Sunday, June 10, 2007
JET: senam, jangan malas
Nak meraban apa pun aku tak tau. Baik marhaban ye tak? Persoalan hari ini, berapa kali dan berapa lama sit-up patut dibuat untuk dapat perut yang kempis laksana tayar pancit? Aku pun tak pasti dan tak jumpa info yang aku nak. Nasib baiklah aku tergerak hati nak meng'google' isu ni. Ye, aku bukan ahli gim dan aku tak ada personal trainer yang nak 'provide' aku dengan ilmu berkaitan abdomen dan 'six-pack'.
Tahukah kalian bahawa tak ada gunanya membuat 'sit-up' dan 'crunches' membabi-buta tanpa melakukan senaman cardio yang intensif? Jangan risau. Aku pun baru tahu. Aku pernah membabi dan membuta membuat sit-up tanpa mendapat sebarang faedah sampai aku give-up. Ada baiknya aku give-up separuh jalan kerana aku tau aku akan mengalami masalah depresi kalau terus membuat satu kerja yang tak memberikan hasil. Rupanya di situ silap aku: tiada senaman cardio intensif. Senaman tersebut diperlukan untuk membakar lemak yang sedia ada di kawasan abdomen, supaya bila kita buat 'crunches' barulah kena kat muscle. Nak contoh? Macam pukul 'drum' yang dibalut kain tebal lah. 'Drum' tak haus sebab dihalang oleh kain tebal yang diumpamakan lemak di abdomen. Senaman cardio yang perlu aku buat sekarang adalah seperti jogging, running, rope-jumping, biking, hiking, aerobics, dan swimming. Swimming? Takleh woo, nanti lemas. Oh, lagipun takde pool. Hiking, tak ada bukit dan nak biking, takde basikal. Rope-jumping? Bukanlah hobi aku melompat-lompat ni. Maka, tinggallah aku dengan pilihan aerobik, jogging dan running. Baiklah, akan melakukannya di masa depan. Masa depan yang tak pasti. Haha. SEMANGAT!!!
Benda lain yang perlu aku lakukan untuk mendapatkan 'waistline' idaman adalah:
1. kurangkan kalori dan makan sihat..errrr?
2. makan on-time, small, frequent meals, and spaced out..aa..OK kot~
3. minum bergallon-gallon air...OK!
4. kemudian barulah sit-up itu..baik!
Kita mesti pulang ke Malaysia dengan badan yang 'toned' tanpa kata-kata keji seperti 'tembam'. Kemudian mungkin kita akan dipanggil berlakon dalam sequel 300. Yeh~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Cuba anda berlari2 di dalam rumah anda sewaktu kawan2 anda sedang tidur. Amalkan melangkah mereka pada pukul 2 pagi, melompat2 di atas soda, mendengus kepenatan dan menjerit 'hoooyeehhh' sekuat mungkin.
Insya-allah, dalam seminggu anda akan kurus dengan lebih cepat. Tapi pipi anda tetap akan tembam akibat di pukul kengkawan satu rumah.
tahun lepas aku berjaya turunkan berat badan sbyk 20 kg...
cara aku...
pagi biskut 2 keping
tgh hari makan cam biasa...
ptg skip
mlm biskut 2 keping
exercise 5 kali seminggu... 20 minit sehari (lepas balik opis sebelum mandi)
kalau boleh berlakon sequel, aku nk jadi pompuan2 oracle tuh.. yg menggeliat2.. pastuh bila pakcik2 buruk tuh nk cium.. aku patahkan tengkuk sorang2.. miahahaha~~
hoo bzz, banyaklah..mau kasik sy kena pukul..woo, tapi mesti deyrang xlh challange, sbb sy muscle da besa..miahahah..
encik amuro..waa..pesanan jenama apeka itu?tak sanggop deh makan bikot sje breakfast..kalu aku la, breakfast makan besar, yg laen kasik kecik2 siket..hoo, senaman ape dikau buat?
ck yasmin, serakah tau nak jadik oracle itu..die tak pakai pakaian rahsia..malu tau..hisy u ni..hahahha..aku dapat jadik mana2 gadis picisan dlm 300 okeh la..lambang kerampinganku recognised..heh...
dlm masa 20 minit ini yg aku buat ikut turutan.
1.lompat bintang sbyk 50 kali
2.pumping sbyk 30-50 (ikut kemampuan)
3.lompat bintang balik sbyk 50 kali
4.yg ni aku tak tahu nak explain mcm mane..tapi seksa dia mcm ketuk ketampi sbyk 50 kali..
5.sit up 50 kali utk atas perut
6.sit up 50 kali utk bawah perut
first time buat sure tulang2 nak tercabut...kalau dah biasa, okla...
jgn makan nasi 2 minggu, gerenti kurus :)
oh.. cik jetjetsemot nih bukan nk kurus..sbb dia mmg dah kurus.. dia nk 'tone' badan... nak bagi ada shape liang lintuk skit.. supaya abg brian friedman suka dia.. miahahaha~~
incik amuro..hoo..dasat senaman..tapi nak kena build-up strength la kalu buat senaman cmtu..siket-siket, lama-lama jadi bukit..thanx share tips exercise kat sini..
incik azwan..hahha..tanakla tak makan nasik..takle idop woo..2 minggu plak tuh..kenot,kenot~
yasminci..yeah, tone itu yang aku mau..tanak gelebeh-gelebeh..mau jd mantap..haha..oh, time kaseh mention nama abang itu..skang nk cari wajah dia, buat wallpaper laptop..heh..
Post a Comment