Friday, February 22, 2008

lawatan kawasan


Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga Pengurus Za dan Minci ke rumah usang aku. Ahli Wasaii yang wanita. Aku menanti Nad menjejakkan kaki ke Kulai pula. Haha. Aksi lasak melawat kawasan Kulai dilakukan bersempena Pilihanraya yang akan menjelang tak lama lagi. Almaklumlah, Yang Berhormat-Yang Berhormat kena turun padang!

Seperti biasa, aku bukanlah ‘host’ yang baik. Tapi aku suka saja ajak orang datang ke rumah aku lepas tu tinggalkan mereka merata-rata. Kejap-kejap pergi masak. Kejap-kejap jemur baju. Mandilah. Itulah. Inilah. ‘Sila layan diri’, adalah tema aku. Tapi aku tak laungkan pada mereka, maka mereka menanti untuk dilayan. Maafkan aku.

Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 5.30 petang dan sampai di Pudu pada jam 6.15 petang. Alhamdulillah, tak ‘jam’. Lepak sambil memakan buah hasil belian orang dan juga ‘Rocky’ pertama aku. Naik bas dan main-main mata sama Minci. Hahahhaha.

Sampai di Kulai beli nasi lemak dan kasi tetamu kehormat makan. Kemudian tidur. Keesokan harinya pula, Along telah membawa kami ke hospital kerana Arieq dan Sarra mempunyai temujanji dengan doktor. Bukan temulawak ya. Bertemu sambil membuat lawak, mungkin. Maka, Minci dan Za telah menjadi ‘babysitter’ yang baik. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menawan hati Arieq dan Sarra. Maka diberi nama Anti-Min dan Anti-Syisya. Awek adik aku pula bernama Anti-Peluh. Kemudian pula kami ke Tebrau City untuk menonton wayang Dunia Baru. Lepas ni insyaAllah aku akan komen tentang filem itu. Banyak nak komen ni. Kemudian jalan-jalan cari baju. Dapatlah sehelai dua. Syukur.

Malamnya kami makan bersama dan tidur tapi tak bersama. Hari ketiga pula, kasi makan lagi, kasi makan lagi kemudian mereka kasi ikan makan. Ya Allah. Aku malas nak cerita panjang. Kesimpulannya kedatangan mereka ke Kulai adalah lawatan khas untuk menggemukkan mereka. Tidur pun boleh tahan budak-budak ni. Petangnya menghantar mereka ke stesen bas dan Minci kelihatan terkejut apabila aku menyatakan stesen tu mempunyai satu platform saja. Dah aku bagi kau nombor ‘plate’ bas tu, kau nak jugak tanya, ‘Ni nombor platform ke?’ Hello? Awak ni pemandu ke apa? Dah namanya WGE bla..bla..bla.. Takkanlah nombor platform. Mestilah nombor ‘plate’. Hehe. Jangan mengamuk, Kamen.

Kepada rakan-rakan aku yang berkenaan, dengan rasa rendah diri aku berterima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah aku. Maaflah hiburan tak menggalakkan. Tunggulah waktu dan ketika aku pandai bawa kereta, sudah tentu akan kuusung kalian ke mana saja.

OK. Lagi enam…

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih krn menjemput VIP2 Wasaii utk bersama2 turun padang ke Kulai. ha ha
ehh..nasik lemak yg makan mlm tuh sedap giller.. the ayam very nice lar..

Anonymous said...

nak ikut