Tuesday, October 09, 2007

bungkusan raya


Oh.

Bungkusan hari raya aku sudah selamat tiba. Alhamdulillah. 'Despite' mogok yang dilakukan oleh orang pos di sini, aku masih berjaya menerima 'parcel' aku sebelum raya. Kata along, rezeki aku. Tak ada biskut raya yang dipos oleh mama kerana dia dah pos tepung dan 'shortening' pada raya tahun lepas. Jadi? Buatlah kuih raya kau sendiri, nak oii!

Baik, bos.

Apa yang aku terima hari ini?
1. Dua bungkus ketupat segera Adabi
2. Tiga bungkus ketupat palas Nona
3. Tiga bungkus serunding daging khas dari Terengganu
4. Seplastik lengkuas gergasi yang subur
5. Sekeping kad raya
6. Dua botol krim vitamin E
7. Sebelas helai tudung raya
8. Dan, hadiah hari raya iaitu 'storage box' gajah


Sebelas helai tudung tu memang tak tahan. Maklumlah tak ada baju raya. Di'compensate'kannya dengan sebelas helai tudung. Aku macam 'feeling-feeling' nak cantum semua tudung tu bikin baju. Main sambung-sambung pakai jarum peniti,boleh? Lebih afdal kalau aku pakai kesebelas-sebelas helai tudung sekaligus pada hari raya pertama, bukan? Fesyen 'multi-layer' namanya. Atau patutkah aku buat maraton tudung waktu 'open house' nanti, dengan menukar tudung aku setiap 20 minit?



Tulisan Arieq di dalam kad raya benar-benar buat aku tergelak besar. Ditulisnya:
" Selama hari raya.
I love u Bonda.
Kepada Arieq Ramadhan dan Sarra.
I love u Bonda."


Baca: SELAMA, dan bukan SELAMAT. KEPADA, dan bukannya DARIPADA.

Oh, aku sangat suka 'storage box' itu.



Terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Jet...

Raya nanti jangan lupa datang rumah yer... :-p

Anonymous said...

ala..lupe nk ckp mama nk ketupat daun palas..nk storage box gak..my place xde ikea..so xde yg cantek..
sebelas tudung..haha..
my mom slalu bising2 if i nk bli tudung..

Minci said...

ahaha.. nk gelak piss.. aku lebih rela kau buat MARATHON tudung daripada kau bawak fesyen 'multi-layered'.. apa ingat kau kuih lapis nk berlayer2?

bzz said...

Erm, gajah tu buat isik kuih ape?
*bekas kuih ke?

helentea said...

wah best dpt parcel..byk nye tudung!!
ade ek ketupat pls? dlm tu mixture beras pulut (for ketupat pls) or skali ngan daun pls skali? hehe..
kalau post ke sydney tu, sah2 serunding ngan lengkuas tu x smpi.. sumer kene quarantine, peraturan strict sgt..anyway, selamat menyambut hari raya! maaf zahir batin.

jetjetsemot said...

amuro..selamt hari raya too..ape kes tutup blog ni?midlife crisis ka?ye ye..dtg ruma kang, terkejot kang..

daju..oh..nah amek la sebungkus ketupatku..oh, storage box itu made in china saja..hehe..kedai runcit punye..nah, kasik daju selima tudung..

mincak sicicak..tak kasik can betol la die ni..eish..

bzz..itu tempat simpan barang2 mainan sy ah..ape lagi..where i keep my toys, u know..

yanti..yeh, ketupat palas..bru gak discover last year, hausmet bawak..die dlm plastik tapi rasa dia cm palas la..bukan plastik tuh ye..ketupatnya..dan, pst..pst..jgn cakap kuat2 pasal lengkuas dgn serunding..nanti pakcik posto denga..nnt die jadik strict cam sydney..

bzz said...

Ouhhh tmpt mainan. Ingatkan tmpt kuih. Selamat main mainan di hari raya ye...