Saturday, July 12, 2008

panas dalam


Harap maaf atas kesepian yang terlalu panjang ini. Aku dalam proses hibernasi yang menyebabkan aku berasa malas untuk menaip. Mungkin waktu khas itu perlu ditamatkan. Dan aku harus menaip semula.

Minggu ini adalah minggu malang bagi aku. Aku dan barang-barang aku umpama besi berani, mewujudkan medan magnet yang saling menolak antara satu sama lain. Aku dan mereka tak 'mau' bersama. Mula-mula dompet kecil, kemudian kad keretapi, kemudian lagi, kamera Mama, hilang. Aku adalah contoh manusia tak terurus yang asyik kehilangan. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya aku temui semula. Sebenarnya bukan hilang, cuma salah tempat. Namun tetap meninggalkan efek 'sakit otak' dan 'sakit jiwa' buat aku.

Terlalu banyak kejadian malang yang malas mau aku ceritakan dengan panjang berjela kerana di kala menaip ini juga, aku berasa 'fed-up' dan entah kenapa, sedih. Mungkin kerana memikirkan saat-saat akhir aku mau meninggalkan bumi England ini. Dan saat-saat akhir yang aku mau habiskan dengan duduk diam dan berehat di Preston tak tercapai kerana kami akan menjelajahi negara-negara Eropah bermula hari Isnin ini. Sesuatu yang sangat aku benci, dan tak bersemangat untuk lakukan. Muka ini sentiasa masam, mulut ini selalu mengeluh bila memikirkan tentang rancangan pelancongan itu. Kepala aku sakit. Benar, aku sangat benci idea ini. Aku hanya mau duduk diam, tak mau ada mulut membising itu dan ini.

Biar aku taipkan secara ringkas kisah malang aku:
1. Isnin: 'Server' sibuk. Tak dapat 'print' tiket graduasi
2. Selasa: Hilang dompet
3. Selasa: Perpustakaan tutup. Masih tak dapat 'print' tiket graduasi
4. Selasa: Pulang lewat ke bilik hotel setelah mencari kafe siber, dan terkunci di luar bilik selama setengah jam. Manusia yang baru tiba dari Malaysia tidur 'mati', tak sedar pintu diketuk dan telefon berdering.
5. Selasa: Bank sukar dihubungi, untuk proses pembatalan kad bank yang 'hilang'.
6. Selasa/Rabu: Tak dapat katil 'extra', jadi terpaksa berhimpit di atas katil bertiga dengan Mama dan Ayah.
7. Selasa/Rabu: Tak dapat tidur. Kiri kanan telinga aku berhalwakan dengkuran.

Argh! Aku tak dapat nak meneruskan 'list' ini lagi. 'Mood' aku benar-benar tak baik.

Lain kali saja.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, akmal fairuz is performing well right now... stau ketika dia tersilap, tp itu tandanya dia 'lebih baik' dr manusia yang penakut, yg tiada pendirian dan berjiwa lalng. Sila baca cadangan dia di utusan.sekian, info je.... aku bukan akmal.

Nur Zawani Zainudin said...

tahniah dah grad