Monday, August 20, 2007
tajuk apa? [fill in the blank]
OK. Mari membuat aksi nakal. Dalam masa 20 minit, anda dikehendaki untuk menaip sebuah isen bertajuk rambang dan mengabaikan buku matapelajaran anda yang patut anda beleki [huh?] di kala ini.
Hari ini hari pertama aku ke sekolah, memulakan tahun ke-5 aku sebagai seorang pelajar. Supervisor aku mati-mati ingatkan kami [aku dan seorang lagi rakan] adalah budak-budak tahun ke-3. Dia seperti tidak diberitahu lebih awal akan kedatangan kami. Kerana biasanya dia hanya meng'handle' 'juniors'. Tapi secara keseluruhannya, orangnya baik dan 'soft-spoken' dan ahli 'team'nya juga baik-baik belaka. Dengan cepatnya, kami berasa 'welcomed'. Esok, aku terpaksa bangun awal dari biasa untuk menaiki bas pada pukul 7.20 pagi dan sampai ke hospital pada pukul 7.40 pagi. Dia mahu mengajar kami seawal 8.30. Oh, aku harap aku tidak terlajak tidur. Sementelaah menunggu kelas, bolehlah kita membaca buku. InsyaAllah. Amiinn! Ah, taknak cerita pasal sekolah. Sekolah adalah 'private matter'. Haha. Sebenarnya, cerita sekolah aku akan membosankan kalian.
Satu ayat yang membingitkan telinga aku kedengaran hari ni, "I WILL MAKE YOU BETTER." Fuh, berdesing telinga aku. Kau ingat kau ada 'supernatural power'?? Ah, apa layaknya seorang manusia biasa berkata begini kepada seorang manusia lain? Apatah lagi kepada seseorang yang sedang nazak. Seperti menjanjikan sesuatu yang tak pasti. Siapa kau untuk berjanji sedemikian? Kau bukan Tuhan yang berkuasa memberi hela nafas setiap manusia. Kau hanya manusia, seperti aku, yang tak layak untuk menjanjikan apa-apa. Jadi encik, walau hebat mana pun kau, silalah cakap [walaupun kau bukan Muslim] " I will TRY to make you better." Indahnya Islam dengan kalimah 'Insya-Allah'; dengan izin Tuhan. Faktanya, kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Bak kata 'boyfriend' kawan aku kepada kawan aku yang kecil itu: Jangan berjanji. Janji itu beban. Er.. Ni teknik apa ni? Boleh diterima pakai ke 'quote' ni?
Tamat. 250 patah perkataan. Tak percaya? Sila kira sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
so masuk sekolah ni dah tak nangis lagi kan?
ramai ke kawan baru? atau muka2 tu jugak :-p
Betul,
Jgn berjanji, janji itu beban... Adakalanya, bila janji tak ditepati, ia menjadi dendam...
So katakan begini...
"Aku berjanji untuk CUBA sedaya upaya ku untuk mencintai mu selamanya..."
~Uiisshhh jiwangnya aku
eeee..bende apa yg ada dlm air tuh..sapakah partner kau.. sila beri nama palsu yg boleh aku tahu sekelip mata..
amuro..yeh, i did'nt cry..kuatkan?haha..
bzz..hoh..yeh, bijak anda..err, line ayat jiwang tu untuk sape?hehe..
mincis..limes dan halil..tunggang langgangkan hurup2 itu..
ahaha.. okeh.. dapat sudahh
Ayat tu untuk... ermm...
Tak kata kat sesape lagi.. Ngehngehngeh...
mincis..oh..bijaks..
bzz..dah kata kat sesape nnt gtau eden..sje nk menyibok skali..
250....?
hurmm..
dikira start dari "OK. Mari membuat aksi nakal...>>>.....Boleh diterima pakai ke 'quote' ni?"
adalah sebanyak 287 patah perkataan. terima kasih..
budak ini lurus bendul.
kasyah..alaa..lagi 37 patah perkataan pun nak berkire ke?lepak la..[hehe, mmg anda sgt bendul..tengs sebab kirakan]
Post a Comment