Sunday, July 15, 2007

interview pengganas



Picture source: istockphoto

Hinnsshh...hinsshh.. Tengah amik 'mood' untuk menjiwai watak aku sebagai seorang pelajar. Apabila ditanya apa watak dia, aku menjawab, "Ah, pelajar yang berwatak esok-nak-kena-hantar-tapi-report-tak-siap-lagi." *mode ayat dipetik dari Reuters. Maka untuk menjiwai watak, kita kena berjimba-jimbaan dahulu. Supaya the next thing that we know, tiba-tiba report dah siap. Kan?

Masa sekolah dulu, dari aku tingkatan 2 entah kenapa setiap tahun aku dicalonkan sebagai pengawas. Tapi, setiap kali itulah aku menolak. Sekolah rendah jangan cakaplah. Memang sedia gila kuasa, aku jadi pengawas setiap tahun sampaikan bila aku tak dijadikan ketua pengawas, aku jadi terkilan. Ceh!

Aku selalu menimbang-nimbang perkara yang akan menyerlahkan 'cv' aku dengan benda yang aku tak ingin nak buat. Apabila dicalonkan, kami akan dipanggil untuk di'interview' oleh cikgu. Apa yang aku tahu, setiap tahun ada saja pengawas atau cikgu yang calonkan aku. Entah apa yang mereka nampak pada aku pun aku tak pasti. Mungkin mereka rasa aku tak 'suit' pakai seragam sekolah putih-biru itu. Yang pastinya, aku tak pernah hadir bila dipanggil interview, kecuali interview untuk peluang terakhir, iaitu tahun terakhir alam persekolahan. Aku takut, kalau aku tak datang dan confront mereka, mereka tetap akan panggil aku untuk interview bilamana aku dah masuk matriks, universiti, malahan waktu aku dah bekerja juga. Non-stop. *Perasan~

Aku tak pernah tau apa yang akan mereka soal dalam interview sebegitu. Even dalam interview terakhir tu, belum sempat cikgu mengemukakan soalan, aku cepat saja berkata, "Saya taknak jadi pengawas, cikgu". "Kenapa?" "Sebab, saya tak rasa saya boleh bawak tanggungjawab tu." Cikgu tu masih lagi nak 'convince' aku untuk sandang jawatan tu. Beberapa kali juga aku nyatakan ayat yang sama, sampailah aku melangkah keluar dari bilik temuduga itu. Apa lagi jawapan terbaik yang boleh aku berikan?

Sebenarnya (untuk pengetahuan cikgu), aku taknak jadi pengawas sebab:

1. Pengawas duduk satu bilik dengan pengawas-pengawas yang lain. Walhal member-member aku semua bukan pengawas. Macam mana kitorang nak stay-up sama-sama. Minum kopi, buat sukan berenang dalam dorm waktu junior kami sedang tidur, dan kemudian tidur betul-betul depan pintu masuk dorm?

2. Aku bukan baik sangat. Ada je benda 'haram' yang aku bawa ke sekolah. Menjadi seorang pengawas dan membuat benda yang 'haram' bagi seorang murid samalah seperti aku mem'violate' kuasa. Aku tak suka begitu. Biarlah aku menjadi penjenayah yang membuat jenayah dan bukan pemimpin yang membuat jenayah.

3. Kawan-kawan aku bukan 'angels' di atas muka bumi sekolah tu. Kalau diorang 'fly', hisap rokok, bakar kerusi kelas, panjat dan terjun bangunan sekolah, pergi blok orang lain malam-malam; takkan aku nak report perihal mereka kat diri sendiri dan kemudian ke guru disiplin. Aku akan mencemar 'friendship'. Walaupun aku tak suka, aku juga bukan pe'report'. Hilang kawan kerana jawatan, bukan sesuatu yang aku 'fancy'.

4. Aku tak suka kaler uniform pengawas.

5. Mostly pengawas OK je. Tapi bukan 'league' aku. The thought of duduk satu dorm, pergi meeting sama-sama, buat semua benda sama..entahlah. It was just not appealing to me.

6. Aku suka duduk dorm aku tau. Dah lah bersih, cantik pulak tu. Menang dorm terbersih tau. Taknak lah pindah tempat lain. Tau?

7. Supaya bila ada kawan atau junior yang buat salah, aku boleh tegur saja tanpa ada sebarang 'jawatan' yang menjadi 'boundary' antara kami. Maksud aku, bukan kerana jawatan, tapi aku menegur insyaAllah kerana ikhlas.

Macam mana nak 'explain' kat cikgu tentang jawapan aku di atas. Mau ada kepala kena pelangkung. Akhirnya apa? Aku jadi watak biasa saja di sekolah. Tanpa warna-warna pelik pada uniform sekolah aku. Berjalan, bercakap, dan belajar dengan kawan-kawan yang sama. Satu benda yang aku tak pernah 'regret' dalam hidup ni. Biar 'cv' aku bangang macam sial, asal aku tak payah buat benda yang aku tak nak buat. Ada yang bertanya kenapa aku tak berjawatan. Bila junior yang berada di tempat aku bertanya patutkah dia jadi pengawas, aku jawab, "Kalau rasa nak nampakkan 'cv' cun, jadilah." Dan sampai sekarang aku rasa, biarlah 'cv' aku bangang. Rezeki kita, Tuhan yang beri bukan? Entahlah, mungkin otak aku patut di'tune'. Kalau tak usaha, mana nak dapat rezeki kan? Usahalah apa-apa, asalkan benda yang aku tak rasa berat untuk lakukan dan tak melanggar prinsip aku.

Akhir kata, saya bukan pengawas, tapi pengganas. Malahan mungkin juga mawas. Saya taknak jadi badan pengawas. Saya nak jadi badan saya je.

OK. Dah.

5 comments:

Anonymous said...

hang bukan mawas tapi penggannas..

aku benci sama pengawas@mawas yg poyo n abaikan prinsip ...wekk

Minci said...

ko kena pilih sbb muka kau garang.. kecuali bila kau senyum dan buat muka kucing..

pastuh..agaknya mcm nih.. bila kau ketuk je pintu bilik dari luar dan kasik salam..sure org takut.. sbb sore kau pun garang.. miahahaha

bzz said...

Kalau awak jadi pengawas sure jadi macam, 'Telan mati mak, luah mati bapak'.

Tak report nanti dikatanya tak jalankan tanggungjawab. Kalau report pulak nanti dikatanya makan kawan, gila kuasa.

So last2... 'Tak telan tak luah jadi mati kutu'

jetjetsemot said...

kasyah..eh bukan la..aku pengemas tau..woo..sangat jaki dgn pengawas kah?

minci..ceh..garang eh aku..time kaseh..sy sokong!!camane buat muke kucing..x pasan lak aku..

bzz..hoo..mmg..tak bes situasi tuh..ni ape lak mati kutu..kutu tak mati..sbb tak beli ubat kutu pon dalam proses mencari jati diri ini..

Minci said...

muke kucing tuh dia senyum dari tinga ke tinga pastuh hidung tuh kasik kembang sket.. muahaha