Wednesday, May 23, 2007

projek serakah


Hari ni hari pertama aku mula dengan projek sekolah aku. Seminggu projek ni sepatutnya dah berjalan tapi banyak benda nak kena 'settle' sebelum ia benar-benar boleh dijalankan. Nak tau projek aku tentang apa? Tajuknya dalam bahasa inggeris 'How epilepsy affect erectile function and sexual life.' Bila orang tanya aku apa 'epilepsy' dalam bahasa Melayu, aku jawab,'Sawan'. Bila orang tanya aku tentang 'erectile dysfunction', aku jawab 'Alaa..macam mati pucuklah.' Projek ini berasaskan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa epilepsy boleh menyumbang kepada mati pucuk, sama ada kerana ubat untuk memulihkan epilepsy atau kerana penyakit itu sendiri. Kiranya, serakah juga tajuk projek aku memandangkan aku seorang perempuan. Cuma bezanya membuat projek di negara barat ni tak ada apa yang serakah tentang isu ini. Projek aku berkaitan memberi borang soal-jawab tentang hubungan seksual kepada pesakit-pesakit lelaki yang mempunyai epilepsy. Aku tunjukkan contoh borang tersebut kepada sorang budak lelaki, dan senang-senang dia panggil aku 'gatal'. *Piang! Kena lempang. Bukan aku yang pilih tajuk ni. Supervisor aku yang kasi. Bantai je ambik sebab aku pun dah tak ada idea yang bernas untuk dibuat projek. Agak susah juga bekerja dalam bidang neurologi yang dimonopoli oleh lelaki, sambil membuat projek yang memerlukan kau berinteraksi dengan pesakit-pesakit lelaki sahaja. Kau akan rasa sangat kerdil seperti perempuan dah pupus dalam dunia ni. Heh~

Dalam masa 3 jam klinik yang aku turut serta, hanya 3 orang pesakit yang bersesuaian untuk menjawab borang soal-jawab aku. Dua daripadanya sudah lanjut usia menyebabkan aku kurang pasti masalah hubungan kelamin mereka disebabkan oleh usia, sakit, atau ubat epilepsy. Seorang lagi pesakit ter'miss' untuk menjawab soalan pada muka surat ke-3 borang aku. Lain-lain pesakit epilepsy yang datang ke klinik tadi adalah wanita dan seorang pesakit lelaki yang 'mentally disable'. Jadi, hari pertama projek aku tak berjalan begitu lancar. Hari yang tak baik tahap dahsyat sehinggakan setiap kali ada lelaki masuk melalui pintu klinik untuk bertanya kepada 'misi' yang 'in-charge', aku akan berdoa "Tolonglah kau ada epilepsy...tolonglah kau ada epilepsy." Ye, tiba-tiba automatik menjadi keji dan busuk hati. Haha. Semoga mulut aku tak masin dengan menyumpah semua orang yang menjejakkan kaki ke klinik neurologi. Sekian.

Oh, dan ye, jangan kutuk-kutuk orang ada epilepsi, atau apa sakit sekali pun. Korang ingat korang bagus?

8 comments:

Minci said...

huhu.. tak suka btol dunia yg didominasi lelaki ini.. buat i nervous sajorr...

'gatal' dlm English apa? kiranya apa yg patient tuh komen?

jetjetsemot said...

gatal dlm english 'itchy'..haha..ko ni mesti lalok lagi kan...bukan patient lah yang ckap aku gatal..member aku..heh..cm cikai je isen nih..cm skema..haha..matila..

Anonymous said...

haha..sgt serabut buat project option ni..aku idup dlm dunia kegelapan aku sendri..rase mcm duduk dlm gua sajor..kawan ngan MRI scan je..

aku pulak doa agar pt aku takde tumour...sbb nnt takleh kire as control patient...baik ati kan?

ape2 pon..semoga semua ni berakhir ngan cepat...tak tahan!

bzz said...

So, kalau masuk court ckp

"saya tak sengaja merogol mangsa kerana saya diserang sawan banyak kali" confirm kalah la?

Minci said...

org masa sawan bley ker rogol2 org nih? tk ker mcm 'menggelupo' (aku tk tau nk guna perkataan apa lagi)sepanjang masa?

jetjetsemot said...

oh..tapi ada tau jnis sawan yang sexual..tp rasanya tak la sampai merogol orang..will look up yang itu untuk bzz, biskut yasmin, dan pengetahuan sume..bgos soklan tuh..time kaseh..

Minci said...

biskut yasmin ... ha ha ha

jetjetsemot said...

'When epilepsy causes damage to the anterior temporal lobe — another element of the system — the result can be inappropriate sexual behavior, problems maintaining personal relationships and a lack of empathy.'

info utk masa ni..ni je yg aku jupe..AFTERMATH of epilepsy: bleh mnyebabkan personaliti org berubah menjadi psychopath dan rape orang heartlessly...tapi x jupe tang merogol orang MASA die kne sawan..