Woi. Woi. Kesat air mata tu. Aku hidup lagi. Peringatan: INI BUKAN BLOG PERSENDIRIAN.
Woohooo! Tahun ke-4 kami sudah berakhir pada hari Khamis lepas. Pelik bukan? Aku sepatutnya semakin rajin menaip isen-isen baru, tapi tidak. Manusia pelik kan? Bila disuruh sekolah, dia nak cuti. Bila diberi cuti, dia nak pergi sekolah. Bila diberi projek, ditanyanya 'bilalah projek nak tamat'. Bila projek habis, ditanyanya, 'kenapalah projek dah tamat'. Hari pertama cuti, aku dah mula merungut bosan. Aku tidur selama boleh. Laptop, langsung tak aku sentuh. Orang yang mencari aku di YM, hanya sekadar mampu mem'buzz' tanpa mendapat sebarang respon. Entah kenapa, malas. Pelik. Mungkin kerja-kerja remeh yang diberikan sewaktu tidak cuti membuatkan otak aku aktif. Membuatkan aku ada cerita untuk berkongsi dengan orang, membuatkan aku mahu lari dari kerja yang aku lakukan. Tapi, bila cuti...apa yang berlaku? Tidak ada apa-apa. Sekadar duduk, tarik nafas, hembus. Dan ulangkan sebanyak lapan lagi. Tiada apa-apa yang perlu aku jauhi.
Masa 3 minggu ini, memberikan aku peluang untuk mengejar aku yang dulu. Hah? Apakah tahap ke'skema'an ini~
Satu buku yang aku beli lama dahulu, yang aku baca 'on-off' akhirnya berjaya aku habiskan dalam masa dua hari lepas.
Dan aku dalam proses membaca satu lagi buku yang dihadiahkan oleh kawan-kawan, hampir tujuh bulan lepas.
Menghabiskan masa menggunakan internet mencari idea untuk hadiah, resepi cheesecake STROBERI dan ayam golek, serta benda-benda yang sewaktu dengan membuat majlis hari jadi. Kami pun pergi beli belon, lilin, dan benda-benda lah. Entah apa-apa benda, aku malaslah nak cakap kan. Nanti bila rajin, aku tunjuklah hasilnya.
Perkara seterusnya untuk dilakukan adalah mengemas bilik dan menyapu lantai.
Dan bila umur panjang, mungkin mengemas beg dan berambus pergi ke London menonton teater. Itulah motto hidup aku.
Entah kenapa, aku berasa isen ini terlalu hambar sehingga ada aura-aura akan ada orang muntah akibat ke'boring'an. Tapi tulah, aku kan malas kan? Malas nak layan deh.
BORING..BORING..BORING..I wonder what awaits me in London?
Oh ye. Minci
Sunday, July 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kem salam PM baru sane ye kalau gi london...
*Tidakkah kamu mahu berblog sendiri? ;p
aiyo..semua gi london.. boring la pulak dok mesia ni..haa
bzz..takleh kem salam..kami tak pergi jumpa die..harap maklom..err, sy masih belum bersedia untuk berblog sendiri..hehe..
kasyah..jom lah..beg dah kemas ke blom?
Post a Comment