Thursday, August 23, 2007

bengong


Tadi, senior saya berkata, "Pergilah balik. Saya rasa awak ada benda lagi bagus untuk dibuat." Ya,bos..ada. Inilah kerja saya.

Aku selalu makan benda bukan-bukan. Masa sekolah rendah, berkawan dengan budak-budak cina. Salah seorangnya suka 'offer' aku makan. Aku pun makanlah. Selalunya dia bagi makan kek sepan [sponge]. Hulamak, lembut macam lembut. Hehe. Hah, tak tau nak 'describe' macam mana. Lepas tu, member cina aku yang lain 'sound' aku, kata "Awak jangan makan apa yang dia kasi. Ada babi lah." Hadei. Terkena.

Kemudian, makan di Ikea. Entah apa nama hotdog tu. Yang ada masuk berita katanya salut hotdog tuh ada kandungan 'derived' daripada babi. Dua kali [kalian kira ke tidak ni? Kasyah (katanya dirinya bendul), tolong kira]. Masa tengok berita tu, tepuk dahi sebab dah makan. Sepupu-sepupu pulak boleh tanya aku [dengan niat memerli],
"Sedap tak makan babi, Jah?" Haih. Sampai sekarang masih perli-perli aku. Kurang ajar betul.

Lagi satu, diracun oleh Minci. Dibaginya aku makan pepperoni. Kuang..kuang..kuang...Tapi aku tak dapat pun 'slices' pepperoni tu. Tau, tau, tiba-tiba ada orang bersuara, "Rasa tak, ada daging dalam kuah spaghetti ni?" Tiba-tiba ada daging, kan? *Konpius. 'Magic'. Katanya, dia tak letak daging. Laaa..manalah aku tau daging halal ke tak yang kau letak. Aku 'assume' halal lah. Hahaha. No offense Minci [maafkan]. Aku bangun untuk pergi melihat botol kuah 'instant' untuk spaghetti tu dan tertera perkataan: PEPPERONI. Dah antara kandungan membuatnya adalah 'beef' dan 'pork'. Haiyoo. Terus menyamak periuk belanga semua. Tekak pun menjadi kembang.

Kemudian yang lagi satu, diracun oleh penjaga-penjaga peperiksaan kami. Waktu itu di kuarantin setelah menamatkan 'exam'. Dia orang pun bagilah kami orang makan biskut. Biskut dia 'nyaman'. 'Party ring biscuits' namanya. Aku bukan main suka biskut tu. Memakan lah dua-tiga keping. Kemudian, biskut yang tinggal last-last pun nak berebut jua. Lepas tu pergi kedai, aku dengan riak dan yakinnya meng'rekemen' biskut tu supaya dibeli oleh pengurus Za. Dia pun [bendul macam Kasyah jugak, tapi tak boleh 'challenge' Minci punya bendul] membeli dengan penuh kepercayaan. Bila 'time' nak makan biskut, barulah membaca 'ingredients' dan didapati ia mengandungi gelatin. Aku punyalah fed-up. Hadei.. Asyik kena racun je. Tak boleh jadi!

Macam manalah otak aku tak lembab? Macam manalah aku tak saikosis?

Dengan itu, [setelah empat kali] aku pun mula 'develop' sikap berhati-hati. Tapi, itulah, kadang-kadang manusia terlupa dan tidak sengaja. Aku nak memperbetulkan diri aku. Maka, Roaccutane yang di'prescribed' oleh doktor juga tidak aku makan. Kerana mengandungi gelatin. Aku perlu lebih hati-hati dan mengamati 'ingredients' benda. Hari tu, entah siapa pergi pandai-pandai jual kaki babi sebelah ikan. Macam cipan je perangai. Terus terbantut hasrat aku nak beli ikan dari kedai kau. Padan muka! Bak kata pengurus Za, "Selekeh!!". Hoh, semoga berjaya Jet. Dah, ngantuk, di kala jam menunjukkan pukul 6.17 pm. Izinkan aku untuk mengambil selekoh kiri. Dan maafkan jika isen ini kurang sensitiviti.

Adios~

P/S: 5 kali sebenarnya. Satu lagi makan antibiotik kapsul yang mengandungi gelatin. Demn.

