Tuesday, October 30, 2007

halo-wen


Ini, kali kedua aku bermimpi tentang mimpi yang bertema sama. Tapi kali ini, mimpi ini lebih dikategorikan sebagai mimpi seram atau 'nightmare'. Mungkin bersekongkol dengan Halloween pada esok hari, aku tak pasti.

Ini, mimpi kedua aku tentang Minci yang teruja hendak bertemu Kasyah buat pertama kalinya secara 'live'. Kenapa aku mimpi perkara ini? Untuk pengetahuan kalian, aku pun tak pasti. Senarionya, aku dan Minci tinggal di rumah yang sama. 'Excitement' itu sangat dirasai di dalam rumah kami, dengan Mincinya berlagak seperti seorang yang tak pernah teruja dan gembira. Sila bayangkan budak yang gembira semena mukanya. Rasa nak lempang, kan kalian? Dengan aksi terkinja-kinjanya. Sukar nak aku gambarkan disini.

Jadi, rumah dah tersedia. Si Kasyah pun datang dengan segerombolan manusia yang dikatakannya 'saudara-mara.' OK. Peliknya mimpi adalah bila kalian tidak pernah melihat muka orang itu, tak dapat nak meletakkkan nama pada wajah itu tapi kalian 'simply' tau bahawa itu adalah si polan bin si polan. Begitulah situasi aku. Sekali lagi, seperti dalam mimpi pertama, aku hanya lihat si Kasyah ni dari kejauhan dan 'observe'. Aku perhatikan lagaknya dengan Minci dari tingkap rumah kami. Rumah ni, kejap-kejap jadi rumah macam dalam cerita orang putih, kejap-kejap ia jadi macam rumah aku di Johor. Berbalik kepada pemerhatian aku tadi, aku lihat Kasyah tengah bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Si Minci dengan muka 'excited' dan kinjaannya disisi. Mereka kelihatan sedang menandatangani sehelai kertas, dengan sebuah kereta merah [bukan mainan] menjadi tempat alas kertas tadi. Terus aku tau, kertas itu adalah surat nikah. Ni, nikah tak jemput. Kurang ajarlah kan. Dan secara automatik serta ajaibnya aku mendapat tahu tentang isu cerai. Tapi aku kurang pasti apakah isu itu, sebab aku tak ingat. Aku agak, mereka masing-masing telah bercerai dengan pasangan terdahulu mereka.

Kemudian, si Kasyah bermalam di rumah kami; apa yang aku anggap akan berlarutan buat seketika. Tapi pelik, esoknya pagi-pagi lagi dia sudah mau berangkat membawa isteri dan saudara-maranya. Dalam suatu senario dimana mereka sedang mengangkat barang-barang untuk beredar, Kasyah kelihatan membawa salah seorang saudaranya di atas sebuah kayu pengusung atau 'strecher'. Orang itu kelihatan kurus dan sangat-sangat lemah, seakan-akan tidak diberi makan sekian lama. Tiba-tiba, Kasyah berhenti separuh jalan dan menutup mulut dan hidung orang itu untuk melemaskannya. Dia juga menelengkan kepala orang itu dengan laju dan terdengarlah bunyi 'click' dari tengkuknya. Mangsa mati di tempat kejadian.

Seterusnya, tentulah perasaan risau si Minci berkahwin dengan manusia pelik ini wujud. Keadaan menjadi hiruk pikuk dan histeria dalam mimpi tersebut.

Aku pun bangun dari tidur kerana tak sanggup lagi untuk merasa 'pelik' dan 'what the...' tentang mimpi ini. Mimpi ini sangat 'annoying' dan tak 'best'. Malahan, ia juga pelik kerana wajah Kasyah dan Minci sekejap-sekejap akan bertukar menjadi wajah kakak aku dan suaminya. Satu lagi fakta pelik tentang mimpi ini adalah tentang bagaimana ia terus bersambung walaupun aku asyik terbangun di tengah-tengah jalan cerita. Aku sambung tidur kerana Subuh belum lagi masuk.

Komen aku? Mimpi ini sangat seram 'in a way that it irritates and annoys me' kerana terlalu panjang dan terperinci. Aku bersyukur pada bahagian terakhir bila aku fikir 'I had enough of this' Subuh sudah pun masuk dan aku pilih untuk tidak tidur semula. Taukah perasaan bila kalian mau sesuatu itu berhenti tapi ia terus berlaku? Itulah yang aku rasa.

'An utter and complete nightmare.'

10 comments:

Minci said...

OMG. aku tk tau nk kome apa pasal mimpi kau. agak kelakar masa part aku walaupun ada sedikit risau kat part 'cerai' dgn pasangan terdahulu. lagi menyeramkan adalah part kasyah buno org.. lagi menyeramkan juga bahawa wajah kami kejap2 tukar jadi ahli keluarga kau.

moga2 ini mainan tido sahaja. 'nightmare' ada masuk side effect ubat tk rasanya?

bzz said...

Dah ala-ala Nightmare on Elm Street nih. Kasyah kirenya Freddy Krueger la nih ek?

Ada dapat candy tak kalau ketuk pintu rumah korang?

Pengurus Za said...

eee..pelik betol mimpi kak jet neh..tak basuh kaki ke sebelom tido? tak baca basmallah neh..isk3

Nur Amirah Shaharom. said...

ishk2.. seramnya. Nak bace blog kasyah pun dah takot...

sheilazrien said...

bkAn saje x baSuh kAki ni.. d0a tDo pon ter-lupE nak baCe kot jet.. itu pAsal pELIk ajeK mimpi k0. hehehe

notakaki: hEpi hAlloWeen ~!!

Anonymous said...

mimpi kita diatas pelamin takde ke? :-p

Minci said...

fuiyooo..feeweet..feeweettt... nak mimpi naik pelamin tuh..

jetjetsemot said...

minci..cerai tuh, mebi refer kpd korg yg masing2 pena merasa kehilangan..part buno tuh, mebi mainan syaitan..hahah..xtau nak jawab ape..aku tatau la side effects ubat ke ape..

bzz..mai la dtg ketuk pintu ruma..

zatul..baso..siap mandi wajib lagi..

nur amirah..huish..jgn la smpi x bce blog kasyah kan..

majod..baca weh..siap zikir lagi..hehe..

amuro..err..apeka jenis itu..penah dengar ayat 'pelamin anganku musnah tak?'

minci..fewit u back!

bzz said...

Jett, tunggu ada Airasia X dulu. Kot2 dpt tiket RM 9.90! (Mimpilahh...). Kot ada nanti saya dtg ketuk pintu rumah...

Anonymous said...

alahai..nape tak perasan entri ni. dah lame tul.

aiyo...apakah misteri tu... kasyah bunuh org?hahahah

bunuh nyamuk bole la....

minci terkinja2...hahahaaha