Saturday, August 11, 2007

bas sekolah magik


Pernah naik bas?

Bas ekspres?

Pernah borak dengan orang yang duduk sebelah kalian?

Aku pernah buat sekali. Laa..bukan naik bas ekspres sekalilah. Tapi borak dengan orang sebelah dalam bas. Helo? Helo? Bukan aku yang mula dulu OK. Harap-harapnya, itu yang terakhir.

Dulu-dulu, masa aku duduk KL, ada satu masa tu aku rajin gila balik Johor. Zaman itu dinamakan zaman depresi dimana bidang pengajian perubatan tidak berpihak kepada aku, dan aku lebih senang ulang-alik KL-Johor setiap minggu macam bas itu bapak aku yang punya. Waktu itu aku lebih selesa berada dikalangan mama, along, adik, dan anak-anak buah aku. Mama dengan senyapnya, tanpa kata-kata perangsang tapi makanan yang sedap untuk 'comfort'kan aku. Along dengan suntikan semangatnya, se'mug' air milo, dan suruh aku pegang anak dia. Eh, ke anak orang lain? Aku lupa. Adik? Menonton cerita Chucky: si patung pelik tu, cuba mengganggu-gugat konsentrasi belajar aku. Kerja ulang-alik itu bagai terapi yang membantu aku mencari semangat yang hilang. Ubah angin lagaknya.

Biasanya aku menaiki bas Cepat Ekspres. Dan pada hari dimana pertama kali aku borak dengan orang sebelah aku, aku tidak cukup tidur. Dalam fikiran aku dah 'set' awal-awal bahawa aku nak tidur sepanjang perjalanan. Aku naik dan memilih tempat duduk dibahagian tingkap. Tak lama selepas tu, seorang pemuda duduk di sebelah aku. Setelah bas bergerak, tapi masih belum meninggalkan Kuala Lumpur, dia menegur aku. Borak macam kambing. Aku ngantuk, mungkin dia tak sedar. Dia yang banyak bercakap, dari hal kerjanya sebagai 'sailor' dan tujuannya ke Johor untuk membeli kereta Waja. 'Something' pasal dia selalu berlayar menyebabkan abangnya yang di Johor yang mengendalikan urusan pembelian. Bertanyakan aku tentang pendapat kereta kerana padanya penting pendapat seorang perempuan dalam hal sebegini. Oh, what the...Sampai matahari tak ada lagi, malam dah terjah. Aku 'usha' saja bulan dengan harapan yang tinggi untuk tidur. Tapi dia masih lagi bercakap. Kemudian bercerita pasal Akademi Fantasia, apabila lagu Zahid/Adam kedengaran dari radio bas. Satu yang aku perasan sejak dari awal, mukanya nampak 'familiar' dan dia berbau 'sedap'. Katanya, pertama kali dia balik setelah lama belayar, anak saudaranya memanggil dia 'Zahid'. Aku pandang dia betul-betul, dalam gelap bas tu dengan bantuan cahaya bulan (matilah macam novel, tapi betul wooo!). Ya kalian, muka dia macam Zahid. Sangat....sangat..sangat..muka Zahid Akademi Fantasia. Sampaikan waktu berhenti makan di Machap, apabila kami turun, semua orang berpaling padanya. Tengok sampai dua tiga kali akibat rupa yang sangat-sangat sama. Dia 'insist' nak belanja aku minum/makan, tapi dia mahu ke tandas dahulu. Oh, crap! Aku terus beli air aku sendiri dan minum. Niat nak makan mihun soto kegemaran, aku tangguhkan. Sori beb..aku tak mahu terhutang budi, nanti tergadai 'body'! Haha. Dia nampak 'disappointed' bila aku dah beli semua guna duit aku sendiri. Helo? Kamu itu 'stranger', ingat aku nak percaya senang-senang ke? Dia minta nombor telefon aku. Ini paling aku lemah. Siapa-siapa tanya, memang spontan saja keluar nombor telefon aku dari mulut ni. Aku tak pandai nak tipu, aku tak pandai nak pusing. Nombor telefon yang betullah akan aku kasi, walaupun sebenarnya aku tak nak kasi. Dan selalunya, adegan minta-minta nombor telefon akan berakhir dengan aku meng'ignore' si peminta nombor. Ya, Zahid dapat nombor aku.

