Tuesday, February 26, 2008

lelaki

Adeh. Tidur aku tak tenang malam tadi. Penggera keselamatan rumah mama asyik berbunyi sampai aku naik 'fed-up' dibuatnya. Tak pasal-pasal pada pukul 4 pagi dengan berbaju kelawar, aku kena memanjat kerusi dan kabinet untuk mengunci tingkap yang tak tertutup rapat. Aku juga 'spray' wayar 'alarm' dengan harapan cicak tak membuat dajal dengan melalui celah-celahnya dan membuatnya ia berbunyi lagi.

Malam tadi kawan aku berkata:

"Engkau ni...orang nak kat kau, kau bising. Tak ada orang nak kat kau, kau bising jugak."

"Kau ni jiwa lelaki kot."

Dia sendiri mengakui bahawa situasi aku sangat 'kompleks', mungkin kerana isu perhubungan tak pernah aku anggap sebagai sesuatu yang 'leceh'. Terus saja dia memberi aku lapan tanda lelaki penganiaya:

1. Terburu-buru untuk menjalin hubungan serius
2. Tidak boleh hidup tanpa anda
3. 'Moody'
4. Cemburu buta
5. Sering melecehkan pasangannya
6. Tidak dapat menerima penolakan
7. Suka menyalahkan orang lain
8. Panas baran

Tambahnya lagi, "Jet, tak apalah. Kau kawan saja dulu. Nanti kan, kalau kau terjumpa orang yang kau suka, kau cakap dengan orang tu, 'Boleh tak saya nak kawan dengan awak?' Zaman sekarang ni memang macam tu. Perigi dah cari timba. Orang tak kisah pun."

"Tapi aku dah tinggalkan era tu."

"Apa susah, kau kembalilah kepada era tu."

Eish. Era rentak muzik terkini betul budak ni.

"Tapi kau jangan 'saiko' sangat macam kau suka dekat budak dulu tu."

Hah. Iyalah tu. Simpan 'saiko' aku.

Susah sangatkah orang nak percaya bahawa aku tenang saja melalui hari-hari aku tanpa seorang teman istimewa? Hidup ini lebih tenang bila aku tak perlu untuk fikir menjaga dan mengambil hati orang. Diam. Diam sendiri. Mungkin aku tak merasakan ketenangan itu, dengan seseorang...belum masanya.

Jadi apa tanda jika seseorang itu serasi dengan kita? Adakah apabila kita mendengar suaranya, kita berasa 'penat'? Adakah apabila dia telefon, kita terfikir, 'Eish, dia lagi?' Adakah apabila dia 'sms', kita mengeluh, 'Eee, apa ni.' Adakah setiap kali dia menyoal, kita menjawab dengan 'Entah', 'Erm' dan lebih selesa untuk berdiam?

Pernah jumpa orang kebal? Hati kayu? Mati akal? Degil? Keras? Itu semua aku. Aku perlukan orang yang boleh menggerudi diri aku untuk nampak apa yang ada dalam diri aku. Di mana orang itu. Sila pamerkan diri anda, jika anda membaca.

Ah...kalut! Aku benar-benar perlu pulang ke UK.

Perhentian seterusnya: BAGASI UNTUK DIKEMAS.

15 comments:

Minci said...

tips tuh sgt berguna although bagi aku... 'terburu2' tuh tkderlah sampai ke tahap menganiaya.. cuma..dia desperate?

bak kata baez.. kini kita masih darah muda..

to be in a r/ship needs skills. communication skills. and this you can acquire and practice perfectly - with time.

as of now, berkawanlah biar seribu terlebih dahulu.. :)

sheilazrien said...

oitsz makcik..sudah mahu pulang ke UK ke?! aku br jek nak balek mesia jumaat nie..kehkeh..

tp agak lame jugak eh kamu di mesia..saya cume 17 hari saje.. :(

*17 hari mencari chenta heh~

Anonymous said...

