Sunday, July 22, 2007

kerash


Peringatan: Ini blog milik Wasaii Studio.

Adakah kalian masih ingat akan jejaka kecil yang menggantikan aku dalam kuiz anti-dadah yang tak mahu aku sertai sebab aku tak baca buku pasal dadah? Jika tidak, sila baca di sini.

Kelmarin sedang aku bersungguh-sungguh menaip report aku, yang ketika itu masih belum siap, kawan baik aku ketika sekolah rendah menegur aku di YM. Dia sedang bekerja waktu itu. Dan berkata,'Tanyalah aku, aku kerja apa'. 'Haa, nak tanyalah ni. Kau kerja apa?' 'Aku tanam orang.' 'Betul ke?' Terbayang aku wajahnya berkerja sebagai seorang pengendali mayat. Sudahlah dia perempuan. Bila aku tanya 'Takkan tanam je?', dia menjawab, 'Sebelum tanam, aku cangkul lah dulu!' Oh, isi penting cerita tiada disini bukan?

OK, kita 'fast-forward'. Katanya lagi, 'Kau kenal W*? Boyfriend kau kan tu?' Aku gelak saja, 'Haa. Kenapa dengan dia?' ' Aku jumpa dia masa dekat Sofitel dulu.' 'Kau buat apa kat Sofitel?' 'Aku kerja part-time lah masa aku baru habis belajar. Mula-mula aku buat bodoh je dengan dia. Lepas tu dia yang datang tegur aku.' 'Oh.' Aku gelak lagi dan cuba mengelak, 'Hensem lagi tak dia?' 'Hensem juga lah. Dia tanya pasal kau. Tanya kau buat apa.' Aku gelak, 'Kau tau ke aku tengah buat apa masa tu?' 'Tahulah, masa tu awal tahun.' Aku tak bertanya lebih lanjut. Aku gelak lagi.

Sebenarnya, apa yang aku rasa? Aku berasa di awang-awangan. Sungguh. Heh, semacam dia tau yang aku mencari dia. Kenapa mencari? Biarlah rahsia.

Membuatkan aku terfikir. Benarkah dia yang menggantikan aku dalam kuiz tersebut? Atau mungkin juga orang lain. Jika orang lain, kenapa nama dia juga yang aku ingat? Hoh?*Konpius

Tuhan, terima kasih kerana memberi aku keberkatan ini~*Blush

10 comments:

Minci said...

dlm kepala aku.. muka Robi plak yg kuar.. hahaha

Pengurus Za said...

tu ke KEC** ??

blush2 lak dia
hihi

jetjetsemot said...

laa..korg ni pehal..robi la..kec** la..tu org yg sama ok..dan juga suda history ok..itu kenal dikala besar ok..tiada lagi itu sume ok..ini kanak2 kecil waktu sekola rendah sy saja ok..kerash sy waktu sekola rendah..itu sajor~

heh..

Minci said...

haha.. tau...
yg ganti ko masa kuiz dadah tuh.. haha

Anonymous said...

camne ye..nak paham 100% cam banyak yang tersirat..haha

jetjetsemot said...

mincik..ye betul..kamu bijak sih..

kasyah..tersirat ye..itula yg den maukan..haha..kasik tau satu dunia, malulah incik..

Pengurus Za said...

ooo..bukan ke? sori ngan kec** tu same ke? aih..

jetjetsemot said...

sori ape plak budak ni cakap..hahha..ngigau ke woi?komplikated ke fizatul?cmni..robi=ke***..yg budak dadah ni..org lain okeh..tiada kena mengena dengan robi..paham?haha..

bzz said...

Adakah anda tengah jiwang? :P Hiyahiyahiyahiya

... Ermm kawan saya kata, bulan 7-8 ni... bulan2 yg biasanya org jiwang2... Iye ke? Dekat hujung tahun lak bulan yg selalu org break... Betul ke?

Pengurus Za said...

eh..nk taip robi..sori pulak yg kuar..aiyak..

betol la tu bzz..bulan 7,8,9 bulan kawen bdk2 oberseas..tu pasal jadik bulan jiwang..iye kan? kan?

break ujung thn sbb senang nk tutop akaun, bukak akaun baru..begitu la...