Tuesday, September 16, 2008

persoalan


Aku tau anak lelaki yang aku anggap kecil sudah membujang apabila dia mula menyuarakan persoalan yang membuatkan aku berfikir panjang untuk menjawab.
1. Bonda dah tak kawan dengan kawan Bonda (merujuk kepada seorang lelaki) yang dulu tu, eh? Kenapa Bonda dah tak sayang dia?
2. Bonda, boleh tak lelaki kahwin dengan lelaki?
3. Bonda, bila dah besar nanti, macam mana lelaki nak cakap dekat perempuan nak minta dia jadi 'girlfriend'?
4. Bonda..Bonda dah buat keputusan dah, Bonda nak kahwin dengan siapa? (Kerana dia tau aku ramai kenalan.)


Jawapan aku:

1. Err...
2. Walaupun banyak ditunjukkan di TV lelaki ada hubungan dengan lelaki, tetapi kita sebagai orang Islam, perkara tu berdosa dan tak boleh dilakukan.
3. Eh, apa punya soalan ni? Mana Bonda tau. Bonda bukan lelaki.
4. (Gelak) Awak nak suruh Bonda kahwin dengan siapa?

Haha. Maaf atas sunyi yang berakar dari pihak aku.




4 comments:

bzz said...

Global sungguh anak buah awak nih...

Jangan biarkan dia kawin dulu sblm awak kawin...

Anonymous said...

haii bdk kecik itu..sudah besar panjang dah dia rupanya..

Unknown said...

yah..dah dua kali aku cukur misai aku tunggu kau updet.. miahahaha

mulut jahat said...

k.azah dah ada anak ke? o_O