Sunday, April 20, 2008

kepada nad dan baez


Eh. Dah lusa ke? Haha. Aku telah berjanji dengan Baez dan Nad untuk buat tag ini. Maka, aku langsaikan. Maaf kerana sedikit lewat.

RULE :
  • Name 4 Things That Need To Be Invented
  • Name 4 Things That Should Never Have Been Invented
  • Name 3 Things I do not know about you
  • Name 5 Snacks you enjoy
4 benda yang perlu dicipta adalah:
1. 'Vendor machine' yang menjual mihun goreng KMJ. Aku dalam fasa mengulangkaji pelajaran dan setiap kali belajar, aku 'kangen' dengan mihun goreng KMJ yang menyayat jiwa kerana itulah ruji makanan aku sewaktu 'final' di matriks terutama sekali waktu 'stay-up'. Oh, sedap gila babeng. Aku beli sedari abang tu tak pandai goreng mihun sampailah dia jadi profesional dan menjadi buah mulut orang ramai. Sekarang aku nak ada mesin 'vendor' supaya ia boleh didapati dimana-mana, umpama mesin Coca-cola.

2. Badan yang keluar berjoging pada pukul 6 petang setiap hari dengan sendirinya, tanpa ada motivasi dan fikiran-fikiran negatif seperti, 'Oh, angin kuat.'' Hari mendung.'' Perut lapar.' Dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

3. Pakaian yang tak perlu dibasuh, digosok, dilipat, digantung, dan sebagainya. Umpama bercakap tak perlu ada pakaian. Haha.

4. Bilik yang mengemas dan menyapu dirinya sendiri. Sila sedar bahawa sekarang tengah 'exam mode.' Jadi kehidupan adalah tidak terurus dan kalau boleh tak mau buat benda lain selain ulangkaji. Walaupun benda lain itu adalah penting juga.

4 benda yang tak harus dicipta adalah:
1. Duit. Sebab ia memeningkan. Patutnya semua orang macam 'give and take' saja. Contohnya, kalau aku duduk dekat rumah pakcik Kadri, pakcik Kadri akan berkata dengan penuh kasih sayang, 'Oh, tak payah bayar sewa. Tinggallah lama mana. Kalau nak keluar, keluar. Saya tak kisah.' Ataupun orang Dell kata, 'Apa? Nak Dell Inspiron 1525 berwarna ungu, hijau, biru, merah dan hitam supaya dapat bertukar-tukar laptop mengikut 'mood'? Baiklah. Nah, amik semua. Putih tak payah, sebab Kamen dah beli.' Ataupun bila aku nak balik Malaysia, dengan tenang dan secara tiba-tiba Emirates berkata, 'Amiklah tiket ni. Free. Guna bila-bila masa kamu nak balik.'

2. Kereta. Supaya semua orang jalan kaki, tak 'eksen' dengan kereta masing-masing, dan mak-mak kita tak tanya, 'Boyfriend kau drive kereta apa?'. Dan supaya jantung kita semua sihat. Adakah kemudian mak-mak kita akan bertanya, 'Boyfriend kau jalan pakai selipar apa?' Dan dengan itu, aku 'ban' selipar juga.

3. 'Circus.' Badut dan yang sewaktu dengannya. Aku tak nampak relevan dalam penciptaan watak tu. Sesuatu yang buat orang dapat 'nightmare' je. 'Stress' bila menontonnya.

4. Sempadan dan kastam. Menyebabkan kita nak kena pakai pasport, buat visa, dan lain-lain 'procedure' untuk ke negara lain. Entahlah. Menyusahkan, walaupun aku nampak relevannya dalam perkara itu. Untuk keselamatan kan? Dan untuk 'implement' undang-undang yang sesuai dengan tempat tersebut. Tapi, ah. Ikut suka hati akulah nak 'ban' apa. Kau nak kecoh, sila jawab sendiri 'tag' ni.

3 perkara yang kalian tak tau pasal aku:
1. Ramai melabelkan aku sebagai: 'Heartless', ganas, kerek, garang, mekanik dan kurang emosi. Walaupun sesetengah menganggap bahawa aku patut rasa terhina dengan kata-kata itu, aku sebenarnya berasa 'honoured' tapi tak merasakannya ia tepat untuk aku.

2. Akan obses pada sesuatu/seseorang untuk satu jangka masa, jika aku benar-benar suka.

3. Waktu aku menaip ni, aku tengah tahan kencing. Hah, kalian tau ke?

4. Jawapan ketiga yang sebenar adalah aku 'health freak' tapi aku tak konsisten. Kadang-kadang aku ada 'urge' untuk menjadi 'hypochondriac' yang sejati.

5 makanan ringan yang aku suka pada saat ini adalah:
1. 'Tunnock's dark chocolate tea cakes'
2. 'Asda's chocolate truffles'
3. 'Mc Cloy's salt and vinegar crisps'
4. 'Crinklys: Baked mini cheddars'
5. Wrigley's chewing gum

Oh. Ini ke snek yang dimakan oleh 'health freak'? Haha. Penipuan apakah yang berlaku? Mungkin patut cakap fakta ketiga: Aku suka menipu. Kecuali bab bila aku memang nak pergi kencing. Eh tak. Kadang-kadang itu pun aku tipu juga. Ahah. Dah melalut. Dan lain-lain tentang aku yang kalian tak tau pasal aku, itu semua jawapan menipu kerana ikhlasnya, tak ada apa tentang aku yang kalian tak tau. OK. Tipu lagi.