5 jam!! 5 jam perjalanan tanpa tidur, bagi aku yang benar-benar perlukan tidur! Mendengar Zahid celup itu bercakap. Bila sampai di rumah, dia 'call' dan mengayat-ayat aku. 'Saya rasa macam awak ni dijadikan untuk saya..Betul!' What the...Kodi gila. Aku perempuan pun boleh tau ayat tu sangat kodi. Aku cakap, kawan saja. Dalam hal ni, aku tak ada masa nak 'menggatal' balik dengan dia. Aku tak tahu, tapi aku sangat pasti yang aku tak bersikap positif (mengawan semula) terhadap dia. Adakah antenanya sudah rosak?? Tak dapat menangkap 'signal' itu??

Rajin juga si Zahid celup ni 'contact' aku. Sampai satu masa, waktu aku sedang tidur dengan nyenyaknya di rumah sewa aku di KL, dia tiba-tiba telefon. Suaranya sangat 'desperate' dan meminta aku tolong. Aku dengan malasnya cakap, 'Tolong apa?' Oh, dan 'pervert'nya sangat jelas pada malam itu. Aku sangat marah dan 'hang-up'. Tak payahlah aku cerita apa yang dia minta pada malam tu. 18SX OK. Haha. Aku yang baru dapat tidur dua jam, terus segar-bugar dan tak dapat nak tidur. Rasa nak lempang saja mamat bangang tu. Asyik kacau aku tidur je!

Kisah tak terhenti disitu. Dia masih lagi 'contact' aku. Aku seperti biasa..buat bodoh. Tapi dia main kasar dan mesej benda-benda yang tak senonoh pada aku, dan minta aku top-up kan kredit telefonnya. Bila aku tak buat seperti yang dia mahu, dia mula panggil aku dengan nama-nama yang keji. Eley, panggillah. Aku taknak top-up pun. Aku tak beritahu abang aku tapi entah kenapa abang aku tiba-tiba berkata, 'Jangan layan orang gatal macam tu.' Erkk? Pelik...psychic ke? Ke naluri lelaki?

Ya, aku trauma. Dan waktu itu, syukur aku sedang menanti untuk 'terbang' ke UK. Dan Zahid celup, dengan cepatnya hilang dalam hidup. Trauma, sehinggakan aku tak boleh pandang Zahid sebenar. Hoh!

Sekarang, mahukah kalian bercakap dengan orang di sebelah kalian dalam bas? Doalah banyak-banyak orang itu bukan 'pervert'. Tapi 'best' juga kalau duduk di sebelah seseorang yang tiba-tiba kita 'discover' kita pernah membaca blognya. Hehe. Ikhlasnya...Aku benar-benar mahu belajar bagaimana mahu menghantar 'signal' yang benar pada lelaki. Tolong, ajarkan...sebab 'signal' aku selalu salah.

Picture source: FallingMonkey

15 comments:

Minci said...

maaflah.. tk boleh nk ajar signal sbb yelah.. signal aku pun LEMAH jugak.. tk pepasal kena propose..oh god..

haish.. kalau aku pun mesti tk tahan org laki yg byk ckp nih.. cuba ingat balik.. dia ada taik lalat tk kat bibir dia.. matilah becok..

oh.. permintaan XXX kah? huhu.. suro je dia carik kt Myspace tuh.. melambak yg boleh di'XXX' kan... tapi bukan akulah ok..

Hmm... siapa yg dok sblh ko pastuh perasan dia pernah baca blog kau? Or the other way round? hihihi

Pengurus Za said...

erkk..scary mary lah
org saikologi betol

jetjetsemot said...

mincik..hahaha..ko lagi hopeless..signal salah smpi kne propose..hehe..eley..siti ko tuh ada taik lalat kat bibir, tak becok pon dia..entalah pesal mamat tuh bole igt aku leh jadi rakan xxx die..yang last part tuh, x kesah la kan, asalkan cm coincidence..'eh, dia ni cite cm familiar lah..err..awak ada blog ke?eh..minci..' cmtulah..

err..mungkin aku patot tuka ayat isen tuh, 'adakah anda pernah borak dgn org sebelah anda yang bukan kawan/sedara anda yang naek bas bersama-sama anda.'

za..yeh..scary dan saiko..bia die..jahat tuh..tampokan...

