Friday, September 05, 2008

kamben haram



Aku tak taulah, ada ke orang lain yang berumur 24 tahun sejahil aku dalam perhubungan? Apa sebenarnya benda yang orang panggil 'cinta'? Apa sebenarnya erti sebuah perhubungan? Aku betul-betul tak tau. Yang pasti, apa yang aku lihat berlaku dalam sebuah perhubungan senang sekali menjengkelkan hati aku. Usia aku sudah mau menginjak ke 25 tahun, namun aku masih beranggapan serong pada istilah cinta laki-laki dengan perempuan.


Kenapa orang bercinta? Kenapa bila aku cuba, aku mula pening? Kenapa hati aku berat? Bukankah mencari pasangan itu umpama membeli barang di pasar? Membandingkan semua yang ada di pasaran, dari segi rupa dan harga? Salahkah konsep aku? Kita memang nakkan yang terbaik dalam pasangan kita hingga dalam berkawan kita mula membedakan antara satu sama lain, semua calon-calon yang ada dalam senarai kita.


Perempuan. Memang 'fussy' dalam memilih. Teringat kakak aku yang menolak 'cinta' seorang lelaki hanya kerana dia tak berstokin apabila memakai kasut. Aku? Eish. Aku turut merasai 'rasukan' 'fussy' itu mula menerjah jiwa aku. Tak pakai 'deodorant'? Aku 'reject'. Pakai kemeja apabila keluar 'dating'? Aku 'reject'. Cara bercakap tak kena? Aku 'reject'. Berdiri tak tegak? Aku 'reject'. Gigi tak menepati piawaian yang ditetapkan? Aku 'reject'. Terlalu berani? Aku 'reject'. Terlalu penakut? Aku 'reject'. Terlalu tak memberikan perhatian? Aku 'reject'. Terlalu memberi perhatian? Aku 'reject'. Terlalu banyak cakap? Aku 'reject'. Terlalu senyap? Hah! Tentu kalian tau jawapannya. Apa yang aku nak sebenarnya?? Aku runsing. Tolonglah kalian jawab.


Sakit hati aku apabila ada yang dengan terus terang menyatakan bahawa dia tertarik dengan aku kerana aku mengingatkan dia tentang kakak angkatnya yang telahpun menjadi isteri orang. Kakak angkat yang pernah dia ajak menjadi tunangannya. Kakak angkat yang dek kerana perbezaan umur yang ketara, tak dapat mereka nak bersama, takut menjadi buah mulut orang. Hei! Kau nak aku atau kakak angkat kau? Argh! Patutkah disuruhnya aku memakai baju kurung bertanah putih, berbunga merah jambu hanya untuk menghidupkan zaman cinta monyetnya itu? Adakah aku nak menjadi watak tempel dalam kisah cinta kau yang tak kesampaian? Kau jawab!


Benar. Berdikit-dikit dalam masa 24 tahun ini aku disajikan dengan kisah-kisah yang mematangkan aku. Ujung kisah yang pasti memualkan aku untuk melaluinya lagi. Kalau kalian masih muda, ingat pesan aku ini. Mujur saja aku belajar ilmu ini tiga tahun yang lalu. Bercinta itu tak ada jalan mudahnya. Memang seronok mengetahui bahawa ada seseorang menyukai kalian. Kalau dapat, tahankan perasaan suka itu. Kalian takkan tau apakah itu suka atau cinta. Jangan mudah sangat mulut menyatakan kalian cinta, kerana apabila waktu berjalan dan kalian sedar bahawa 'cinta' itu sebenarnya 'suka', kalian akan terpaksa menjilat ludah kalian sendiri. Mengutip sisa-sisa kerosakan hati si dia yang telah kalian lakukan. Hanya kerana 'suka' banyak yang telah terlewakan. Kenali calon pasangan kalian. Ketahui cerita disebalik kenapa kalian menjadi pilihan mereka. Dan jawapan yang terbaik mungkin adalah apabila dia tak dapat memberikan sebuah jawapan.




Salam Ramadhan.




