Tuesday, December 25, 2007

hari sampah sedunia


Hari ini aku bangun dengan teruja. Bukan sebab nak buka hadiah sempena hari natal. Aku tak sambut. Aku bukan orang Kristian. Tapi hampa, hajat aku tak kesampaian. Bencilah hari ni. Aku tak dapat menonton Conan. Sebab digantikan dengan 'movies' bersempana hari natal. Huh! Bengang.

Aku terus tutup televisyen. Baik aku tolong mama aku dekat dapur, kan. Tak kiralah cerita itu 'best' atau tak, tapi sebab tak dapat tengok Conan, aku malas terus nak tengok televisyen. Aku boikot! Tapi Shrek pukul satu petang nanti kena tengok. Haha.

Ya, inilah masalah manusia yang 'particular' dengan apa yang dia nak. Kalau tak dapat, senang melenting. Sempat juga aku menonton berita terkini sebelum aku sedar yang Conan tak ditayangkan hari ini. Aku rasa ia pun takkan ditayangkan beberapa hari lagi. Sebab Krismas..demn.

Hah. Pasal berita terkini tadi. Apapun, aku bertambah marah bila menonton berita tentang orang bikin sepah di Kuala Lumpur. Aku rasalah. Kuala Lumpur ke? Haha. Aku hanya sempat menangkap sedikit daripada berita yang disiarkan itu. Tapi memang bersepah. Banyak cawan plastik dan macam-macam benda lain. Adakah ia berkaitan dengan hari perayaan? Ikhlasnya, aku pun tak pasti. Yang menyapu sampah tu tentulah bukan mereka yang buat sampah. Tapi pakcik-pakcik dan makcik-makcik tukang sapu atau mungkin peniaga/penduduk kawasan tersebut. Macam harem! Memalukan. Pandai bikin kecah, pandai-pandailah 'clean up after your own mess.' Dah besar panjang dah, lagi mau diajar? Ei, ingatlah sikit...engkau seorang dah berfikiran, "Ah, adalah tu nanti orang nak bersihkan." Abis, kalau setiap kita ada fikiran macam tu, tak ke Malaysia ni tertimbus dengan sampah? Ada kau fikir?

Jangan jadi SOCHAI lah, wei.

Ni belum lagi sambutan Tahun Baru. Tu lagi satu benda aku tak suka. Duduk rumah diam-diam sudahlah. Baca doa ke, kan. Tu kang tak tau lah berapa kilo sampah lagi kalian nak buat di tempat 'countdown', di mana jua kalian berada. Ingat ni, aku pesan. Fikirlah penatnya orang nak bersihkan sampah sarap yang bukan mereka buat. Haa, apa kau cakap?? Biarlah kau buang sampah merata-rata supaya mereka ada kerja sikit??? Pala hotak lu ah! Nenek atau atuk atau mak atau bapak atau anak orang, mereka tu semua. Ada kehidupan! Bukan chimpanzee dari kayangan! Bukan juga mahkluk Batan! Senangkan hidup orang, supaya hidup kita sendiri senang. Maka, jadilah insan yang bertanggunjawab dan 'considerate'.

Pengalaman mengajar aku untuk menegur dengan cara berhemah. Maaf atas kemarahan ini. Tapi terkadang, manusia menjadi buta dan tuli walaupun segalanya dah ditunjukkan di depan mata kepala sendiri. Nak kena kasi sekali 'whack' kat belakang kepala tu barulah nak terngadah. Sekadar untuk renungan yang tak patut diabaikan. Untuk kalian, dan juga aku.

5 comments:

bzz said...

Waahhh marah besar nampak?

Takpe2... memang patut kena pun diaorg yg buang sampah ikut sukati pakmertua sepupu dia org nih.

Next time, masa tahun baru ke ape. Letak satu signboard. "Jgn buang sampah disini. Denda Rm500". Then letakkan lori sampah 5 meter dari tu. Senang sikit nak kutip sampah lepas tuh...

sheilazrien said...

itulah kan j0jet..

mEsia nie harap jek KAYA tong sampah..berlambak2..merata2..but still oRang kite nak jugak buang mErata2..

heish~..kat japan nie..sErius tabik spring aa..x tipu..tong sampah sket..ade kat station2 ketapi jek..tp xde plak nmpk sampah berterbangan2 merata2..

notakaki: kekadang satu hari bawak sampah jalan2..last2 buang kat umah sendrik..

jetjetsemot said...

heheh..bzz, jgn lupe buat eh..

Anonymous said...

bunuh je dorang. I am the good assassin.

jetjetsemot said...

majod..yeh,good attitude need to be established kan..bukannye bakat terpendam..haha..yeh, bwk sampah balik ruma lagi mulia..

akukuat..hooo..bape nak kne baya ni keje buno orang..?tolong bunokan george bush dan segala orang kafir yeh..mekaseh..