Saturday, August 18, 2007

kitty!


Pertanyaan mama aku kepada aku pada hari ni melalui perbualan telefon, setelah empat minggu meninggalkan rumah kami di Johor, "Along dah buang kucing, eh? Ya?"

Erkkk?? Kenapa tanya aku yang berada di UK yang beribu batu ni? Along aku tiada di rumah kerana ke Mersing. Ahad baru dia balik. Aku menjawab, "Er, tak ada ke kucing-kucing tu?"

Hakikatnya kalian, ya, kucing-kucing itu memang sudah kena buang oleh Along. Aku tahu, kerana Along 'confuse' sama ada mama aku mahu kucing-kucing itu dibuang atau tidak. Sekejap mama aku kata, "Buanglah." apabila ramai mengadu kucing-kucing itu suka hati 'parking' najis mereka merata-rata dalam rumah. Sekejap lagi mama kata pula, "Tak payahlah buang. Biar dia tangkap tikus." Ketiadaan mama aku di rumah menyebabkan Along terpaksa membuat keputusan sendiri, lalu kucing-kucing itu dihantar ke pasar. Tapi, ibu kepada kucing-kucing tu tak dapat nasib yang sama kerana dia sangat garang. Along aku takut nak angkat dia. Haha.

Mama aku berkata lagi, "Habis kucing yang besar-besar, cantik tu dia buang. Yang mak kucing tu tak mahu pulak dia buang sekali."

Aku, "Aaa..."

Mama, "Agaknya dia dah buang, tapi mak kucing ni pandai cari jalan balik."

Aku menjawab sambil gelak-gelak 'nervous', "Tu lah, agaknya Along buang dia tak potong misai kucing tu." Teettttt! Jawapan yang pelik dari seseorang yang tau akan fakta sebenarnya: Along takut dengan ibu kucing tu.

Along kata ibu kucing tu bunting lagi. Aku harap dia lahirkan anak kucing lagi supaya dapat ceriakan mama aku.

Hoh. Maafkan kerana tak bercakap benar. Tapi aku taknak menjadi orang yang menyebabkan konflik. Maka aku mahu biarkan mama aku bersoal-jawab dengan Along sendiri. Tak lama pun, esok dia tahulah jawapan sebenarnya. Heh. Ya ampun!!

7 comments:

Anonymous said...

cian kucing2 itu..
babai kucing2.
dan kepada mak jet..
auntie,kucing tu da kene buang dah

Minci said...

auntie... ekceli kan ur along is scared of that mother cat...

Anonymous said...

kalau buang, elok buang kat kedai makan... senang kucing tu nak makan :-p

jetjetsemot said...

nad and minci..ni ape ke he menjadi pengadu kepada mak eden ni..

amuro..yeh, no worries..pasar tuh ade kedai makan gak dekat2 situ..insyaAllah kucing2 dpt makan..

bzz said...

Kawan adik saya, Si Cindai pernah buang kucing. Rumahnya kat Bukit Gambir, Muar. Buang di Gersik. Lebih 5km.
Kucing berada dlm guni setiap masa

Kali pertama, kucing balik ke rumah.
Kali ke2, potong misai still kucing balik rumah.
Kali ketiga. Tutup no plat motor... Trus kucing tak balik rumah!

jetjetsemot said...

erkkk?kisah benar ke?!oh mcm scary movie..

bzz said...

betul...
takde tipu... Diakui mak cindai lagi. So next time kena tahan polis sebab takde no plate, ckp... "Saya baru je lepas buang kucing..."