9 comments:

Anonymous said...

wowwwwwwww
banyaknyerrr jajah telah termakan ba alif ba ya..

saya tepok2 saja dalam nada kesian jua..

tp apa rasa dia ?

Anonymous said...

caya lah jet... dah lulus kalau nak masuk fear factor versi US&A... :-p

kawan i yg studi kat New Zealand pun pernah termakan sosej babi....

* i pernah termakan kangaroo tak sembelih masa kat Perth :-p

bzz said...

Byk kali makan hotdog ikea..
Dan masih makan. Sedap...

Masalahnya... Masa tu, betul ke ada ala2 kebabian disitu? Takkan?.. Makan lagi... nyumnyum..

jetjetsemot said...

nad nad..mmg kesian..aku kesian kat diri aku snrik juge..enta, mne tau rasa ape..daging die x dapat..yang lain tuh hanyalah derivative, maka mnelah rasa ape2..

amuro..fear factor pala otaknyeh..hehe..oh, koman ok termakan bende2 tak halal..tu la sume org kena hati2..beli kasut pun kne tgk kulit ape tuh..

bzz..kdai hotdog kat ikea tu mmg dolu kompom kontroversi tak halal tuh..tp dyrg pun tatau mase tuh..so kedai tuh kena samak sume skali..pehtu buat statement mintak maap..skang dah halal la..awk nak makan 8 juta hotdog pun sy no hal..

Minci said...

wah.. nk mkn hotdog ikea lah nanti. hehe

huahuahua.. kisah peperoni tuh sgt kelakar serta depreskan aku pada masa yg sama ketika itu.,. terasa bersalah giller kasik korang mkn babi.. haha
seriously.. aku tk register langsung perkataan peperoni tuh dlm kepala.. muahaha

Anonymous said...

huhuhu...byk gak jet mkn benda yg dtgnya dr tenok pink tu...huhuhu...kena letak tanah n samak nie mulut..hehe(dlm nada bergurau)psl peperoni tu..adehh..susah mau ckp..sedih pun ada..kelakar tahap dewa pun ada..apa2 pun mmg kena berhati2 bila memilih makannan..kdg2 tali jam pun dibuat dr tenuk pink tu gak...

Anonymous said...

pg chilis celebrate bday kawan order shrimp and mash potato..skali atas dia ade slices of bacon..sket lg nk makan..gelatin pn ade gak yg termakan..then been eating centrum for years..skali kawan ckp xley makan plak..tros buang botol2 centrum..yg xpnah abes tu

jetjetsemot said...

mini-minci..alaa..xpela...bukan sengaja pun kan..kalu sengaja tu lainlah..aku ikat ko kat pokok blakang ruma..p/s:maapkan cite kat sni..

anon..ni sape ni?malas tules nama ni?yeh, kesimpulannya kena hati2..la sume skali..mmg kdg2 rasa nak telan air tanah gak..pehtu dansing with squid, bagi cleanse itu dalam saluran makan..

daju..ape ke he chef tu letak bacon atas shrimp n mash potato..lempang jugak..shrimp, shrimp je la..tp elok kalu ade menu yang explain ape die letak dlm makanan tuh i.e. describe..yeh, slalu bende2 capsul tuh mmg la ade gelatin..

kesimpulannya, aku nak jadi menteri kesihatan, nak suruh org farmasi/klinik kasi leaflet ubat spy pesakit leh tgk ingredients ubat dyrg...ni tak..main makan je membuta tuli..bukan leh caya..votelah aku..haha..

Anonymous said...

alhamdulillah masih lom lagi termakan benda2 terlarang tapi kalau ada yg dah termasuk dalam perut tapi memang xtau bnda tu haram...entah la...

sgt berjaga2 ngan makanan..bahaya sgt.

dulu penah skali kawan rembat tomyam adabi masa nak buat bbq. even dah tau tapi buat bodoh je la. seronok enjoy makan bbq ramai2..

tapi lepas tu sampai skrang rasa sgt bersalah makan benda yg halal yg jadi xhalal.

nak mintak maaf kat mamak tu jauh la pulak... :(