Tuesday, October 02, 2007
mimpi cardiff
Kawan-kawan di sekolah tau, aku orangnya jenis yang tak suka 'crowd'. Kalau ke 'shopping complex' aku pilih yang baru dan tak ramai orang. Kalau 'mall' itu memang popular dan ramai orang, aku akan datang pada hari bekerja hanya untuk elakkan 'rush' itu. Kalau kenduri kahwin? Aku duduk dalam rumah. Aku suruh 'member-member' datang, biar aku layan kalian daripada aku kena kasi tetamu bunga telur. Haha. Pergi konsert, janganlah ajak aku. Alunan lagu dari pemuzik ghazal yang selalu datang rumah aku untuk hiburkan tetamu masa raya dan orang kahwin pun aku tak mampu nak hadapi.
Tapi kenapa dalam kebencian aku terhadap keramaian, aku terasa nak sangat pergi menonton ragbi piala dunia di Cardiff? Wasaaiii..
Hari-hari aku 'check' tiket secara 'online'. Hampa. Tiket yang aku mampu nak bayar, masih tak muncul-muncul untuk jualan. New Zealand lawan France. Kuatnya tarikan nak mendengar dan melihat sendiri tarian Hakka secara 'live'. Cardiff tu dah dekat sangat dah. Tak adalah dekat macam setakat melintas jalan depan rumah aku, kan. Tapi ia di dalam UK. Dan aku? Yeh, di UK OK. Kalau nak tunggu empat tahun lagi [umur aku masih di bawah 30 tahun], aku mungkin sudah di Malaysia. Mampukah nak merentas lautan ke negara tuan rumah ragbi piala dunia waktu itu? Ada duit kah? Walaupun perasaan itu kuat, ikhlasnya aku rasa aku tak ada 'chance' kali ini.
Aku suka tengok ragbi secara 'live'. Setakat ini hanya pernah menonton dua perlawanan tidak bertaraf atau mungkin sebenarnya bertaraf tapi aku tak tau taraf apa. Itu pun mengikut abang aku, kalau dibawanya kakak ipar aku sama. Walaupun cikai, dan hanya duduk-duduk atas rumput bawah pokok ketapang menonton perlawanan, 'adrenaline rush' itu tetap dirasai. Tapi sekarang, dia tak ajak dah. Dia suka ajak budak-budak lelaki saja. Kede..
Mungkin hikmahnya, hujung minggu ini, kalian yang nak mengikut aku ke Cardiff akan hanya duduk di depan televisyen. Kalian akan menimbang tepung, gula, dan mentega. Menenyeh dan mencanai doh. Ada yang akan berada di dapur mengacau jem nenas sampai 'cramp'. Menjerit bodoh pada orang yang tak pandai 'pass' bola dan orang yang tak tau tangkap bola. Dengan ucapan: "Apa kau ingat kalau kau ke Cardiff hujung minggu ni, kuih raya kau boleh masak dengan sendirinya??!"
Realiti. Realiti. Dah lah tak ada baju raya. Ish.
Fine. Tat nenas. Here I come.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Wahh.. Tapi kan, di mana ade kemahuan, di situ kan ade jalan
saya rasa tak salah kalau jet betul2 nak pegi tengok match tu dan usaha sampai dapat pegi...
hehe!
saya pun tak suka crowd.
Tapi kalau skali saya nak pegi tempat yg crowd, saya tetap akan pegi.
tapi depends jgak lah, kalau ade yg menghalang, ape bleh wat..
kangar ngan arau dlm 20 mins dah bleh sampai. dekat aje, perlis tak besar mane pong.
Datang lah ye.
Mak wat banyak jenis cookies. tapi bukan yang modern. kueh lame2.. kueh bangkit, semperit yg lame nye recipe, coconut crunch, indiana cookies (ni agak modern la).
Tart nenas pun yg country style mak blaja mase die kan england dulu. xde lah nak gulung2 ke, bentuk2 nenas ke... simple and recipe pun yg lame.
kasik alamat, nnt bleh le poskan ;D
j0jEt !!
buat tart nEnas kE?! hEbat sunGguh.. akunyE bakat(kerajinan?!) membuat kuEh rayE bel0m muncul lagik..hikhik..
baju rayA xde ke bElom sampAi lagik ?! (^_^)
notakaki: 3 hari lagik..lala ~ lala..
alahhhhhh..dah pasrah ker? dem.. hehe.. tkper tkepr.. ujung minggu buat kuih pun bleylah.. jerit2 depan TV pun jadilah..
sapa yg akan cramp tgn tuh? huda kot.. ha ha ha
lupa nak cakap.. nanti masa raya pakailah baju aku.. Insya-Allah panjang kain tuh mampu nk tutup bulu kaki kau.. :P
Baru malam tadi tgk All Black men'tatnenas'kan Romania. 85-8.
Jett, hujung bulan ni ada Cobra kat PJ. Tak mahu tgk? Murah n tak ramai org. Betul... Hehehehe...
nur amirah..yeh..tgh usaha lagi ni..kalau kitorg tak sempat buat kuih, mintak tolong pos eh..alamatnya..294, sharoe....hehe..censored..yeyey..leh pegi kangar beli kek sedap..kamen jgn jeles..
majod..ko xyah buat kuih raya..ko balik, ko gi je kedai beli..yeh, baju raya mmg takde, bukan tak sampai..neway, mendoakan pejalanan ko balik msia selamat hendakNya..
minci..lom pasrah..kite cube gi..cek everyday..kendian, okeh i wanna borrow your baju..haha...
bzz..alaa..ujung bulan ni mana sempat..sekel gak kang..kalu ajak ujung taon nih, leh la gak pegi..apeka..apeka..sunggo tak iklas..aik pehal baru tgk malam tadi?siaran ulangan eh..bukan lawan mse hari sabtu ritu ka [riak msok api melaka]..
pegi je jet... bukannye selalu pun ade peluang nak tgk games mcm ni...
btw, i dah tutup i punye blog tau... nak concentrait benda lain pulak...
Yelah...
Kita org sini tgk Astro. Tak tgk kat BBC. Kita org dengar pengacara tu bebel. Tak dengar satu stadium menjerit...
Tapikan...
Hahaha.. Kat UK mana ada 'Team Bola Saya?" - (MyTeam Kj)
amuro..kalu tiket murah tuh dapat, memang kami2 ni sume akan pergi dah, insyaAllah..tapi takde rezki dalam mencari tiket setakat ni..tiket yang kompom halal [i.e. tak kena tendang bile show tiket kat jaga..erkk?jaga?] dan tiket yang kami mampu..oh, tutopkah..cm menjawab soklan hati je kamu ni..pandai baca hatilah..hahahha..
bzz..ha?nape stadium tak sorak..abes tuh, tak feel lah?maka, terus sy bersyukur ke hadrat Ilahi..alaa..tanak la ade team bola kj kat ni..menanes tau..teresak-esak..
Post a Comment