Monday, April 30, 2007
zaman jahiliyah
Semalam borak-borak dengan roomie dan juga saudara Rohaizat Tahir. Dengan roomie, pasal zaman kanak-kanak. Pasal kartun-kartun kat televisyen yang kami tonton. Bila fikir-fikir balik, aku rasa aku lagi banyak tengok kartun masa dah tua ni berbanding waktu kecil. Antara kartun yang paling rajin aku tengok adalah 'Daddy Long Legs' atau bahasa Malayanya, 'Ayah Kaki Panjang'. Ye, kaki ayah itu memang panjang. Aku selalu ponteng sekolah sebab nak tengok kartun ni, pukul 4 petang, tak ingat hari apa. Sekolah agama yang aku ponteng tu. Selalu gak berimaginasi nak jadi Jerusha 'Judy' Abbott. Hm, tak ingat sangat cerita ni. Tapi pasal Jerusha si anak yatim yang disponsor oleh seorang lelaki untuk belajar sebab dia pandai menulis (writer). Dengan syarat, dia kena tulis surat dekat lelaki tu setiap bulan tapi takkan mendapat balasan dan takkan tau identiti lelaki tu. Tulis surat tu as part of mem'polish' writing skills Jerusha. Dia tak pernah nampak muka sponsor tu tapi pernah nampak bayang-bayang dia dan ye, melalui bayang-bayang tu kaki dia nampak panjang. Lalu dipanggilnya 'Ayah Kaki Panjang'. Mula-mula dia ingat pakcik tua ganyutlah yang sponsor dia. Last-last tau jugak siapa sponsor tuh. Mamat muda yang kacak berambut blonde. Hohoyeah! Kalau aku tak silaplah. Ke imaginasi aku? Rasanya betullah tu. Selain tu, aku suka tengok 'The Bush Baby'. Samalah macam cerita Daddy Long Legs tu, dia adalah anime Jepun yang dialih bahasa. Ada lagi satu, 'The story of Babar', kartun gajah. Tak banyak kartun yang aku tengok kat TV masa kecil. Malahan, jarang tengok TV. Rupa TV macam mana pun tak pasti. Huda pun setuju dia tak tengok TV sebanyak sekarang, waktu kecil dulu.
Main? Mainan apa yang aku main? Huda kreatif. Macam-macam mainan dia main. Dia ada koleksi Barbie. Main lukis-lukis selipar kat kertas, guna benang buat tempat jari selipar, lepas tu pakai. Main shopping-shopping, buat trolley pakai kertas. Dan yang paling aku tak tahan gelak, main kuiz buku resepi. Caranya? Ni memang mainan gila tak de kerjalah. Amik buku resepi mak-mak korang, yang ada gambar hasil masakan. Kena ada dua group dan seorang pengacara kuiz. Pengacara akan tunjuk gambar makanan dan based on gambar sahaja ahli pasukan kena teka makanan tu halal ke tak. Hahahha. Bangang menggila! Kalau tak dapat jawab, pengacara akan kasi klu (clue), contohnya bahan untuk resepi tu ada gelatin. So, jawablah.....'TAK HALAL!!!' Piang kasik mati mainan ni. Hahaha.. Aku pulak, masa kecik-kecik buat patung sendiri. Aku gumpal-gumpal tisu jadi bulat, lepas tu aku masukkan gumpalan tadi ke tisu yang lain. Kalau korang boleh bayangkan, gumpalan yang bulat tu jadi kepala dan tisu yang luar tu aku jadikan skirt. Dapatlah aku 'segumpal' patung. Aku amik penutup mesin jahit National mak aku, buat rumah dia. Mainlah sorang-sorang. Bila dah tua sikit baru dapat 'seorang' Barbie dan 'setangan' Polly Pocket.
