Monday, July 09, 2007

entah apa nak kasi tajuk ni ha


Ni kenapa ni? Aku dah berapa hari tak update, masih jugak aku yang kena taip isen. Mana budak wasaii ni? Nak kena ketuk? Betul-betul taknak kasik aku k****n lah ni. Demn you all. Haha.

Aku sebenarnya dah tiga hari tak bukak laptop. Dia kata dia penat. Dia nak holiday. Oh, laptop yang kata, aku tak kata. Sepanjang dia holiday, aku ikut holiday sama. Tidur semena. Tak ada yang tidak tidur melainkan tidur-tidur belaka.

Apa lagi? Aku ada perasaan nak maki orang pada hari Khamis lepas. Aku nak cakap kat dia aku dah give-up dengan dia dan aku 'mean it'. Aku rasa nak buka pekung kat dada dia. Tapi sebab aku insomnia dan penat, aku tak larat nak maki. By the time aku ada kudrat nak maki semula, marah aku dah hilang. Malahan, aku rasa nak doakan kebaikan dia pula. Dan tetap terus 'kisah'. Alhamdulillah, Allah hentikan niat buruk aku.

Lagi? For the first time in years, aku teringat semula kisah arwah Asiyah dan ia berjaya membuatkan aku menitiskan air mata. Entah kenapa setiap satu bibit-bibit sedih yang menyelubungi aku dan kawan-kawan ketika itu, menerjah kembali dalam ingatan. Teringat panggilan telefon yang memberitahu aku, dia telah pergi. Terus kuajak mama singgah ke hospital, sebelum pulang ke asrama. Terbayang wajah arwah yang kulawati di bilik mayat. Aku antara mereka yang terawal melihatnya. Terbayang wajah rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Terbayang karenah aku yang menangis dalam pelukan guru Sejarahku. Teringat lagi teguran rakan yang mengatakan aku nampak pucat, sebaik tibanya aku di sekolah. Tiba-tiba aku mengganti dirinya sebagai ketua tingkatan. Murung dan suram kelas kami memang tidak dapat dibendung sehingga setiap guru yang masuk mengajar terpaksa memberikan kata-kata semangat. Semua merasa kehilangan. Apa yang dikatakannya kepadaku buat terakhir kali adalah secara tiba-tiba dan tidak aku sangka. Seakan mengetahui karenah aku yang sentiasa rasa 'insecure' terhadap diri sendiri. "Tak kisahlah apa orang lain nak kata. Tapi aku rasa kau lagi cantik dari kakak kau." Ikhlasnya, bukan puji yang aku cari. Yang pasti ayatnya bukan rigid tapi subjektif, seakan dia cuba berpesan kepadaku agar menjadi orang yang positif. Dan selepas itu, dia hilang. Di sekolah, kadang-kadang aku menjengah ke dormnya, yang boleh kulihat dari tingkap dorm aku. Sekadar membayangkan wajahnya tersenyum, melihat aku dari pintu itu.

Al-Fatihah~

*Gambar: Kredit kepada Bin Gregory Productions. Harap halalkan.

3 comments:

bZz said...

al-fatihah...

Bin Gregory said...

Sebenarnya, itu gambar saya, bukan Sdr Serunai Faqir punya. Tolong taro link ke Bin Gregory Productions, http://www.bingregory.com

TQ, wasalam

jetjetsemot said...

bzz..tengs

bin gregory..hokey, sudah link..terima kasih!