Tiga hari lalu dalam sejarah, aku telah menjejakkan kaki ke London. Entah macam mana nak cerita, aku pun tak pasti. Secara keseluruhannya, aku kasi 'rating' 8 daripada 10 kepada percutian kami.
Aku bukan jenis orang yang cuti-cuti Malaysia. Kalau nak bercuti, biar orang lain yang 'settle'kan benda-benda. Aku adalah watak picisan iaitu tukang angkat punggung dan sampaikan diri ke tempat kejadian. Begitulah lagaknya aku di sini, waima di Malaysia. Hatta, tidak pernah berlaku kejadian cuti-cuti UK bagi kami setakat ini, kecuali yang satu ini. Dengan ini, aku memulakan majlis dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Minci kerana usaha yang diletakkannya, bagi merealisasikan percutian ini. Syab-bas beta! *Tepuk-tepuk!
Seperti mana (mungkin) yang anda ketahui, Minci telah terlebih dahulu bergerak ke London kerana menemui daddynya (Baca: Datuk K nya). Za dan aku menaiki bas pada hari Selasa pada jam 9.55 pagi dan aku mengalami mabuk laut kerana 'claustrophobic' duduk di bahagian 'aisle' bas. Aku juga tidak sempat bersarapan akibat berhempas pulas menaip isen 'Nenet' buat bekalan kalian. Kami duduk berdekatan budak kecik yang kacak. Umurnya mungkin dalam 2 tahun. Berbangsa Asia untuk Asia. Tapi akibat perangainya yang suka menangis dan membaling telefon bimbit ibunya, terus aku 'reject'. Nangis-nangis...sakit otak akak tau, dik.
Kami sampai di London pada pukul 3.30. Pukul 3 dah masuk kota London, tapi setengah jam kemudian baru sampai stesen basnya. Kemudian menelefon drebar kami supaya mengambil kami dan mengorder air oren dan bunga manggar dari penaja rombongan. Sampai ke hostel Logde yang bahang bagaikan lahar gunung berapi, kami terus makan maggi berperisa kari (Aik? Pelik, tapi benar) dan air oren Mirinda. Kemudian, kami ke Malaysian hall mencari nasi. Aku makan ikan sambal dan sayur kacang panjang. Selepas itu kami bergerak ke Barons Court Theatre menaiki teksi. Pakcik teksi memandang 'slack' kepada aku kerana menunggu baki 80 sen daripadanya. Mungkin dia nak tips. Tapi aku tak kira, aku nak juga 80 sen aku. Kusangkakan kami akan menonton theater fantasi di Barons Court,tapi rupanya dia buat magic show. Lantas, kami pun duduk jauh dari stage kerana takut dipanggil naik dan dijadikan bahan eksperimen magician. Kami juga cuba mensebotaj dengan membaca basmallah supaya magicnya tak jadi. Tapi sayang, magicnya menjadi juga. Kami antara orang yang gelak kuat-kuat kerana magician itu sangat lawak. Dalam kepala aku terbayang dikala aku membaca basmallah, magician itu tiba-tiba menoleh kepada aku dan berkata, 'Stop reciting what you are reciting!' dengan wajah bengis. Tapi, itu tidak pernah berlaku. Tamatlah hari pertama kami.
Hari kedua dimulakan dengan mengejut budak-budak degil bangun subuh. Kemudian tidur semula, dan aku pula yang menjadi degil tak mahu bangun. Aku terjaga apabila mendengar suara garau dikatil sebelah bawah. Kami tinggal didalam dorm yang dikongsi bersama 3 wanita Eropah. Jadi, dengan sesuka hati mak bapak beliau, seorang rakan lelaki kepada salah seorang daripada mereka masuk untuk mengejutkannya. Tidur di dorm itu sangat menyeksakan kerana orang putih suka ber'party' maka bisingnya sampai ke pagi. Tidur kami tidak nyenyak. Pengudaraan yang tidak baik juga menyebabkan kami terkepam didalam bilik yang tidak berangin itu. Aku bersyukur apabila meninggalkan dorm itu dan bergerak ke Malaysian Hall yang segar bugar dan ber-makcik, eh...kakak baik!
Penatlah nak taip. Sambung lusa pulak. Haha!
Semua gambar (ini dan akan datang) ditaja oleh Za Catering Enterprise.
Sunday, August 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Mana coklat?
bermakcik?? kakak baik?
sape tu?
haaha lagi satu, mana coklat..hehe
bzz..ceklet ape?x order awal2 cmne nk fulfill permintaan anda..hehe..
kasyah..itu makcik dipanggel kakak oleh yasminci demi membodek die agar kami dapat bilik..mungkin dapat ilmu dr incik kasyah..ni lg satu, tibe2 mintak ceklet..
jentik tinge korang satgi, baru tau~
Post a Comment