Thursday, October 25, 2007

tak ada kerja


Sumber gambar: Interiordestiny.com

1. Who sits on your table in class?
Aku duduk atas kerusi. Apa pasal pulak orang nak duduk atas meja aku? Syaitan duduk atas meja aku. Jika soalan di'rephrase' kepada 'who sits next to you in class' jawapannya, masih juga syaitan.

2. Last text you received on your mobile?
'Jemput datang open house rumah kami Sabtu 27/10, 3-6pm [girls], 6-9pm [boys]; 156.....' Seterusnya tu adalah alamat, aku taip karang tak pasal-pasal muka kalian yang terpacak depan rumah mereka.

3. What song are you listening to?
Sekarang ini, Surat Al-Anaam.

4. Who does it remind you of?
Diri aku dan dosa-dosa serta tidak ketenteraman hati yang berleluasa.

5. Last movie you watched?
I am Sam. Rasa macam nak taip sinopsis. Aku hanya akan menaip sepatah ayat tentang cerita ini, "Perempuan itu bukan pelacur."

6. Which of your friends lives closest to you?
Err.. Huda?

7. What CD is in your stereo?
'Stereo' tidak aku miliki. Tapi radio di bawah itu, yang ada pemain CD, telah aku mainkan CD lagu-lagu raya. Tapi itu sudah agak lama. Sudah lama tak dengar CD aku.

8. Do you have a job?
Ada. Tapi adalah.

9. What did you do yesterday?
Aku ponteng kelas. Aku makan tengahari di kantin dan menyantap pasta di dalam sos krim [pasta in cream sauce]. Kemudian membeli cili pedas di kedai dan balik masak lemak cili api berapi cap kapal api kelapa laut.

10. Do you wear contacts or glasses?
Tidak, dan aku harap tidak terus. Tapi macam akan pakai sebab macam nak buta sudah mata ini.

11. Last person you ditched class with?
Aku ingat soalan ni tanya dengan siapa kali terakhir aku korek lubang buat longkang di kelas. Jawapan, tak pernah ajak orang korek longkang di kelas. Tapi sebenarnya dia tanya siapa yang ikut aku ponteng kelas, paling kini. Jawapan dia, aku ponteng tak ajak orang.

12. Do you trust your friends?
Kadang-kadang ia bukan perkara tentang 'percaya' cuma ia perkara tentang 'aku malas nak kasi tau kalian'.

13. Who was the last person to call you?
Aidah kerana hendak membasuh baju di rumah kami.

14. What annoys you?
Menjadi bodoh dan tidak berusaha untuk melawan kebodohan itu dan membenarkan kemalasan.

15. Would you move to another state or country to be with the one you love?
Iya. InsyaAllah.

16. Next vacation you're going on?
Malaysia, Disember 2007.

17. Do you play any instruments?
Pernah bermain 'drum' tetapi tidak berkemahiran. Ada kayu, tapi dalam almari.

18. Do you believe that everything happens for a reason?
Menjadilah aku orang yang terkutuk jika aku tak percaya setiap sesuatu ada hikmahnya.

19. Do you want any piercings?
Ya, nak tambah lagi dua.

20. What are your nicknames?
'Jet, jet semut siapa sakit, naik berahi'. Ini yang paling terkini, diberi oleh sepupu aku.

21. Last time you went to town?
Rabu minggu lepas.

22. Who last IMed you?
Etat. Eh, ironinya sedang aku menaip, Ijad IM aku.

23. What kind of music do you like?
Rock beb, rock.

24. What was the last thing you ate?
Macam-macam. Mula-mula sebiji pisang. Kemudian seplastik keropok. Sekeping biskut 'peanut butter'. Kemudian secawan teh istimewa aku. Kemudian sepinggan nasi berlauk ayam semalam, sambal seminggu lepas dan sayur salad. Kemudian, sepinggan lagi nasi berlauk sambal seminggu lepas dengan serunding daging dan sayur salad. Diikuti dengan 5-6 keping biskut coklat. Ini telah diambil secara berterusan, untuk makan malam. Terngiang di telinga aku, "Dagu kau labuhlah, Jet." Ah. Peduli.

25. Ever snuck outta the house?
Tak baik. Masuk api melaka.

26. Which of your friends would make the best room mate?
Aku dan diriku.

27. Last thing you purchased?
'Indoor aerial' untuk televisyen kami. Eh, salah. Almari kecil tempat meletak komputer aku sekarang.