Anonymous said...

hahaha tergelak aku baca post ko kali ni. aku tak pernah naik bas express :-p tak boleh la nak bayangkan cemana. tapi ade kawan lama aku yang telah bertemu kat jodoh dalam bas express. dah ade anak satu dah sekarang. fikiran orang kita susah nak baca, biarlah kita berkawan je terlebih dahulu tak kiralah tanggapan dia macam mane pada kita. bila kita dah nampak perangai dia yang sebenar, barulah kita buat pertimbangan kemudian.

mamat tu saiko la...elok la ko tak layan dia...

ps: muka aku pun cam celebrity... tak caya gi lah tgk my celebrity look alike kat dlm blog aku :-p gurau je :-p

Anonymous said...

wow sila tulis orang diatas
akan naek bas dan jatuh chenta

bzz said...

Love 'buzz'???
Certain org memang ada macam tu.

But, kalau awk at 1st place tak berminat ngan org tu. Dlm apa cara pun. Sama ada org tu tak hensem, becok atau ape sekali. Jgn bagi no telepon... NEVER...

kecuali awak dah kenal dia dari blognya... Hehehehe... :p

Note - Oh ya, jgn tertarik dengan org sebab org tu macam artis. Tak jadik artisnya org tuh...

Anonymous said...

hurmmm..nak cakap ngan awek kat sebelah amat2 jarang..malu betul. tapi kalo sebelah jantan dan nampak cam sedap dilayan..5-6jam perjalanan xtido..haha

penah jumpe zahid mase makan kat restoran madina. oMG muke die bapak besar.


yg si celup tu, memang patut disula. tq

jetjetsemot said...

amuro..oh, jodoh didalam bas?menarek..sgt-sgt byk tempat nk jupe jodoh..heh..yeh,naseb baek aku x layan dia sgt..hahha..aku tau muka kau macam mawi..mawi leh jumpe kat kmpg aku lah..

nad nad..adeka kamu mau ketemu sama jodoh di atas bas?

bzz..yela..yela..x bagi no fon, tapi siyesly..tak pandai..kat sini pun pena sekali terbagi org no fon..hahahhaha..tak tertarik pun dgn org muka cm artis..baek kawen dgn artisnya tros..

kasyah..nnt kami aja cmne nak ckp dengan gadis sebelah kamu dalam bas..haha..oh ye?muka zahid besa?muka mamat ni xdela besa mana..mungkin dia kacak siket dr zahir sebena..haha..yeh, tolong la sula sicelup itu..

Minci said...

kau patut berkawan dgn anuar zain masa naik kapal terbang hari tuh. haha

Anonymous said...

haha..the anuar zain part is true..

chucky tuh character cite child's play la..one of my fav..ahaha..
tp dulu my face byk gile pimples smpai my siblings pnggil chucky..jahat..

xpnah naek bus express..tp agak klakar + scary la ur cite...

jetjetsemot said...

mincos..i neves la nak kawan dgn abang anuar..haha..

daju..anuar part is true?hoh..tak berkudrat untuk melakukannya..u chucky?adik kami pun suka chucky tuh..bengong je..haha..ni lagi sorg tak pnah naek bus express..g lah naek sama2 dgn amuro ray, dok sebelah, leh berkenalan..heheh..

Anonymous said...

heh heh heh...hubungilah saya... :-p

Anonymous said...

jet
saya mau ketemu jodoh saya dalam mimpi hehehe

bzz said...

Awk nk bg signal ape?
Ada dua tu.
X suka or suka?

Emma said...

Pity I don't understand a shit of it, but hey, damn nice picture!

Greetz,
Fallingmonkey.