Thursday, June 21, 2007

kita merancang....


Aku tengah buat tekan tubi. Oh, sebenarnya tekanan bertubi-tubi dalam otak. Projek yang dirancang tak berjalan lancar. Ah, dah malas dah nak layan. Dahlah aku tanya soalan teka-teki takde orang nak jawab. Hahaha. Emo betul, Jet. Haa, anyway siapa yang nak tau jawapan soalan kenapa kakak kepada wanita yang pergi kubur tuh dibunuh oleh adiknya seminggu selepas mak diorang mati ialah: SUPAYA DIA BOLEH PERGI FUNERAL LAGI DENGAN HARAPAN DAPAT BERJUMPA DENGAN LELAKI YANG DIA JUMPA KAT FUNERAL MAK DIA HARI TU. Kalau jawapan anda sama dengan jawapan yang saya berikan ini, maka layaklah anda menjadi seorang serial killer. Apparently, soalan ni adalah salah satu soalan 'psychiatry' yang akan diajukan kepada suspek pembunuh bersiri. Adakah anda orangnya yang saya cari? *Adeh, mode-mode abang APEKEJADAH pulak~

Oh, berbalik pada projek yang meraban tu. Aku adalah contoh perempuan yang berfikiran singkat. OK, projek tak jalan kat klinik, kita kenalah cari jalan lain nak majukan projek kan? Entah kenapa pesakit yang datang klinik semuanya aku rasakan tak sesuai sebagai calon menjawab questionnaire aku. Last-last aku rasa data yang setakat ni aku dapat tunggang-langgang. Menunggang kuda adalah lebih best. OK, tak kisahlah tu. Aku pun berfikiran panjang nak pos surat dan questionnaire kepada pesakit yang tak datang klinik supaya diorang boleh jawab kat rumah je lepas tu pos semula kepada aku. Dari minggu lepas aku rancang. Masalahnya dah hari Khamis dah, tapi bibit-bibit kejayaan tuh masih lagi tak nampak. Kenapa?
1. Sebab supervisor aku 'off' 2 hari dan aku nak dapatkan approval dia. So, dah jadi hari Rabu nak menunggu dia masuk kerja semula.
2. List pesakit yang aku perlukan hanya boleh di'access' oleh seorang secretary bilamana secretary neurology ada berjuta-juta. Dan secretary yang seorang tu pulaklah yang nak amik cuti sakit sampai 2 minggu. 2 minggu, kak? By the time, I dah depress dan redha dah dengan kerja I tau. Nak dekat submission date dah tuh. Arghh!
3. Specialist nurse yang menjadi salah satu aku punya source of bantuan pun tak masuk ofis. Katanya takde di ofis until Khamis, 21 Jun 2007. Adakah itu inclusive of Khamis, atau sepatutnya Khamis dia dah kembali ke ofis? Aku call, masih tak dapat jawapan.

Haihh. Tengoklah. Sana cuti, sini cuti. Macam tu la semua orang. Cuti memanjang. Aku pun dah taktau mana arah tuju aku. Pergi pandai-pandai siap beli sampul surat 100 keping, setem 100 keping. Bengkrap tau! Bengkrap!!! Ye, rakan-rakan. Sayalah sumber aspirasi wanita berfikiran pendek. Sebenarnya urutan cara kerja yang terbaik adalah:
1. Tanya supervisor
2. Survey bilangan pesakit dan alamat yang boleh didapati
3. Beli setem dan sampul surat ikut bilangan pesakit yang didapati
4. Pos

Dan, bukanlah:
1. Beli setem dan sampul surat 100 keping setiap item (24 pound ku berterbangan macam dandelion ditiup angin)
2. Tanya supervisor (Dialog aku dengan super aku: 'I plan to mail the questionnaire to 50 patients.' 'DO YOU HAVE 50 PATIENTS?' 'Err..No~'
3. Survey bilangan pesakit dan alamat yang boleh didapati dimana TIADA SEORANG PESAKIT PUN DIDAPATI
4. Pos kepada angin lalu dengan harapan angin membawa questionnaire secara automatik kepada pesakit yang aku nak

Ye, sekarang aku ada setem juta-juta. Kalian nak poskad? Nak surat? Mehlah order kat aku, sementara stock setem masih ada. Hanya 100 orang pertama sahaja! Bangang~

9 comments:

Minci said...

eh.. aku nak beli setem lah nanti.. ngan sampul surat satu.. sebab nk kena hantar result kat JPA london.. miahaha

Pengurus Za said...

hahaha..
takde2...kitorang dah ade kemajuan
arini 20 pts..30 to go!!
iyahhhh!!!

ariba2..

jetjetsemot said...

yasminci..tengokla ade berapa extra setem dgn sampul surat nanti..kuaja btol ko ye..hahahahhahah..

cik za..yeh!ko adelah gudlak charm aku..bwk ko g mana2, kasik ade luck sikit..terima kaseh banyak tolong kami..sok tgk g kabinet file berabuk tu..kena pakai baju itam sebab baju puteh nanti kotor nampak..

Minci said...

hohoyea... dah dpt 20 patient.. baiklah...30 to go... moga lucky charm itu semakin lucky today..

kalau pakai baju itam pun nanti nampak habuk apa...
pakailah baju yg berhabuk terus.. :P

bzz said...

Ouhh...

Kalau macam tu. Bunuh je org yg cuti sesukahati tu. Nanti rekrut org yg tak cuti. Senang dpt data lepas tu...

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.

jetjetsemot said...

yeh..macam-macam ko ye yasmin..

hoo..bunuhkah..nanti msok jail, takya buat projek tros kan?hoo..nikmat..

rodrigo..porque..porque mi amor?

Anonymous said...

haha...banyaknya poskad n setem. kenapa idak hantarkan kepada pembaca2 wasaii-studio ini.huhu

tq ya for visiting my blog

jetjetsemot said...

luckily incik kasyah, telah berjaya menggunakan sekalian setem dan sampul surat yang ada..alhamdulillah..so takleh dah pembaca nk order surat kat sini..maka berita ini adalah berita innalillah kepada wanita busuk ati seperti yasminci yang suka menggelakkan..haha..tanak gelakkan dia smule, nanti kena tulah..yep..nice blog u haf there..suka membacanye..tengs juga datang ke sini..