Sunday, February 24, 2008

kek karot



Pernah tak kalian dapati bahawa apabila kalian memulakan suatu pekerjaan dengan permulaan yang tidak baik, akan berlaku kesinambungan perkara tidak baik sepanjang pekerjaan tersebut dilakukan.

Sebagai contoh, aku telah beberapa kali disuruh membakar kek karot sejak aku sampai ke Malaysia. Akhir sekali adalah sewaktu perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini atas permintaan adik aku yang pulang dari Arau.

Aku pun mula membikinnya. Mungkin hati aku tak ada untuk buat kek tu atau apa. Aku tak pasti. Tapi hancur. Sehancur-hancurnya. Tiba-tiba kek naik dengan tinggi dan hangus dibahagian atasnya. Tambahan pula namanya saja kek karot tapi apabila dah bakar separuh jalan, aku baru perasan yang aku lupa untuk meletakkan parutan karot ke dalam adunan yang telah aku buat. Hah? Kek apa pulak ni? Kek gula hangus?

Terus hilang mood. Aku keluarkan kek itu. Aku ulang dari mula. Sambil sentiasa ingat untuk meletakkan parutan karot tadi. OK. Api kena jaga. OK. Kek pun keluar dari ketuhar. Rupanya boleh tahan. Sekarang masa untuk membuat krimnya pula. Aku adun keju krim, mentega dan gula. Aku masukkan susu. Hasilnya kurang memuaskan. Berbintil-bintil dan tak sekata. Hati aku bertambah panas. Aku hilang mood. Aku tinggalkan semua adunan dan masuk ke bilik. Aku tidur.

Aku bangun semula dengan rasa yang lebih tenang. Aku cuba-cuba untuk memperbaiki krim keju tersebut. Rupanya lebih baik tapi rasanya masih kurang memuaskan kerana aku telah menggunakan mentega lebih daripada sukatan keju krim. Tak dapat nak memulihkan keadaan melainkan jika aku ada keju krim lebih.

Mereka makan kek karot tersebut tapi nyata rasanya tak sesedap yang biasa. Apalagi, penuhlah kotak surat ‘complain’ milik aku. Lagi panas hati bukan?

Apapun, aku sedang cuba untuk menyatakan bahawa kerja yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Rasanya ia adalah suatu masalah yang melibatkan kapasiti seseorang untuk menumpukan perhatian. Kata cikgu ‘band’ aku dahulu, “Jika kamu buat sesuatu kesilapan, cuba jangan berikan tumpuan kepada kesilapan yang telah kamu lakukan. Kerana apabila terlalu memikirkan kesilapan kamu, kamu akan terlupa untuk menumpukan perhatian dalam meneruskan pekerjaan kamu dengan lebih baik dan akhirnya terus melakukan kesalahan yang lain pula.”

Dan untuk itu, aku rasa ada kebenaran dalam ayat-ayatnya. Mulakanlah hari kalian dengan basmallah.

3 comments:

Anonymous said...

aha jet,
betul la..nad klu bangun lambat dan tekejut akan moody..muahahah

tiba2 nk kasi petua scr mendadak,
laplah pisang di parut,nescaya ilang
sekian

bzz said...

Huh, kenapa sy tetiba teringat telinga renab bila baca kek karot?

Unknown said...

lap pisang sampai jadi pes utk buat lepat kah? ha ha ha

anyhow, ada kebenaran pada kata2 dikau. perlulah mulakan hari dgn baik , kalau tk.. mmg siao spjg hari..
omputih kata.. waking up at the wrong side of the bed..