Friday, April 25, 2008

kasyah


Satu lagi 'tag', yang kali ini dimandatkan oleh saudara Kasyah yang tak berapa nak bersaudara dengan aku, melainkan sebagai seorang saudara sesama Islam. "8 random facts about you," adalah tajuknya. Aku tak pasti sama ada aku pernah membuatnya atau tidak. Macam pernah, tapi aku tetap akan menjawabnya supaya kalian boleh menilai aku sebagai seorang yang tidak konsisten dalam menjawab soalan.

Fakta terkini tentang Jet dan ianya ada lapan, dan lapan lagi:

1. Aku pakai 'deodorant' bauan lelaki dan mendapat ketenangan. Oh, hal ini dah berlaku lama. Aku pening dengan bau wanita. Dan sebab aku suka bau abang aku.

2. Aku merasakan bahawa aku akan berkahwin lewat sebab aku nak jaga mama aku dulu. Tapi tentulah takdir aku ditentukan Yang Maha Esa.

3. Aku benci budak-budak yang bodoh bebal dan main baling-baling kertas dalam bas, saja-saja nak kenakan aku. Aku harap mereka mati kena langgar kereta. Macam s**l. Kalau anak orang Malaysia dah lama aku jerit, 'Oi mangkuk, baru je balik sekolah, kau dah lupa adab? Moral kau mana hah? Mana?' Sambil membaling buku pendidikan moral tepat ke muka mereka. Maka setiap hari aku akan membawa lebih kurang 100 keping buku tersebut supaya dapat dibalingkan sama rata pada wajah mereka.

4. Aku tak berapa bijak dalam mengendalikan wang dan selalu boros berbelanja. Malahan, aku tak ada 'saving' pun dan itu adalah satu isu yang merisaukan pelbagai pihak. Haha. Dan dalam pada masa yang sama aku telah buat rancangan untuk beli tiket untuk ke Jepun, belanja seorang rakan untuk ke Jerman, dan Bzz, akan dapat sebuah gitar elektrik. Pelik ke tak pelik? Ada lagi satu janji kepada Ijad, yang aku tak ingat apa. Haha. Dah, jangan buat aku janji yang bukan-bukan. Mungkin aku sebenarnya 'manic'.

5. Aku nak cepat-cepat berambus balik Malaysia dan tunjukkan bahawa aku walaupun minda senteng dan bebal yang amat, aku boleh bekerja sebagai doktor yang dihormati. Oh, penyataan ini dibuat atas dasar komen Dr. G iaitu aku kena pandai berinteraksi dengan yakin untuk mendapat hormat dari orang lain. 'Well, you should have seen how I worked in Malaysia last January."

6. Aku terima kritikan dan cemuhan orang seadanya. Walaubagaimanapun, aku mengambil masa untuk 'reasoning' dan kemudian akur untuk menerima kelemahan diri aku. 'I kick myself in the head if I miss something that another person could spot.' Pasal tu aku tak suka main teka-teki. Haha.

7. Aku rindu 'my little ones.' Tak sabar nak menunggu Ogos.

8. Ini bukan fakta terkini, tapi fakta sejak 7 tahun lalu. Aku bawa Robi kemana-mana saja aku akan bermalam lambang ianya sangat penting, pemberian seorang mama.

9 comments:

puteri nad said...

miahahah saya tau satu lg fact akan diri anda..

jetjetsemot said...

ape lagi fact yg awk tau ni natrah?

Anonymous said...

syoknya kalo dpt tgk kau baling buku pendidikan moral tuh.. ha ha ha

tkper jet, kau adalah wanita mekanikal with a soul :P

baez-kun said...

omg
jgn dibaling buku pendidikan moral itu
namun tepok bahu mereka dengan lembut bak kapas dimayang kemudian kata adik tak elok buat begitu nak kene campak luar bas ke, namun penuh santun

saya jua boros stiap minggu saya sopping menghabiskan puluhan dinar, dan saya risau akan nasib saya di hari muka

robi ni robiah ke nama betol dia

Anonymous said...

slumber je letak tajuk kasyah...ahahaha

kalo laki pakai deodorant perempuan camner? best gak kan...

cik jet, silalah menjadi boros bile berjumpe dgn ambo supaye senang mengkikis baki2 duit dan mengepow sume wang anda....hahaha

jetjetsemot said...

mincik..oh, rsenye belom ada rekod aku baling muka org dgn buku..hehe..tak mau la start buat plak kan..tho it looks cool, tp bile look back nnt, aku akan rasa stupid..

baez..wah..kamunye nasihat dan cara sgt berhemah..tros campak sume buku termasuk buku sejarah ke muka kamu..

kasyah..haha..saja kasik tajok kasyah supaya hidupmu tak tenang..laki pakai deo wanita ke?em asalkan ketiakmu wangi, i tak kesa..ah..takde maknenye nak berboros bile jupe kamu..i want to pau u instead..

baez-kun said...

aiyoh
motif kamu nak campak dengan buku sejarah?

bzz said...

Huishh... serius ka?

Tak lewat sgt kot... but, bukan dlm masa terdekat nih...Jgn lupa, nk kad bunga2 ada bau dedoren lelaki (CK1) aaa nanti...

Akui dan terima kelemahan diri sendiri kalau ianya betul... Tapi jgn terlalu menyalahkan diri sendiri. Rite?

Anonymous said...

pasal duit tu,.. samelah kite :)