Za. Resepi dirujuk daripada Mamafami Fotopages, Chocolate Banana Muffins. Cuma sedikit ubahsuai yang telah aku lakukan iaitu meletakkan cip coklat didalam adunan sebelum masuk ke dalam bekas muffin, dan juga 'instead of' masak secara 'steam', aku bakar dalam ketuhar tapi beralaskan dulang yang berisi air panas. Maaflah, aku tiada 'steamer'. Hasilnya? HIT! Memang kelas! Senang pun senang. Sedap pun sedap. Very moist. Sangat-sangat 'rekemen' kepada kalian.




InsyaAllah, mesti akan buat lagi!

9 comments:

Anonymous said...

u din bake one for me

Minci said...

kenapakah tidak diletak yg ber'bendera' di puncak muffinzz?

jetjetsemot said...

bangun..the last one, kamen eat oredi..so, pegi korek perot die..hahah..

minci..kerana, lambang negara ini belum smpi ke puncak..asek menuju puncak je..miahaha..

Anonymous said...

sedap tak ni? buat la sedozen utk i... nak rasa jugak...

bzz said...

Woaahh bole order nih utk raya? Berapa sepeket?
Tolong hantar sample dulu boleh tak?

Anonymous said...

cucuk perot kamen yg bonchet..meh check..oo ada kek orang upanyeh!

Minci said...

uitt.. mu ingat perut i nih 'oven'? miahaha

Anonymous said...

sama la xpenah ke starbuck mahupun setarbak.

setambak tahu la.

tapi..yg dipanggil muffin itu sungguh2...nampak sedap.

tolong antar ke skudai bole?

jetjetsemot said...

elo people..arrgghhhh!aku tak sempat nak membalas2..yeh yeh..nanti aku deliver kat korang sume..korek perot minci first..then i send u the muffins..yeh..the muffin is really..really, super duper cun..

ps:aku tatau la bile g aku nak update..idea ade je..hehe..