Friday, November 07, 2008

latest


Tahap pelupa aku semakin membimbangkan. Mungkin sesetengah kalian sedia maklum bahawa aku telah terlibat dalam kemalangan 5 Syawal yang lalu. Boleh dikatakan kejadian tu dah meragut sedikit sebanyak daya ingatan aku yang dah sedia lemah ni.

Bagi orang-orang yang dekat dengan aku: Kamen, Fiza, Huda, NadNad, kalian dah tau perangai aku yang suka hilangkan barang dan tak terurus. Bayangkan sikap aku dulu, ditambah dengan 'short term memory loss' yang aku alami sekarang. Susah nak aku ceritakan tahap ke'kronik'annya. Biar aku kongsikan beberapa contoh. Kalian, ini benar-benar terjadi. Bukan cerita-cerita rekaan.

Mama minta air Horlicks. Aku datang bawa Milo. Itu tak apa lagi. Mama merungut. Tapi merungut senyap-senyap pada adik.

Mama minta pula air Milo. Aku bawa segelas Ribena. Mama tanya, 'Kenapa air ni sejuk?' Dah Ribena, 'What do you expect?' Aku sedar aku silap. Tapi aku terus saja tidur. Dengusku dalam hati, 'Lain kali Mama minta Ribena, aku nak kasi Horlicks pulak!'

Mama minta roti bakar pula kali ni. Nasib baik aku datang dengan roti juga. Tapi tak dibakar. Mama merungut. Aku menjerit kuat, 'Bakarlah woi! BAKAR!' Aku jeritkan diri aku sendiri. Mama tergelak.

Zuriani duduk betul-betul di sebelah. Ditanyanya pada aku, 'Jet, mana tandas?' Aku jawab 'Situ'. Aku sangat yakin dia ada di sisi sepanjang masa. Tak lama kemudian aku bertanya kembali, 'Eh, tadi kau tanya toilet, dah pergi dah?' Dia membuntangkan matanya, 'Eh..dah lah Jet!!' Sumpah aku tak ingat kau bergerak, Zu.

Bie telefon. Katanya ada kerja. Ada budak lemas. Dia sibuk menguruskan hal itu. Malam tu gaduh besar. Aku mempersoalkan kenapa dia tak 'call'? Kenapa tak 'message'? Katanya, 'Kan dah cakap. Ada budak lemas. Sibuk. Tak ingat eh?' Sekali lagi: Sumpah, aku tak ingat! Tapi bila 'check' log, memang benar dia ada 'call'.

Macam mana nak hidup kalian? Aku bakal kerja. Adakah aku akan jadi bahan maki di hospital nanti? Dah berbuku-buku vitamin B aku telan, hasilnya tetap sama. Ah, doakan aku kalian. Minta sangat-sangat.

Aku rasa, selain memori yang kian pudar, telinga aku juga makin pekak. Kualiti inikah yang kalian mahukan dalam seorang yang bakal bekerja di hospital? Janganlah ada pula nyawa yang melayang disebabkan hal ini.

'Eh, saya terlupa nak keluarkan 'scalpel ' dari perut si fulan, doktor...'

Bagus...bagus.....

2 comments:

Minci said...

my sympathies..
nanti bila buat medical checkup mention aku nyer accident n permasalahan..
or kalau dah buat, sua kan surat doktor anda kepada hospital director untuk memastikan anda fit untuk bertugas..
if kau rasa kau tk blh nk bertugas lagi, i suggest you take a break dulu
maybe keje sama2 time dgn kakfiza nanti ke.. that is in the new year
in the meantime, kau lakukan senaman Neurobic.. apa2 sahaja amalan pemakanan mahupun mental exercise yg mampu menguatkan minda..
seperkara lagi (dan yg saya pasti awk rajin buat) bermunajat kepada Allah agar mengembalikan homoestasis diri kau..
all the best kakjet.. jgn gusar2.. pesanan nad juga bagus.. buku nota kecil..cuma kau kena ingatlah nk bukak buku nota tuh selalu.. :)

bZz said...

Saya dah mengalaminya selalu. Tapi tak lah mcm awk.

"Tadi rasa ada mende nk cakap... ape aaaa??? Esok2 je la cakap"

Esok...

"Ohhh... Smlm nak tanya.. arini makan ape?"