Sunday, September 30, 2007

tebal bebal


Aku tak tahu kenapa. Tapi kebelakangan ni, otak aku memang tepu. Semacam ada satu selaput tebal yang aku boleh rasa ada dalam tengkorak kepala [jumjumatun] aku. Memang aku boleh merasa kehadiran selaput itu. 'Thick'. Yeh, patutlah orang bodoh dipanggil 'thick'. Itulah yang aku rasakan sekarang.

Dulu di matriks, aku tidur siang, kadang-kadang tidak ke kelas. Bila malam, aku 'compensate' dan belajar dengan tekun. Senang. Semua diserap masuk tanpa selaput tebal melingkari otak aku. Di universiti di Malaysia, walaupun ada susah senangnya, tapi bila 'final exam' aku akan belajar 'straight' dari pagi ke petang, tanpa henti dan tanpa masalah. Malamnya aku tidur seperti biasa. Mungkin 'absorption' kurang kala itu. Tapi aku paksakan juga apa yang termampu. 'Drive' itu ada untuk membuatkan aku terus berusaha.

Sekarang? Apa juga yang aku lakukan, aku rasa otak aku sangat 'limited'. Wah, tumor apa yang ada di dalamnya? Kadang-kadang rasa hendak menangis. Bila 'drive' itu ada, tapi otak ini tak mampu. Aku hanya mampu memandang kosong nota-nota yang aku miliki. Membacanya berulang-ulang kali tapi seakan-akan aku sedang membaca sesuatu didalam bahasa yang sangat asing. Tak masuk langsung. Akhirnya berasa sedih dan berazam untuk berusaha keras pada keesokkan harinya. Tapi semuanya berulang. 'Thick'. Tahun terakhir, Jet. Layakkah kau 'grad'?

Mm. 'Being thick as a brick is making me sick.'

Salam Ramadhan, kalian.

13 comments:

Anonymous said...

relax relax..dalam setahun pasti bebrapa kali thickness ni datang.apa yg anda harus lakukan adalah kuar jalan2 dan embrace the thickness in a positive way..tu tanda brain da penat,dia perlukan rehat

Anonymous said...

jet. aku pun sdg mengalami bende yg same.

dar_liina said...

me too..sedey btol kalo ade prasaan cggini..i just cant think straight when i try to read those letters.. ='( nk kate brain tuh pnat..da 2 3 ari bg rest pon still cmtu jgak..

Anonymous said...

go go go.....grad punye la

:D

Nur Amirah Shaharom. said...

maybe brain tu need something else, mcm sort of humor ke, have lil fun ke... try la. in positive way, for sure.
saya slalu ade probs dgn teori dan bacaan yg panjang2 dan berbelit2. slalunya akan bace dua tiga kali untuk satu2 ayat tapi tetap tak faham2.
so ape yg saya wat ialah, reverse balik keadaan tu. Bila otak terasa sangat le lembap, jd saya wat sesuatu utk initiate otak bg aktif. Dan slalunye Maths thingy does work!
cr le sesuatu yang way otak tu aktif. mcm setengah org suka bersukan. ade yg suka baca komik. mcm2. roomate saya dulu suka nyanyi =)

bzz said...

Sy rasa, memang kita semua camtu. Ada masa akan dtg kemalasan tahap gaban yg akan menyebabkan kita malas. Ada yg berpunca dari sikap, ada dari kisah cinta, ada yg dari kemaksimuman penggunaan otak dan byk lagi.

So... betapa malaspun awak sekarang disana... Cuba happykan diri. Happy kan diri dengan kengkawan dan semangat mereka. Belajar dan abiskan study tu... by hook or by crrok. Then smpi masa, balik sini... Berkhidmat pada masyarakat...

** Nanti boleh le sy mintak ubat murah2 nanti... And mc juge... Ok?

sheilazrien said...

joje+ !!
samE la aku.. bace byk kali sepatah x phm.. baek jePon mahup0n omputih.. semua x msuk..

wahhh !! diri ini mau grad jugak tahun depaN..

notakaki : issy0ni ganbarimash0u ~

Anonymous said...

Otak jet dah penat tu... pegi lah buat aktiviti lain yang lebih relax. jangan risau, jet mesti grad punye. Yang penting jet kena pandai bahagikan masa setiap hari.
ada masa kita belajar dan ade masa kita buat benda lain... dun give up...

jetjetsemot said...

mm..panjang korang taip..aku leh ckp ini saja: MAKASEH YA MBAKS [plural]..dah cukop relaks, dan dah cukop lawak, tapi still..rase cm nak tuka profesyen je..kdg2 rse nk jd sec..kdg2 rse nak jd physiotherapist...gaban btol la korang ni..

tengs again..

bzz said...

Jett...

Jgn jadi gajah sudah la... Wahahaha...

jetjetsemot said...

bzz..cm bes je jdik gajah..x ke?

Minci said...

motif sgtler kau nak jadi gajah.. tk belh ok..nanti kau kena hamil 2 tahun.. ha ha

anyway, di saat2 ala 'thick'..buatlah soklan2 Pastest kau.. sekurang2nya tkderlah depress sgt..

ataupun buat quiz2 apa jer yg ko boleh carik online..mcm blood transfusion ko tuh.. pastuh.. kalo salah.. click jer 'X' dan mula semula.. :)

bzz said...

Bess gak jadik gajah... Boleh dok kat circus free...
Then satu lagi yg menyeronokkan. Takde org pernah terfikir nak sembelih gajah wat lauk raya.