6 comments:

Anonymous said...

ish ish
ko curi pistol dia, aku nak tembak dia
tak puas hati betullah aku
tgh puasa2 ni, saje nk buat org naik darah plak

Unknown said...

Fussy itu mesti..
Aku pun akan rijek org yg pakai kasut tanpa stokin, yg OVER CONFIDENT, yg TERLAmPAu POsitif.. huhu.. dsb

bzz said...

Ketuk mamat tu!

Jett,
Saya selalu ada problem time beli baju rasa. Tak kiralah beli sorang atau beli belah ngan org lain.

Bile pergi sogo. Byk sgt pilihan. Itu cantik, ini cantik. Ada style, simple. Rock atau casual. Comel or ganas. Semua ok. Atau mungkin semua tak ok.

Kalau mak ada, adik ada, kawan ada, ex ada... Mereka kata "Yg ni ok. Beli lah.. Yg ni menarik oklah. Iskk tak sesuailah tu. Ape mende pakai baju macam tuh? Belilah baju tu, kalau tak..."

Sometimes, bila jadi yg atas. Kengkadang saya beli. Ikut cadangan mereka. Sbb mata kita dah berpinar ni dengan baju nih (sogo kan besar). Ye lah ambik.. tapi bila balik... Bila try sorang2.. "Yg aku beli ikut ckp orang kenapa?". Rasa tak seronok datang. Sbb akibat dari saya pening lalat tadi. Saya lupa. Saya yg nak beli baju. Bukan orang lain. Kalau cantik, saya yg nak pakai cantik pada saya. Org lain kata cantik, belum tentu cantik pada saya. Org lain tak tahu gaya saya, cuma saya yg akan rasa selesa atau tak. Aduh... baju tadi pakai skali dua ja...


Satu lagi masalah...
Sogo kan besar. Pening. Memang kita boleh beli semua... Tu pun kalau duit kita berjuta-juta. Tapi seluk kocek... Boleh la, byk yg boleh beli...

Masalah saya. Kengkadang baju tu menarik. Berkualiti. Mahal pun ok (slalu murah kainya low quality). Jenama ada. Memang bergayalah saya lepas tu. Tapi.... Balik rumah... ceh... menarik memang menarik. Apasal aku pakai terus tak jadi diri aku? Tapi ada masa, saya beli tshirt cap kelapa laut afrika yg saya beli jenis sekali pandang, tak cek bebetul. Yg murah. Tapi baju tu la pilihan saya yg saya pakai bertahun2 compare baju yg mahal.


...And.... Ni masalah sy paling besar time beli baju raya. Kengkadang, masuk sogo, masuk isetan, jusco, metro. Satu hapah tak beli. Ada je yg tak kena. "BAju dah cantik, butang dier lain macam. Design kaw menarik, tapi kolar dia kecik. Dah ok ni, tapi line ni tak sesuai.". Lalu saya tak beli. KL bukan london. Gi memaner pun, design dier lebih kurang je. So smpi nak raya tak beli2. Last2... gi sana. Suruh org pilih. Lantak la... Bila dh smpi rumah... "apsal aku suruh org lain beli?".... And last mid-year sale. Berbelas kali masuk tmpt beli baju. Padini concept store, G2000 and etc. Satu pun tak beli. Sbb ada je mende yg tak minat..... Last sekali, on last day sale. Sy beli seluar slack. Murah. Jenama ape ntah. Sebabnya... Kaler hitam, kain sedap. Sure pakai lama nih...


....
Ada lagi problem. Tapi tak la macm yg kat atas. Ni nak raya lagi. Baju tak beli. Camne? Awak boleh tolong. Saya nak kaler oren... Design, jenama, harga etc saya tolak tepi dulu. Kalau orennya menarik. Saya ambik... Humm... tapi belum sale lagi nih... Iskkk laa...


Makcik... dh gi masak buka sana. Baca komen watpe?

Anonymous said...

iyolah ....reject jgn tak reject

Anonymous said...

hi jet... aku cinta padamu....

Anonymous said...

besala tu, tak suke reject je..buat pe peningkan kepala. laki pun sama, kalo dah tak suke, reject.
byk lagi jodoh nun kat luar.

haha..jahatnya di bulan pose ni.