baez tetikus berpendapat bahawa jet webcam masih kurang bersedia, namun tidak mengapa, kesediaan itu akan datang dengan naturalasi (natural) dan sendiri namun usaha perlu dilakukan bagi memperkasa diri kita untuk menerima saorang teman istimewa

antara yang boleh dilakukan termasuklah menajamkan kualiti dari segi penampilan diri dalaman dan luaran selain daripada meninggikan skill dalam percakapan dan perhubungan sosial bak kata minci earphone. Emosi jua adalah satu perkara yang amat besar dan ia perlu dididik dengan sempurna bagi mengelakkan emosi itu sendiri mengkhinati diri kita sendiri

semua orang mampu
dan semua orang boleh
semua orang berkehendak
dan semua orang berkeinginan

maka apa yang boleh disimpulkan di sini, DUIT doa usaha ikhtiar dan tawakkal bakal mempengaruhi diri kita dalam setiap aspek kehidupan

goodluck jet wayar usb sajor

bzz said...

Looo... dh nak balik UK ke? Kata nak makan2? Tak rock la ini macam...


.....Sepatutnya... "Awak sayang saya. Saya pun sayang awak!" ....Yg tak patut... "Awak sayang saya, Errr... saya sayang awak... Errrr.. ye ke? Ntah... Macam tak yakin je. Ehh... Macam tak betul je..."

Anonymous said...

alah bukankan sudah ku berikan tips padamu jetto

jetjetsemot said...

minci tetikus..oh, yeh..tapi pada ak terburu-buru juga adalah penganiayaan..sebeb die telah mendesak wanita tersebut apabila wanita tuh belum sedia..aku juga terbayang lelaki yg da capai tahap orgasm sedangkan temannye belum..maklomla, buat research bekaitan dengannye..maka terbaca..

baez..waa..santun tutur bicara kamu meruntunkan jiwa saya..maka saya berterima kasih dengan ayat-ayat kamu..saya juga rasa saya belum bersedia..'DUIT doa usaha ikhtiar dan tawakkal bakal mempengaruhi diri kita dalam setiap aspek kehidupan' adalah penyataan yang sangat tepat..

bzz..yeh..sy pon sependapat dengan awk..bila hati ragu2, kita nak mencuba pun macam malas...umpama beli baju..tgk..tgk..tapi ikut juga rasa konfiden dalam diri sama ada nak beli atau tidak..oh, sile belanja makan bile sy dah grad..

Anonymous said...

oii komenku tak diaprufkan? jahat!!

jetjetsemot said...

oi..komenan mne yg tak apruf..kan apruf dah ni..tips kamu sy terima pakai nad..kamula gadisku..

Anonymous said...

wah..
ini macam punya org pun ada?
hahah.. gila la dunia ni..

btw, saya ada kelapan2 ciri lelaki penganiaya itu..
sekian terima kasih..

Anonymous said...

errrr
hendak la kamu wahai embphone menulis biodata kamu dengan lengkap :p

Unknown said...

when you put it that way, barulah make sense the penganiayaan part.. muahahaha

bzz said...

Insya-Allah...

Anonymous said...

da sampai kah kamu jojet-chan?
sila jelaskan

Anonymous said...

cik jet, keras2...kerak nasi...pastinye ada tu yg akan akn menggerudi isi hati anda...sebab die xpakai mesin gerudi karan, so lmbat sket la...ada la tu....kat uk kot...huhu

ciri2 itu....erkkk...adeka....takde ka...haha
kena la bkl calon check sendiri....ahahaha..

jetjetsemot said...

emphbone..oh, ade je org begini..kemudian pula, kata bzz lelaki slalunye mmg ada kelapan-lapan ciri cuma tgklah peratusan sifat tuh banyak mana..err,layankan soalan myra tuh..

baez hard disk busok dan kena buang..dah smpi da..sama kamen dan fiza..mekaseh krna bertanya..

uncle K..yeh, we'll see la sape bertakhta dihati..bia lambat asal selamat..