Tuesday, January 08, 2008

lif


OK. Hari yang penuh kemalasan ini aku mulakan dengan 'mengasik tau' kalian tentang adab-adab untuk menggunakan lif. Aku dengan Minci selama mula berkerja di hospital dimana kami bekerja sekarang [ayat pusing] selalu tergelak apabila pintu lif terbuka. Jadi, aku pun nak cerita pasal lif. Melalui pengalaman kami.

1. Kalau pintu lif terbuka, sila kasi orang dalam lif keluar dulu. Ini tidak, yang kat luar buat muka gelabah, berpusu-pusu nak masuk lif. Apa kau ingat pintu lif ni pintu LRT? Tutup dan tak terbuka kembali? Ni, macam mana aku dengan Minci nak keluar ni? Hah? Hah? Bagaikan makan banyak tak buang air, akhirnya sesak di tengah jalan. OK.

2. Kalau naik, tekanlah butang 'hold' pintu tu sekejap. Dah kau tau ada orang belakang tu nak masuk. Ni tidak. Tolol. Kau masuk, lepas tu buat muka 'sepeet' dan 'dunno' kau. Kesianlah kat pakcik tua yang masuk tu. Hah, kan dah dia tersepit. Mangkuk hayun betullah kau ni. Nasib pakcik tu tak kena serangan sakit jantung.

3. Kalau naik lif, walaupun kau tengah naik lif khas untuk orang cacat penglihatan, janganlah kau mengada-ngada nak lakonkan watak orang buta dan meraba-raba bila nak keluar lif. Hah, kan dah kau terkejut bila pintu lif terbuka dan kau cakap,"Oh, terkejut!" sebab ada 'nurse' nak masuk lif itu. Dia kata kat kau, "Hah! Ni mesti tengah mengumpat..pasal tu terkejut." Haha. Padan muka kau.

Banyak lagi adab-adab lain. Kalian fikirlah sendiri. Aku malas nak buat lawak. Mata aku dah kabur-kabur dah ni. Hari ini ponteng setengah hari atas dasar kecil hati sama 'suster'. Kalian tau siapa itu 'suster'? Ayat 'suster' pada aku hari ini:
"As a student you are very intelligent. But your attire is not appropriate. To be a doctor you need to wear something presentable."

Hello? Apasal cakap orang putih sama saya? Bukan negara Malaysia kah ini? Maaflah, saya memang 'hip-hop and hard'. Kakak saya cakap, kalau saya nak ceriakan orang sakit, saya kena pakai baju ceria. 'Suster' ni cemburulah. Saya baringkan 'suster' secara mendatar kang. Matilah..dah hilang akal. 'Rock'..'rock' saya, bukan saya pakai seluar jeans ke hospital. Saya pakai warna warni saja. Sudah. Asalkan saya bahagia, kan? Asalkan 'suster' merana. Peliklah, apasal mau puji saya sebelum menikam saya? Haha, kodi.

Sekianlah. Aku peduli apa. [Walhal, sekali esok aku pakai kasut hitam dan berwajah profesional, kan?]

9 comments:

Anonymous said...

Mesia, memang camtu. Nyampah dah. Kecik2 taknak ajar. Wekk

Heheeh..suster tu jelessss...

bzz said...

Pakailah baju yg berwarna warni. Lagi ceria, pesakit lagi happy... Happy itu satu ubat yg free. Bile free, pesakit boleh cepat sihat. Bila cepat sihat... Kamu boleh balik rumah dan taip blog lagi... hahahaha...

syoh syoh... gi keje...

Pengurus Za said...

eh..takleh pakai baju kurung warna warni ke?

aishh..takde baju kurung plain..huhu~
ekceli, baju kurung pon tak byk

jetjetsemot said...

kasyah.aja ape?naek lif ke..haha..suster mmg bajet jeles la..haha..x baek la ang ni..

bzz..tak warna warni sgt pon..kuning sama ceklet..mungkin die x suka kasut sy..hehe..yeh, berniat nak hepikan pesakit pon..incik bzz..arini pon x gi keje...kete rosak ditengah jalan..

fizatul..loh..baju kurung leh la..tapi cara ko dgn aku pakai baju kat preston tuh, cm x bape diterima pakai kot..ntala aku pon x sure..tp bile aku pakai baju kurung, misi kata, "hah, cantik pon pakai baju kurung."
matila.....

syia said...

dekat lifkan syia suke je..sebelum org sempat keluar syia selit masuk lepastu cepat2 tekan punat hold sebabnye.. lif blok FBL mmu tu..perr.. pintu dia x sihat dan kurang siuman..letak tangan pun tutup gak..syia hampir kut kene sepit..sejak tu.. selalu menggunakan body yg kecik utk nyelit cepat2

sheilazrien said...

jojet !!
lamE x singGah bl0g kamu..kebzan ngAn thesis..waaaa!!

notakaki: kamu prEktikal kat mEsia ka?

Pengurus Za said...

ooo..aku igt misi tu tak kasik pakai baju kurung byk2 kaler..sbb dulu masa kat banting, kalo baju kurung formal takleh meriah2..

hahahaha


oit..bile sms? tak dapek pong

Nur Amirah Shaharom. said...

isk2, jeles btoi suster tu ngan jet. cian jet. Takpe jet.. saya rase die takde baju cm jet, atau pun die nampak tak lawa bile bergaya mcm jet sedangkan jet cantik..
hehe..,
jet kerja kat mane ye?

bzz said...

gi keje gi keje