Wednesday, July 11, 2007

kopi dan pria tampan

Oh, I just had to have coffee this morning. Aku bukan peminum kopi. Tapi ex-drinker..ewah! Penyakit tidur aku sangat kronik hingga menggugahkan perasaan realistik aku yang ingin siapkan laporan projek secepat mungkin. Maka aku paksakan segelas kopi pagi tadi. Ber'base'kan susu soya, tambah coklat, tambah kopi separuh sudu kecil dan sebiji 'sweetener'. Kononnya coklat tuh berfungsi me'mild'kan rasa kopi, tapi sama je aku rasa. Strong. Minumlah dalam keterpaksaan supaya aku tak terbongkang di atas katil buat kesekian kalinya. Supaya tak ada 'aftermath' kepeningan, 'straight after' aku gosok gigi dengan seikhlas hati dan berkumur-kumur menggunakan 'mouthwash' dengan jayanya.

Semalam aku tidur 3 jam. Kemudian bangun untuk solat subuh dan sambung tidur lagi sejam. Kemudian terpaksa berangkat ke Manchester untuk menghadiri Foundation Fair. Dalam bas aku ingat dapatlah cover tidur aku yang tak menentu, tapi bas tu asyik berhenti untuk 'pick-up' 'passenger' di perhentian lain. Aku tak kisahlah dia nak berhenti. Masalahnya, setiap kali bukak pintu, pintu automatik tuh buat bising macam lahanat "TEPI, TEPI. PINTU NAK BUKAK. SILA BERHATI-HATI!" Lebih kuranglah terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Aku rasa kerek je. Dan kerusi bas tuh tak sedap untuk tidur. Demn.

Balik dari 'fair', naik bas aku cuba tidur lagi. Dapatlah 45 minit. Sampai rumah, aku tidur lagi 3 jam. Bangun, makan, baca artikel sampai pukul 1 pagi, mata dah mula sambung mengantuk. Tidur-tidur ayam sampai pukul 2 pagi. Solat isyak, sambung subuh. Cuba lagi baca artikel, tapi tak berjaya. Malas nak layan, aku tutup lampu dan tidur selama 6 jam lagi. Waaaahhhhhhhhh. Kemudian, kopi tadilah jawabnya.

Hasilnya? Menaiplah aku isen yang ini. Hahaha. Ni pun masih ada pening-pening sikit.

Oh, aku nak mengambil kesempatan ini mendedikasi lagu bertajuk Pria Tampan, dendangan Tipe-X secara rambang kepada jejaka-jejaka diluar sana terutama sekali Yus, Ejai, Haserol, Jo(entah siapalah ni,haha), Ijad, Bzz, Kasyah dan yang seumpama dengannya [Jet, kau ingat ni rancangan radio??!]. Dengan ucapan: Kalau ada awek 'reject' kalian, percayalah bahawa kalian terlalu tampan untuk mereka. Cakaplah "Maaf, diriku bukan cowok gampangan".



Yeh, sing along bebeh! Oh, maafkan pakcik yang nyanyi, gerak mulut tak sama dengan suara yang keluar.

"Emang lo yakin kalau lo tampan?"

"YAKIN!!!!!"

Err..adakah aku tengah 'high'?

5 comments:

WaWa said...

pergh. lagu tipe-x. aku suka tipe-x sejak skola menengah. haha. tapi aku cuma tau lagu2 diaorg dr album gambar botak. haha.

jetjetsemot said...

hoo..kamu 20 taon kan..patotla kamu denga album itu dikala sekola menengah dan kami dengarnye dikala unibersiti..yeh..album botak itu memang bes banget..sedap dipasang kuat dan hangguk2 kepala dan direjam batu dengan hausmet kerana buat bising..

dengala album yang ada pria tampan ni pulak..sure berasa 'pergh' sekali lagi..cara kamu taip macam seseorang yang kami kenal..dengan 'pergh' dan 'dowh' kamu..miahaha..

*aku yang berwatak diplomatik..

kaSyah said...

alala..lagu tipe-x..hush best.
ngapain nama kasyah terlibat ni..huhu..

bagus2..tapi awek reject sebab memang tak tampan pun..ish2..sedey2

bZz said...

Pria terhebat...

Di kenen. Buat donno... Jual mahal. Skali tanak balik2 semula... Muahahaha... nyesal kau...

jetjetsemot said...

kasyah..saje je la dediket, kpd mereka yg diketahui membaca blog ini sekali sekale..eishh..yakinla dirimu tampan!ni tak ikot kata2 motivasi neh..ceh!

bzz..siapa pulak jual mahal ni?adaka pengalaman diri sendiri?jual mahal kenalah berpada2 supaya akhirnya tak dudok kat shelf kedai runcit dan tidak dibeli..