Wednesday, June 18, 2008

jalan


Aku tak pasti sama ada kalian tau tentang kisah ini. Kisah tentang bagaimana aku berada di atas jalan ini. Jalan untuk menjadi seorang doktor.

Satu masa dulu, mulut ini penat mengulang kisah yang sama. Kisah yang kini jarang mulut ini nak bercerita. Sebab pemilik mulut sudah besar, sudah boleh berfikir.

Dulu, kalau orang bertanya, kenapa aku memilih jalan ini, aku akan menjawab, "Ayah suruh." Aku akan menyambung, "Ayah nak sangat seorang daripada anak-anaknya menjadi doktor, dan aku menjadi pilihannya. Ayah sanggup menghantar aku ke mana-mana saja di atas muka bumi ini agar pangkal nama aku tersandar dengan gelaran itu. Ayah tak pernah tanya sama ada aku mau atau tidak mau. Ayah pilih jalan untuk aku. Aku yang tak ada jalan, mengambil apa saja yang disuakan kepada aku. Yang pasti, aku lebih suka seni dan jalan yang sealiran dengannya. Jelas sekali ia dah terpesong. Kata Along, 'Kalau tak nak, cakap dengan ayah, tak nak.' Aku tak ada keberanian untuk menyatakan apa yang aku rasa kepada ayah. Ah, aku memang tak pernah pandai melahirkan apa-apa perasaan aku dengan kata-kata."

Keras bunyinya. Semacam aku memilih jalan ini kerana terpaksa. Tapi aku tak rasa begitu kerana aku memang tak punya apa-apa senarai pilihan kerjaya. Memang pada awalnya, aku seakan merusuh. Tanpa pengetahuan ayah, aku memohon kursus yang menawarkan program berkembar sedangkan aku tahu aku tak berada di bawah mana-mana tajaan. Setelah borang dihantar, barulah aku memberitahu ayah, dan dia tak dapat nak berkata apa-apa. Aku punya muslihat bagaimana untuk belajar di luar negara. Aku benci kehidupan di Malaysia masa itu. Aku mau meninggalkan semua, dan biarkan semua merindui aku.

Terus dengan perasaan degil itu, aku menulis esei bertajuk 'Why I want to be a doctor' dalam borang permohonan, dengan menyatakan 'My father wants me to' dan 'I want to make a lot of money.' Sehinggakan aku mendapat amaran daripada seorang penemuduga, "People don't make it far if they take up medicine because of their parents." Ah, aku tak peduli. Malahan, mungkin ayah terbaca esei itu, kerana sejak itu aku perasan dia kelihatan lebih mengambil berat. Kadang-kadang terbit rasa bersalah di wajahnya.

Sepanjang jalan ini, aku belajar untuk berperang: berperang untuk aku, juga berperang untuk ayah. Dalam pada aku bertahan untuk tidak gugur, tidak mengecewakan ayah, aku juga belajar untuk mencintai bidang perubatan. Sampai satu tahap, aku berasa mau berterima kasih kepada ayah kerana memilih jalan ini buat aku. Pada satu perspektif yang berbeza, terima kasih kepada ayah kerana membuat aku memilih jalan ini. Aku ingin berkata bahawa aku menjadi seorang doktor kerana aku mau menolong mereka yang memerlukan dalam apa jua bentuk dan cara. Aku mau berkata aku memilih jalan ini kerana aku. Aku mau berkata aku memilih jalan ini bukan kerana ayah yang suruh.

Tapi kini, kalian lebih mengetahui faktanya, bukan?

Isen ini ditulis bersempena hari bapa pada hari Ahad lalu. Syukur. Bagi sambutan kali ini aku dapat menghadiahkan sesuatu buat ayah. Kata aku, 'Terima kasih buat semuanya.' Aku hanya nak ayah berhenti berasa bersalah. Aku nak ayah tau bahawa pilihannya tepat.

5 comments:

bZz said...

Di suatu kedai...

"Tunggu siapa pakcik?"

"Tunggu anak pakcik jemput ni Dik"

"Dah lama tunggu? Pakcik duduk la dulu. Minum2 dulu"

"Takpe lah dik. Kejap lagi dia sampai la tu. Biasalah sibuk sikit kerja ni"

"Ouhhh..."

"Hah tu pun dier dah sampai"

"Ouhhh... Dr Jett anak pakcik?? Baik dier tu... Untung dier jadik anak pakcik. Slalu tolong org. Saya ni pun dah 2-3 kali dpt MC. Kem salam kat dier ek pakcik. Lain kali dtg le jemput minum gerai saya."

"Terima kasih... Insya-Allah".. Berlalu sambil tersenyum.


....Ayah mana tak bangga kalau anaknya dipuji?

Minci said...

You'd probably see by now that you are destined for this path in the first place.
Walaupun langkah pertama itu diorak oleh bapamu.

baez-kun said...

hmmmm
diorak ape ok kakminci, bahasamu sungguh tinggi sehingga menannes diri ini

yet tersentuh dengan esei jet ini lantaran daku terbayang pula mengapa daku memilih bidang perubatan

semua kerana pengaruh rakan sebaya

setelah hampir 5 tahun baru daku sedar, daku tidak meminati perubatan

langsung tidak minat, benci, dendam

daku sejak dahulu inginkan menjadi pilot

namun ia tidak kesampaian

skarang daku dalam proses untuk cuba mencintai perubatan

2 tahun terakhir di sini baru daku belajar sedikit2 menyukai perubatan, ini penting supaya daku berkerja nanti dengan ikhlas, bukan kerana terpaksa, kalo keterpaksaan, daku akan mati dan sengsara

sila bantu baez yang masih dlm proses menanam rasa cinta yang mula berputik

i lurve sejeri hihihi

Pok Deng said...

Entri yg baik.

things might be different for me, sebab parents aku tak pernah ada hati ingin menentukan di mana hala tuju aku.

Tapi, aku sebagai manusia berotak dan ada masa depan. Aku memilih jalan terbaik untuk diriku.

Anonymous said...

aku mau jadi businessman, sebab aku kepala batu dan venture dlm financial crisis...optimist melebihi penjudi tegar (tp aku x judi la), cuma kurang tamak untuk jadi yg terbaik. perlu pupuk sifat itu dengan cara yang terpimpin oleh wahyu ilahi. perjuangan kene jelas, dan pendcapaian yg utama ialah kebahagiaan hakiki, yg sebenarnya bukan milik harta dan kuasa. Namun untuk situasi di malaysia, jihad ekonomi itu adalah satu medan dakwah dan perjuangannnya bukan hanya berkiblatkan ekuiti melayu Islam, tetapi bersandar kepada mengaimbangi kekuatan dan penguasaan antara Islam & bukan Islam di bumi bertuah, Malaysia...

ini pendapat ke sajak ke esei utk ex PM ni..?