Friday, November 14, 2008

neves siot


OK. Hantu dah merasuk jiwa aku. Hantu punya kementerian. Tiba-tiba jiwa aku bersalut risau. Walaupun perkara ni dah banyak kali dibincangkan, entah kenapa aku nak risau juga. Tentulah ia berkait rapat dengan 'posting' yang akan aku ketahui tak lama lagi.

Pandai. Memang pandai aku bercakap. Aku kata pada Bie, 'Kenapa kalau jauh? Alah..tak payah risaulah. Kalau jauh pun, tak jadi masalah.' Sebab masa itu tak ada faktor luaran yang mencucuk-cucuk jiwa kental aku. Aku rasa aku boleh hidup di mana saja. Walaupun berjauhan.

Aku memang bodoh. Waktu aku 'apply' aku fikir, 'Ah, mampus kau. Kalau aku tak dapat Johor, suka hati kaulah nak hantar aku ke mana. Aku tak kisah.' Oooo..berlagak. Masa itu bolehlah cakap. Waktu masih belum kenal.

Bila ayat-ayat yang dua ini keluar, aku terus menggelabah:

"Belum kahwin kan? Senanglah dia nak hantar ke Sabah, Sarawak."

"Diorang cakap JB agak 'busy'. Hospital kedua 'busy' lepas Klang."

Arghhhhh! Terpaksa aku jilat balik ludah aku. Ludah yang dah bercampur lumut, kulat, habuk, air liur orang lain. Aaaaaa!!!! Aku risau. Sumpah aku risau. Tak ada yang tidak risau melainkan risau-risau belaka. Hari itu Bie risau, aku gelakkan. Sekarang aku risau, aku simpan sendiri sebab takut nak beritahu kerisauan aku. Bila aku punyai kekuatan untuk memberitahu, dengan bersahaja jawabnya, 'Tak payah fikir. Buat penat. Doa jelah.'

Fine.

Baiklah kawan-kawanku yang mulia, yang menganggap aku 'macho', aku benarkan kalian gelak secara berjemaah. Satu, dua, MULA!!

6 comments:

Pengurus Za said...

hey awak, nnt bile dh tau posting kt mne, kabar2 la saye. jgn bgtau 'Bie' je. hahahahaha


sy menanti kamu!!

Unknown said...

Walaupun saya tkder Bie.. tapi saya turut mempunyai kekesalan kerana memilih posting yg jauh. Saya cuba mengconvincekan diri saya bahawa tempat2 yg jauh ini adalah yg terbaik tapi .. tapi.. tapi.. tapi..

mungkinkah hati kerasku ini terbuka secara tidak sengaja untuk mengenali cinta ( walaupun bertepuk sblh tgn) ..acecececece.. (tk declare, lagi nk kata clap one hand only)..

tkperlah..kini saya cuba berserah kpd Tuhan agar si dia menjadi Butterfly saya.. cewahhhhh..

Ya Allah.. jgnlah dpt Kuching pliss.. Kuantan/Ipoh ok lagi..

nanti bila MO aku nk apply Putrajaya lah.. ha ha ha

jetjetsemot said...

ahaha..matila sumerg bersaya-awak ni..yeh..sure will let u knownye la kak fiza..insyaAllah..doa-doala dpt JB..aminn!

kamen..oh..sy baca balik isen sy ni cm gedik ok..sy rase nak lempang2 diri sy..ya Allah..tolonglah dapat yang dekat2..oh, kamu dgn F maseh dilamun2 ke..sile la declare..mendoakan kamu bahagia2 hendakNya, dibuka hatinya dan tak tepuk2 sebelah je..pehtu jgn lupe berenang gi pangkor..ok??

Unknown said...

oi.. sila tukar abjad ok..
*aku lamun sorang je..kuang kuang kuang*
but sila tukar abjad ok

Anonymous said...

hahahhaah..
ermm kakjet da x macho..tp mushyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

bzz said...

Jett... kawinlah cepat sket... Amacam? Penat orang tunggu...