Masa kecil, bukan main anti kalau lelaki minat aku. Habis kena sepak terajang. Tak taulah kenapa dan apakah bezanya saraf-saraf dalam otak masa kecik dengan masa besar ni. Short-circuit ke apa, tak tahulah. Tak pernah aku main dengan budak lelaki Melayu. Main dengan budak-budak perempuan Melayu, perempuan dan lelaki Cina saja. Bila Biskutmuka tulis tentang 'My First Mukhsin' aku pun struggle nak ingat siapa first Mukhsin aku. 2 hari tuh...aku fikir. Macam biasalah, risau...takkan takde siapa Mukhsin pertama aku? Abnormal kang pulak nampaknya. Nasib baik ingat. Ada lah rapat dengan sorang budak laki Cina berbulu (jangan pandai-pandai bubuh titik lepas perkataan ni) mata lentik masa tu. Heh, no komen. Umur 9 tahun dah develop agenda amuk setiap tahun. Kadang-kadang cikgu pun aku amukkan. Sampai form 5. Matriks pun ada lagi. Sekarang, diari amuk dah habis muka surat. InsyaAllah. Very 'angry' childhood kan? Ye, aku tau tak pleasant sikap ni dan aku sendiri benci berada dalam situasi tu. Aku ada insight dan tengah try baiki diri.
Haa..Zaman kanak-kanak yang kegelapan. Menjengkelkan. Dapat anak macam aku, sekehkan saja kepalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
suka benar dia menggunakan perkataan menjengkelkan sejak kebelakangan ini.
wah.. Huda mmg sgt kreatip.. dan aku teruja membaca mengenai permainan kuiz masakan itu... tk pernah2 org main bende cam tuh.
kau pula dgn patung gumpalan kau.. hahahaha~~ kelakar
apsal kau tk pernah dgr langsung pasal kartun yg kau tgk nih?
barbar jek yg aku tau.. yg lain tuh aku tk tau..
tapi kan .. samapai skrang ada satu kartun aku teringin sgt nk tgk balik iaitu Gigi, The Magical Girl
ada typo di atas..
'apsal AKU tk pernah dgr langsung pasal kartun yg kau tgk nih?'
ye..ye..aku paham ko ckp ape..oo..aku pon x pena denga katun gigi, the magical girl tuh..cite pasal apeka?ko x pna tengok katun yg aku tengok sebab klu ponteng sekola je dpt tengok..ko ade ponteng tak?miahaha..menjengkelkan la kamu ni..
xsuke tgk kartun sgtt..
nanti saya akan tertidor..hehheh..
mainan buku resipi kelakar..siap ade clue2..kamu kreatif juga bwt doll sendiri..menarik..
xpnah ade barbie and polly pocket..
kecik2 main mainan intellectual saje..hahha..xdela..
ehh..pnah x main yg fishing tuh..ikan tuh pusing2..bkak2 tutup mulut..
i think sume org mase kecik2 pnah maen bnda nih..hahha..
comment atas tuh from me..tersubmit ngn cepat..
miahaha... barulah make sense.. aku tk pernah ponteng skola.. :P
daju, pernah jugak main ikan bukak tutup mulut tuh!! hehehe
ermm...bes ke main masak2 ke doll ke...ijad pulak suka hancur kan mainan...susun combat byk2 kat lantai then baling dgn bateri besar...yg mana patah kira mati la...bes gak....lepas tu meja makan mak ijad..ijad buat lapangan terbang...conteng dgn kapur buat lane kapal terbang...huhuhu...then bantai pokok org dgn pedang thundercat...hahaha,ganas gak aku ms kecik..
haha..pna daju..pna men ikan pancing tuh..i like..
ijad,ngaa..bdak laki mmg ganas..maenan paling bes dyrg adela buli org..mmg nk kne ketuk..hoho..blasah pokok je xpe..
mainan tu lagi ganas lagi bes...ijad penah main perang2 dgn budak lelaki n pompuan..but ms tu nasib tak baik ijad terbaling pisau mesin rumput terus menuju ke kepala budak pompuan tu..trs pengsan...jahat kan...hehehe
jet..
aku minat gilerrrrrrrrr
ayah kaki panjang..
memang lelaki tu blonde..
lepas tu surat2 dak tu tulis dia tak baca pon,asal dapat je dia buang..
ayah kaki panjang kaya..nama dia jervis klu aku x silap..
heheh
aku kecik2 takde barbie2 nieh..mak aku x kasi men,tp adik2 aku ada barbie..why i takde? why? i ada soft toys jer
wooo..tgk..natrah pon nonton ayah kaki panjang..smbg cite lg pasal ayah kaki panjang plis, i da x igt dah..dyrg kapel ke ha?ade muvi version, bahasa korea..ko pena tgk natrah?
hooo..mungkin mak ko mamo kasik ko men barbie kerana takot ko cedera..maklomla,anak first..barbie tuh keras gak..kne cakar dgn tangan die yg halus mulus tuh kang nanti..ye,ibu kamu sayangkan kamu amat..
Post a Comment