28. What's your favorite beverage?
Air kosong.

29. Would you stop talking to your friend if they started hooking up with your boy/girl friend?
Entah. Awal-awal saja agaknya. Kemudian aku akan jadi, "Ei. Apa-apalah. Jodoh kau, jodoh kau. Siapa aku, nak halang?"

30. Do people ever spell your name wrong?
Ya, sebut pun tak betul.

31. The last compliment you received?
Tadi, masa aku mencucuk 'femoral artery' seorang pesakit. "You did very good. Well done."

32. Are you watching TV?
Aku tengah taip, kan. Eish, aku marah kang.

33. What are some features you find most attractive in the opposite sex?
Aku taip karang, kalian tak dapat nak bayangkan kewujudan makhluk sepertinya. Kurus, kecil, pemain ragbi, pemain kompang, mendengar cakap, ada 'stand' sendiri, rambut kerinting, gelap, tinggi, doktor, orang yang pergi kerja pakai 'suit' dan sebagainya. Otak aku kejung sewaktu menaip isen ini. Tapi cuba kalian fikir, dah kecil, tinggi pula. Macam mana tu? Untuk menyatakan beberapa perkara yang aku lihat menarik pada kaum Adam adalah sukar kerana kriteria pilihan aku bertukar setiap hari.

34. Last time you spent the night at some one's house?
Rumah cik Mimi, sewaktu awal Ramadhan tahun ini.

35. When was the last time you were extremely disappointed?
Rumah terbuka rumah aku. Dan tentulah ianya milik kawan-kawan yang duduk serumah dengan aku juga.

3 comments:

Minci said...

haha.. (mukadimah aku)
1 - siapakah gerangan syaitan jelmaan yg duduk sebelah kau tuh. :P
2 - samalah
3 - alhamdulilah
4 - oh.. knpkah tidak tenteram hokeh
5 - piang gedebush.. aku check balik dlm wikipedia diorg ckp pompuan tuh pelacur.. bluekk.. :P

6 - salah.. maria marianna, lina dan amelia. oh.. silap, mungkin diorg tk kira kawan. ker?

7 - kau ada starlight ke bende..
8 - apakah jawapan 'ada. tapi adalah'.
9 - Seriously??? hoho
10 - oh.. mungkin sbb tuh kau pening. pakailah glasses kat rumah

11 - sah2lah sbb ko sorang.
12 - capisce.
13 - ckp tk leh dtg.. miahaha
14 - ibarat tazkirah bunyinya
15 - bagus
16 - woohooo..
17 - buatlah irama atas dinding
18 - benar. maka kutuklah diri engkau
19 - kat lidah ker? matilah terpengaruh Pulp Fiction.
20.- serakah giller
21 - bailah
22 - ooooooo.. penat aku fikir imed tuh apa..
23 - chix yg rockers lah ko
24 - yer.. pedulikan.
25 - no comment
26 - saikosis
27 - tahniah
28 - sihat
29 - sgt positif
30 - 'eyzah' kata mereka
31 - yay yay.. jet dah boleh buat 'angiography'
32 - haha..boleh jer ko tgh tgk tv kalo ko bawak laptop kat bilik tv
33 - SETUJU!!! ko kan reti photoshop.. ko editlah gambar yg sedemikian dgn ciri2 kau
34 - benar.
35 - kesian. 'jgn stress ah'.. :P

Nur Amirah Shaharom. said...

bile jet menulis "Macam-macam. Mula-mula sebiji pisang. Kemudian seplastik keropok. Sekeping biskut 'peanut butter'. Kemudian secawan teh istimewa aku. Kemudian sepinggan nasi berlauk ayam semalam, sambal seminggu lepas dan sayur salad. Kemudian, sepinggan lagi nasi berlauk sambal seminggu lepas dengan serunding daging dan sayur salad. Diikuti dengan 5-6 keping biskut coklat. Ini telah diambil secara berterusan, untuk makan malam. Terngiang di telinga aku, "Dagu kau labuhlah, Jet." Ah. Peduli."
baru saya faham ape itu dagu labuh :)

Anonymous said...

14. What annoys you?
Menjadi bodoh dan tidak berusaha untuk melawan kebodohan itu dan membenarkan kemalasan.

since last week i been like that.. OMG..wat happens to me....AAARRGGHHH!!

(saje luahkan frust..hehe)