12 comments:

Anonymous said...

muahahahaha
apakah badan jogging sendiri ok?
itu adalah perlu kepada motivasi

tapi sila amek gambar bilik nak tgk keadaan bilik female medical student ketika exam boleh?

eh
jet
anda tidak heartless
saya lihat anda comel sgt berperangai begini! seriusly

ehhhh anda terobses dengan saya kah

(blushing)

anda suka makan chewing gum? saya pon suka haritu terbeli wrigleys warna hitam rupanya dia perasa RUM
seb bek tak makan huahuahua

Anonymous said...

saya x baca lg
lantaran kat cc..
nnt tenet da elok i baca

jetjetsemot said...

baez..haha..bilik i tade la selerak mana..tapi cuma baju sangat belonggok x baso, dan yg tak lipat sume sumbat dalam lemari, yang bergantungan selama seminggu pun dibiarkan..ahah..yeh, obses sama kamu la..haha, x kuasa..perangai tang mana nta yg comel ok..pelik kamu ni..oh, kawan wriggley's kah kamu ni..eish2..tak pena jupe lak perisa rum kat uk..cmne lak jordan leh jual ok..

nad nad..haiyoo..wat happen to ur internet??xpe..lama lagi sy updet yg laen..ahhah..take ur time bebeh..

baez-kun said...

internet nad adalah rosak selama da 3 hari gamaknya, maka mari mencalarkan kereta surrinder atau org tenet provider itu tanda geram

saya ketika exam jua sangat malas nak mengemas2 bilik namum vakum perlu dilakukan 15 minit sebelom rakan2 datang mengunjungi

selain itu perisa rum itu warna hitam. ada sgt jual. nantilah kalau saya rajin saya beli utk amek gambar dan kemudian bagi kucing makan bernama nancy
sekian

baez-kun said...

p/s : perangai tang gaya percakapan serta sikap dan perangai andalah comel

seme org comel tersendiri!

sheilazrien said...

eyh jojet.. satu pers0alan ingin ku nyatakan di sini..

"Ramai melabelkan aku sebagai: 'Heartless', ganas, kerek, garang, mekanik dan kurang emosi"

ape yang kamu maksud sbgi seorang yg "mekanik" ?! gue kurang mengerti :D

jetjetsemot said...

baez..wah..kamu sgt menjga penampilan bilik dihadapan rakan2..well, vacuum ruma kami dah hancur..maka kena sapu pakai hand brush..haiyoo..penat woo..eley, vacuum tuh pun bukan bes sgt..hehe..oh, begituka kejadian yg menimpa nad nad..kem salam comel piang2 kat die..

majod..oh..mekanik tuh adelah, dokto aku kata aku ni kurang emosi tp mechanical..iaitu, aku rasa lebih ke arah enta..kurang emosi la..aku pick up on emotional cues..cmtu la..

Anonymous said...

bihun kmj...sedap ke??smpai nak buat vendor machine....menarek gak idea ni..hehe

kereta xyah dicipta memang betul2 menyusahkan..jalan kaki jugak best

badut pun satu hal..pekemende best hidung merah bulat...muke kaler2. tak hensem langsung.lagi lawa antu jepun.

menangis la carik makne hypochondriac...kehkeh..mane la den tau.

bzz said...

Jett,

Untung la... dari 5 snack tu. Cuma satu je yg boleh jumpa kat sini. Kan?

Anonymous said...

gi lah kencing dulu..

jetjetsemot said...

majod..oh, sbenanye TAK pick-up on emotional cues..hehe..tetinggal perkataan TAK disitu..

kasyah..uish..sedap gile babeng la..sukar nak digambarkan..malahan terbawak2 ke mimpi..characteristic yg x jupe dimana-mana..lagipun muke tukang masak tu cm abang sy, maka lebih bermakna..ahah..yeh, bgos la kamu setuju dgn sy..oh, hypochondriac tuh cm mental health condition yg menyebabkan seseorang tuh mementingkan kesihatan die dgn melampau, cam asek bunuh bakteria je keje die, lap-lap, baso2 ruma..ok..melampau la..

bzz..hehe..yeh, bersyukur dapat menikmatinya..snek kat msia adela:
1.twisties
2.chipsmore
3.kuih muih melayu
4.betik
5.oh, semestinya rocky perisa stoberi..

yg insaf, setelah tiga hari berlalu, semestinya pundi kencing yg penuh pada hari ahad telah pun dikosongkan..terima kasih atas perhatian anda..hehe..

baez-kun said...

saya menjaga penampilan kerana tidak mahu kelihatan sebagai jejaka bujang tipikal muahahaha boley?

vacum adalah antara 5 barang utama yang perlu ada di rumah masing2, jikalau ia rosak saya akan meratapi kerosakannya selama 5 hari sebelom hantar ke kedai