Friday, July 20, 2007

mimpi merdeka kejap


Tadi tidur, cuba menghilangkan rasa hati yang aku tak suka. Bila bangun, rasa itu masih ada. 'Shake-it off!' jerkah diri aku sendiri. Yeh, aku rasa aku diambang untuk tidak bergelumang dengan perasaan itu. Berikan aku dua hari. Aku akan menjadi semula manusia terkinja-kinja yang malas mau sedih.

Dalam tidur, sempat bermimpi supervisor aku. Dengan misainya yang lebat dan cermin matanya. Katanya, 'I need to do my Jumaah prayer.' What??

Dalam 'scene' yang lain, kakak aku terlupa akan hari lahir aku. Dan aku menjawab, 'Tak apa long. Ni pun first time jajah terlupa birthday sendiri.' What?? Yeh, mimpi itu mainan tidur. Selebihnya, aku bermimpi pasal 'band'. Sepanjang hidup aku, aku rasa 'band'lah yang selalu aku mimpikan. Semacam ada kesal yang aku tanggung. Aku pun tak pasti.Boleh dikatakan majoriti mimpi aku berkisar tentang 'band'.

Aku juga banyak bermimpi pasal tandas. Aku benci mimpi berada dalam bangunan sebesar stadium yang tiada yang tidak tandas melainkan tandas-tandas belaka. Dengan bunyi air paip yang mengalir, tidak dipulas tutup. Tandas yang kotor dan berlumut. Gelap dan sejuk. Terlalu banyak tandas. Dan aku dalam situasi itu, akan memilih-milih tandas mana yang ingin aku gunakan. Tandas? Kenapa tandas? Dan jika mimpi berada semula di asrama, pasti akhirnya ke tandas juga. Dan bila tiba di bangunan yang pintunya 'posh' dan berlampu lip-lap, pasti akhirnya aku melangkah masuk melalui sebuah pintu yang membawa aku ke dalam tandas juga. Ada apa dengan tandas??? Haishh. Saiko aku dibuatnya. Bermimpi tentang tandas adalah mimpi yang paling menjengkelkan. Kalau anda berani, cubalah mimpikan tandas.

Apapun, aku bersyukur laporan projek aku sudah selamat dihantar. Last minit punya kerja, beb. Banyak rupanya aku tak siap lagi. Dengan pulak aku yang jenis buat kerja 'slow' dan ulang 'edit' berjuta kali. Pulun sampai pukul 7 pagi, tidur sejam. Dan bangun untuk pergi print di 'town'. Dalam tidur masih mencari idea mana-mana yang boleh aku perbaiki. Dengan otak aku yang tak tune tiba-tiba tak ingat nombor 'debit card' aku ketika nak bayar 'printing' dan 'binding'. Demn. Nasib baik tangan ni macam dah biasa tekan-tekan nombor itu. Percubaan kali kedua aku betul. Sekarang kena fikir presentation. Lepas itu, menjadilah aku hamba sahaya yang merdeka. Adakah ini penderaan sempena bulan kemerdekaan? Oh, saya terus insap hokeh~

Acknowledgement:

Saya terhutang budi kepada supervisor saya, Dr. TZM (kau ingat dia motor??), atas penat lelah melayankan budak slow macam saya ini yang tak ingat subjek apa dia amik waktu di matriks. Kepada Dr. Ghazal, dan Dr. Kari-kak-ani (Haha!), terima kasih banyaklah mengajar saya ilmu dan memberi tips-tips tambahan, serta membuatkan saya gelak memanjang. Oh, terima kasih juga sebab kasi saya tumpang kereta selalu. Lagi kepada, rakan serumah saya atas daya sokongan. Kepada sekretariat-sekretariat doktor. Kepada misi itu. Kepada Dr. Robyabrahamlincoln dan bosnya. Oh, aku terlupa nak mention nama Dr. Alek-kirja-keras dan pesakit-pesakit saya yang dimuliakan dalam itu report. Jasamu dikenang. Tak lupa juga kepada kak Alanis, abang-abang Tipe-x, Spider, dan Metallica, atas dendangan lagu dikala saya memerlukan. Sekian. Muchos gracias. Haha~

Aku rasa, aku nak sambung tidur lagilah. Heh.

6 comments:

Minci said...

eyyhhh.. tuh kau nyer screen saver kah yga da gingerbreadman tuh? aiyakk.. sorry ler.. lupa nk gi beli semalam..

tapi pasal Tandas.. hmmm.. rasanya ada maksud bende tuh.. tp tk ingatlah plak.. mungkin hanya mitos semata2

jetjetsemot said...

yeh..gingerbreadman adela screen saver aku..xpe je..beli len kali kat london pulak..huehuehueh..

oh..silalah cr apekehenye tandas dlm mimpi..kalu tau, jgn lupa bgtau aku yek..walaupon mitos,aku x kesa..

PenguRus Za said...

saye jumpe kan
kalo mimpi masok tandas
maksod dia nk buang penyakit
sakit ape ko buang hah?

jetjetsemot said...

oh?penyakit..i told u i have brain tumour..u dont wanna listen..oh?buang penyakit..sakit apa yang aku ade byk ni..asek dibuang je..haha..sakit akhlak ke?ish..ish..ish~

Minci said...

kita gi longdon makan krispy kreme jugak eh? donut wajib katanyer.. ha ha ha

jetjetsemot said...

yeh..krispy kreme sedap wokeh..klu benarlah ape yg terbayang dibenakku..donut juga wajib..waa..x saba nk pegi~