Wednesday, November 28, 2007
rambang
Kasihan kalian. Ketandusan kasih sayang berupa cerita hambar dari aku. Ini adalah sesi cerita rambang dan bukan cerita sumbang. Jika maukan cerita sumbang, klik sini.
1. Kasut
Kasut aku pergi sekolah, macam itulah rupanya. Aku suka dia. Doktor berpangkat 'registrar' pernah berkata kepada aku, "I like your pumps." Orang lain pula berkata, "Ni kasut formal ke ni?" "Rock, kan?" "Rock.." Warnanya pudar dan lusuh. Kerana itu aku sukakannya. Tapi sejak akhir-akhir ini, aku pelik kenapa bila hujan kaki kanan aku basah, kaki kiri tetap kering? Hari ini, masuk kali ketiga aku ter'skid' sebaik melangkah masuk ke pintu hospital. Nasib tak terlentang. Kasut yang basah aku letakkan atas 'radiator' supaya panasnya keringkan kasut aku. Pusing punya pusing, ternampaklah apa masalahnya. Oh, tapak dah haus. Patutlah. Siap ada lubang. Manalah air lecak tak masuk. Haa..kalian dah tengok tapak kasut kalian hari ini?
2. Mimpi
Sejak akhir-akhir ini aku selalu mendapat mimpi seram. Kesan sampingan ubatkah? Tak pula dinyatakan pada kertasnya. Selalu tentang kematian. Orang yang sama meninggal dalam dua mimpi yang berasingan. Orang yang aku sayang. Kemudian, mati itu, mati ini. Tak dapat aku ingat. Yang pasti aku selalu berdoa aku dapat tidur aman dan tak mau mimpi seram lagi. Haa..kalian dah mimpikan pasal kematian hari ini?
3. Rotasi lama
Sesi rotasi baru aku telah pun bermula lebih dari seminggu. Minggu lepas aku menemui 'supervisor' yang menjaga aku pada rotasi sebelumnya. Perjumpaan dibuat untuk mengisi borang 'assessment'. Semuanya dilakukan dengan teliti olehnya. Terdapat satu bahagian di mana tertulis 'Standard or basic factual knowlegde' dan gred yang boleh diberi adalah A hingga E. Dia berkata, "Emm, standard and basic factual knowledge..I'll give you an A." Aku terkejut kerana aku tau tahap kebangangan aku agak mencipan. Dan dia menyambung sambil membuat muka pelik, "God knows why I give you that!" Dan aku tergelak. Haa..kalian sudah mendapat gred A hari ini?
Maaf atas cakap-cakap kosong ini kerana aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Kalian, jaga diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Jett.. Alahai... kesiannya kasut... Sok balik sini soh abg belikan kasut baru... nam blas pasang beli n bawak balik sana.
Sy mimpi kawan lama bercerai ngan lakinya. Bangun2... "Ape jadahnya aku mimpi nih?"
...Ehh... pagi tadi dh comment ke?
laaa..yg kite igtkan singam aritu rupenye lobang ke?
hehe
beli kasut raya la kak jet
nk raya dah ni
balik msia kang.. kau belilah kasut kesukaan kamu lagi..
tahniah.. itu yg kita mahu.. pelajar cemerlang dan gemilang dgn gred A yg tak terbilang.. he he
tuwit.. kau buat bayang2 ker pada kasut kau..
nak boOt baru..tp x beli2 lagik..hikhik.. weyh jojet.. ko balEk mesia brape lame aa?!
notakaki: makan kan utk ku popiah basah !!
bzz..yeh..kasut dikasihani..nak bawak balik kasut ijauku suro abangku basokan..last year dia janji, x buat2...pagi td komen apeka?
zatul..singam itu bende len..tapak kasut len..dah cabut..ni tapak side len dan memang lobang..yeh, nnt bli kasot raye..
kamen..yeh..membelila nnt jika ada berkenan dihati..gred A tuh hanyalah kerana aku pandai melakokan watak pelajar cemerlang gemilang terbilang, bilamana sebenarnya tidak langsung..yeh, ade bayang2 disitu saja2 buat..
majod..boots x bes..kaki x napas..hehhe..aku balik insyaAllah 3 bulan..baekla akan memakankan ko popiah basah yang paling sedap seantero dunia..
Post a Comment