Thursday, April 12, 2007

mau makan onion ring?dikaki?


Ini adalah update tentang diri aku kepada sesiapa yang nak tau. Maklumlah, dah lama aku tak ditanyakan khabar oleh korang. Haha. Kalau taknak tau pun takpe. Senang saja caranya..klik kotak pangkah pada bahagian atas kanan window pada skrin anda. I don't mind.

1. Kaki sakit, perut sakit. Akibat buat senaman cardiovascular dengan budak-budak rumah. Turun tangga, solat, mak aaiihh sakit membunuh. Nasib baik rumah ni toiletnya bukan jamban cangkung, maka alhamdulillah. Perut sakit sampai aku tak rasa nikmat bersin dan batuk. Nak gelak ok pulak. Tak paham aku. Mungkin akan lama sikit sakit pada perut ni sebab kononnya nak keep on buat sit-up sampai mati....

2. Tinea corporis aku muncul kembali. Tu kata-kata perubatan. Kata orang putih 'ring worm'. Kata orang Melayu...err, aku pun tak tahu. Dia adalah sejenis jangkitan kulat. Bulat-bulat macam onion rings. Haha. Aku pun tak tahu mana aku dapat. Yang aku tau boleh menjangkit benda ni dari haiwan ternakan macam anjing. Bila masa pulak aku bela anjing? Kot-kot budak-budak rumah aku ada bela anjing dalam bilik, tak taulah pulak kan? Last time aku nampak orang ada tinea corporis adalah masa aku kat klinik beberapa minggu sebelum aku kena jangkitan. Jejaka kacak yang ada 'ring worm' pada bahagian badannya. Mungkin jangkit dari dia. Dan sebab aku tak compliant dan berdisiplin menyapu ubat, benda onion rings ini muncul kembali. Kambeng..

3. Hoo.. Muhyiddin Yassin telah menyelamatkan aku daripada episod hypoglycaemic. Aku ada sesi belajar one-to-one yang membabitkan 4 orang pelajar dengan 4 orang tutor. Entah macam mana sorang mamat yang ngong telah join sekali menjadikan pelajar berjumlah 5 orang dan tutor masih tetap 4. Setiap tutor ambil pelajar yang cepat mengangkat tangan bila mereka berkata "So, who wants to come with me?" Bila tutor yang terakhir berkata begitu, Yasmin cepat saja angkat tangan dan tinggallah aku tak bertutor. Aku yang merajuk terus pegi ke bangunan sebelah bangunan sekolah. Aku perasan Muhyiddin Yassin jauh di belakang aku. Bila time aku melangkah masuk pintu bangunan tu, aku jadik hypoglycaemic iaitu kurang kandungan gula dalam darah, dan pitam di tempat kejadian. Last scene yang aku ingat sebelum pengsan adalah Muhyiddin Yassin datang rasa tangan aku yang berpeluh, ambil kiraan nadi aku dan meng'diagnose' aku hypoglycaemic. Aku bangun dalam bilik rawatan dan terdengar suara Muhyiddin Yassin. Kemudian aku bangun sekali lagi dalam bilik aku. Yang bangun second time tu, bangun dari mimpi. Bangunan apakah yang aku masuk? Adakah bangunan kementerian pertanian?Kenapa hero mimpi ini Muhyiddin Yassin? Misteri hokey....

Sekian saja update saya buat masa ini. Saya harap kamu semua sihat-sihat saja dan tidak seperti saya~

5 comments:

Minci said...

HAHAHA... motif mimpi menteri?????
kelakar bangat... ceh.. giler suspen ah baca intro mimpi ko.. pecah kepala kau fikir sejak bila ada sesi tutor 4 org .. heh

oh.. dah besar lah ringworm kau nih eh... oh dear.. jauhi kau.. miahaha

yer betul... sakit kaki.. aku tk sakit perut sgt sbb aku tk habiskan aku nyer exercise ari tuh.. muahahaha~~

Minci said...

maksud aku adalah 'pecah kepala aku'

Anonymous said...

1. badan2 ku jgk terasa sakit TP masih boley terkawal lagi..gelak masih berdekah2..turun naik tangga masih boleh berlari2an anak

2. aku tahu bahasa melayu nye ape..bahasa indon dia pon aku tahu..hehe~

3. Muhyiddin Yassin tuh..hebat mimpi jet..rindu sgt msia bunyik nyer..

jay aizat said...

slamat exam...jgn pening2....

Anonymous said...

rajen2 lah ltak ubat yer..
hhaha..muhyiddin yassin of all menteris..hehehhe..