Tuesday, July 31, 2007

nenet


Sebelum aku bergerak menyusuri lorong-lorong gelap untuk ke London, inginlah aku berkongsi dengan kalian akan cerita sains fiksyen aku yang terkini. Bertajuk: NENEK.

'Scene' pertama berlatarkan sebuah lapangan terbang terkemuka tanah air. Aku sedang menunggu untuk menaiki sebuah pesawat. Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang sangat 'familiar' wajahnya; nenek aku. Aku pun berjalan ke arahnya. Wajah nenek aku nampak takut-takut. Aku menegurnya, 'Tok? Buat apa kat sini, tok?' Katanya nak menaiki sebuah pesawat juga. Aku tanya lagi, mahu ke mana. Katanya mengikut seorang lelaki yang merupakan ketua rombongan nenek aku. Nenek aku menerangkan dengan panjang lebar bahawa lelaki itu mahu membawa nenek aku dan rakan-rakannya ke sebuah tempat dimana mereka akan dimatikan secara aman. Kerana pada mereka dunia ini sudah tidak aman lagi. Terlalu banyak kuasa jahat dalam dunia ini. Sah-sahlah aku terkejut, lantas cepat saja aku mem'brain-wash' nenek aku. Aku cakap, 'Dia baik sangat ke? Cuba atok cakap apa benda jahat yang dia tak pernah buat?' Kemudian aku pun meng'list' semua kelakuan jahat yang orang boleh lakukan. Nenek aku hanya menggeleng atau mengangguk kepada setiap kata kerja yang aku sebutkan secara rambang.

Apabila menyedari bahawa dirinya telah di'trick', nenek aku pun mengambil keputusan untuk lari bersama aku. Aku pun mengendong nenek aku disisi kiri aku dan berlari dari balai lepasan itu. Aku terfikir, 'Apa hal aku dukung atok pulak ni? Tolak dalam trolley sudah lah.' Tapi tidak, aku yang kecil terus berlari dan mendukung nenek aku. Dalam hati sekali lagi tergerak, 'Aku akan berhenti dekat tandas yang kedua aku lintasi.'

Seperti yang aku 'plan', aku berhenti pada tandas kedua yang aku lewati. Papan tandanya menunjukkan tandas itu tandas perempuan tapi tiba-tiba bila aku masuk, tandas unisex pula. Pintu tandas itu di'guard' oleh dua super Mario. Aku hanya memandang mereka, dan kemudian mencari-cari tandas yang kosong. Tandas hujung sekali tidak digunakan. Lantas aku memasukkan nenek aku dan berpesan, 'Tok..atok tinggal sini kejap ye. Saya nak check line clear ke tidak.'

Apabila aku keluar, terdapat seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan. Dia berpakaian kot hitam dan mempunyai 'ear-piece' telefon, ala-ala FBI. Dia menoleh bila menyedari aku di belakangnya. Dan seperti mana cerita sains fiksyen yang lain, aku pun bertarung dengan agen itu bagi menyelamatkan nenek aku. Selepas menang dalam pergaduhan itu, aku benar-benar pergi untuk 'check line'.

Aku kembali untuk mendapatkan nenek aku dari tandas itu. Apabila aku masuk ke dalam tandas, terdapat seorang perempuan yang berkomunikasi dengan nenek aku. Sikit lagi aku nak patahkan tengkuknya dengan silambam. Tapi berkat tolehan kepalanya pada had kelajuan 50m/jam, aku berjaya mengenali wajahnya. Ya, dia adalah saudara aku. Rupa-rupanya saudara aku telah menyediakan transportasi di bahagian belakang bangunan tersebut. Dan kami pun menaiki kenderaan yang disediakan dan beredar dengan selamat.

Haa. OK tak cerita aku? Hehe. Untuk pengetahuan anda, ini adalah mimpi aku yang diingat secara 'detail'. Part yang aku tak faham, kenapa..aku ulangi KENAPA kena sorok nenek aku dalam tandas??

OK. Nak ke London sekarang. Jumpa lagi dalam masa 3 hari, insyaAllah. Jaga diri, dan peribadi. Heh~

6 comments:

bzz said...

Hahahaha...

Awal2 baca... Ehhh macam cete HP yg baru je. Part yg awal2 tu. Sekali seterusnya bukan la...

Bagus2... Len kali awak boleh mimpi yg lain pulak. Nanti cete lagi. Kecuali mimpi tutt...

**Maybe sebab awak ingat org jahat tak suke masuk toilet kot? Hahaha...

jetjetsemot said...

terer kan saye?hehe..tu la..byk tau mimpi lawak..haha..x mampu nak citekan disini..oh, HP tuh ape ye?

bzz said...

Harry Potter... Ada tak sama? Hahahaha.. Ke cete lain aaaa? Blur blur...

Minci said...

ahahaha.. best giller mimpi nih.. sgt altruistic lagi berani okeh..

silalah tulis2 pasal london plak

Pengurus Za said...

hehe
penyakit ape lak ko buang kali ni?

jetjetsemot said...

bzz..hoo harry potter ke..kami x tgk la..

mincik..yeh..nanti menaip pasal londang..

pija..buang nenek aku..ngahah..