Wednesday, August 15, 2007

oh simple things, where have you gone?


Ayat-ayat orang yang sekali-sekala menerjah fikiran dan membuatkan aku ‘euphoric’ sebentar:

1. Ayah aku setelah mengenali aku selama 22 tahun [iaitu bukan tahun ini], “Lawak jugak kau ni ya, Jah?”

2. Mama aku di kala men’describe’ awek kepada abang sepupu aku, “Alaa, muka dia…kira muka Jajah lagi lembutlah dari dia.” [Nota: Rata-rata orang mengatakan wajah aku garang.]

3. Kawan aku di majlis kahwin salah seorang kakak aku, “Wooahh, Jet. Macam Angelina Jolie lah kakak kau.”

4. Kawan aku waktu melihat wajah aku dari sisi, “Eh, hidung kau macam Brad Pitt lah!” [Nota: Dari sisi saja; dari pandangan depan langsung tidak.]

5. Kawan aku bila aku menunjukkan ‘skill’ bermain bola jaring, “Kau ‘sure’ kau tak pernah main ‘netball’?”

6. Mama aku lagi, bila bercakap tentang berat badan, “Awak tu, mana boleh gemuk.” [Nota: Ini tidak benar sama sekali tapi ayat ini mampu kasi hilang perasaan ‘guilty’ untuk makan banyak. Lepas tu rasa bersalah, takut kena darah tinggi dan kencing manis.]

7. Seorang lagi kawan, apabila aku mengadu tentang ‘takut’ untuk menjadi doktor dan diri aku yang tiada ‘healing-vibe’, “ Pala hotak la. Nak kena ada ‘healing power’ ke? Dari dulu lagi aku rasa ‘confident’ dengan kau. Cara kau ‘handle’ benda. Macam ada gaya lah. Tak tau lah apa kan..tapi bila aku tau kau buat ‘medic’ aku boleh rasa kesesuaian kau dengan bidang tu. So, jangan lah risau.” Ayat disambung lagi dengan, “Super tak? ‘Convincing’ kan ayat tu?” Haha. Kuaja! [Nota kepada Atam: Ayat ni sudah diabadikan di sini, maka Atam, kau jangan nak putar-putar ayat lain lepas ni untuk ‘convince’kan aku.]

8. Supervisor aku yang bermisai Datuk K pada hari ini, “You did well that day. It was above my expectation.” [Nota: Wajah dia ceria dan bersinar hari ini ibarat dilamun cinta.]

9. Kawan-kawan yang berkata, “Jet, anak saudara kau ke tu? ‘Cute’nya. Aku ‘booking’lah.” Dan, “Eh, siapa presiden kelab ‘budak-budak S** yang suka adik kau’ tu? Aku nak mendaftar ni.”

10. Dan tentulah terutama sekali ayat-ayat, “I love you, Jojet.”, “I miss you, Jet.”, “Jet, bila nak balik?”, “Apa khabar?”, “Salam sayang.”, “Jaga diri baik-baik.”, “Kangen, ah.” dan yang seumpama dengannya, dari rakan-rakan dan ahli keluarga aku.

Lain-lain ayat 'euphoric-able' bagi aku boleh didapati daripada 'pages' 69-72, bahagian 'Comments and Testimonials' di Friendster aku.

10 comments:

Anonymous said...

ngahahahah,,
hidung bradd pitt ke..
i idung chow yuen fatt jerrr

my fren call me deqnad..haha

jetjetsemot said...

hidung brad pitt dr sisi saja..tak layak untuk menjadinya dr depan, dan belakang..

apeka signifikasi deqnad?explain further..

Anonymous said...

hahha im the youngest kot dalam my kelas..n i have so many kakaks..i neva kno dak2 ni neva call orang kakak pada yg da mcm 23-24 dalam batch yg sama.. so my kakaks call me deqnad. gitulah

why ha kakmin never call me deqnad.hahahahaha

Anonymous said...

*among yg muda la dalam batch.. dalam kelas mmg youngest

Anonymous said...

ce..brad pitt..
my mom suke ckp mcm #6 tu..
saje je nk suro kite makan byk..
padahal..weight makin lame makin naik..haishh...

Minci said...

ahaha.. nk kena panggil DEQNAD ker..eleh.. tadi ckp jet manja.. dia lagi manja..

oooo... best kan ayat2 euphoria camni? boleh tlg membangkitkan rasa kasih dan keyakinan pada diri sendiri.. heh~

Anonymous said...

nape ramai suka kat brad pitt... nape takde org yg minat kat aku :-p

bzz said...

hmm...
"swittt......"

jetjetsemot said...

nad nad x 2..hoho..cmtuhkah historynye..biala die nak bermanja kakmin..die anak sulung, xde kakak nk manjakani kan die..hahah..i still like to call u nad nad lah..sdap..haha..

daju..yeh, somehow mak-mak org suka ckp cmtu kan..sy ni pulak yg jnis kalau org tambahkan nasik sy bantai sume kasik licin..asalkan dyrg hepi, eloklah..

mincis..dia ckp aku manja?haha..kuaja btol..yeh, ayat2 ini diperlukan untuk bangkitkan smgt dan menghilangkan rse xde org syg..haha..

amuro..loh, sape pulak minat kat brad pitt..aku tak pun!takpe..aku minat kat kau..

bzz..oh?switkah?iklas x ni?haha..

bzz said...

ikhlas gituu...