Thursday, July 12, 2007

akak kaw-kaw


Pernah berada dalam situasi ini?

Setting: Medan selera Maju Junction,KL; bahagian yang ada tempat duduk di 'veranda' untuk orang yang nak 'fresh air' sambil hisap-hisap rokok.

Setelah meng'order' dan membayar air dan makanan di kaunter, aku pun mula nak 'blah'. Akak jual tuh pun dengan manja-manjanya senyum dan bertanya mesra, "Duduk mana, dik?". Ala-ala nak 'bonding'.

Aku pun berkerut, "Oh, saya duduk Bukit Jalil. Tapi asal Johor..."

Akak tu pun gelak-gelak dan mencelah, "Oh, bukan duduk tu."

Aku, "Aa?"

Akak kata lagi, "Duduk meja mana? Nanti akak nak hantar makanan ni kang. Hehe. Takpe. Memang selalu orang jawab macam adik jawab."

~Demn yuh, akak~

Akak ni macam mendapat ilham untuk mempunyai hobi memperkenakan semua orang yang pergi gerai dia, kan? Ramai orang dah kena katanya.*Sigh! Saya tak maulah masuk dalam kategori orang ramai tu. Saya berharap sangat lain kali akak tak membuat muka dan suara ala-ala 'bonding' akak tu. Akak tanyalah dengan kekasaran yang hebat seperti, "Woi!! Kau duduk mana??" Pastilah dengan tepat dan padatnya saya menjawab dengan bibir yang terketar-ketar sambil menunding dengan jari yang menggeletar ke arah meja makan saya, "S..Se..sana, kak..."

Hampir 'kaw-kaw' akak kenakan saya. Akak tak baik tau main-mainkan perasaan orang. Nasib baik saya tak jawab panjang lebar dan sambung bercerita hal keluarga di kampung. Geget betis bunting padi akak,baru akak tau. Warrrgghhpp!

5 comments:

Minci said...

ataupun dia patut tanya, 'dok meja mana, dik?'

kurang assam jawa nyer akak tuh.. :P

bZz said...

Ayat cover line

"Ehh... sukati saya la saya nak dok mana. Nak duduk gombak ke, ampang ke, kerusi depan ke starbuck ke. Akak ape pedulik. Hantarkan kat alamat yg tertera...."

jetjetsemot said...

minci..yeh akak tu patot prektis line dgn ko supaya watak die digemari ramai..

bzz..hamboi skrip anda sgt tip-top dan world class..tros hapal utk digunakan di masa depan..hahahha..hantarkan ke alamat yang tertera..hahaha..kenot tahan one..

kaSyah said...

"duk mana dik?"

"dok sg buloh.nape? akak ada adik perempuan ke nak calonkan ngan saya?

jetjetsemot said...

haha..incik kasyah..kena tambah siket kat ujung tu.."akak ada gamba?sori..tapi,no gamba no talk..chalo beta~"