Wednesday, March 28, 2007
rahsia pohon cemara
Boleh tak nak update lagi? Sebenarnya aku ada banyak cerita nak dikongsi tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Sabtu, member aku di Malaysia hantar sms masa aku masih terkebil-kebil lagi atas katil. Masih tak sure aku mimpi atau di alam realiti dengan berita yang aku dengar selepas solat Subuh. Mamai. Member aku suruh aku bangun. Aku balas kata aku dah bangun, nak mandi. Aku tanya nak apa. Tetiba member aku call. Penting sangatlah ni sampai sanggup telefon aku dari Malaysia. Aku pun jawablah dengan suara serak-serak-basah-bangun-tidur aku.
'Aku nak bagitau kau something ni.'
'Apa dia?'
'Kau tau kak A?'
'Kenapa dia?'
'Dia masuk ICU since Khamis lepas.'
'Oh?'
'Lungs dia collapse. Tak boleh bernafas macam biasa. Dia kena intubate. Kitorang kat sini pun tak tau. Dia taknak siapa-siapa tau. Tapi F (boyfriendnya) bagitau gak. Sebab condition dia teruk. Masa aku lawat, dia dah mula sedar. Dah responsive.'
'Tapi, cam mana lungs dia boleh collapse lak? Apa underlying problem dia?' *matila interrogate macam doktor~
'Laa..kan dia sakit. Kau tak tahu ke?'
'Sakit? Sakit apa? Serious aku tak tau.'
'Lung fibrosis.'
'Emm..aku taulah yang dia tak fly aritu sebab dia punya x-ray finding tak acceptable. Tapi aku ingat scar kecik je kat x-ray tu.'
'Dia start follow up dengan doktor pasal scar tu sejak 2 tahun lepas. Tu je la aku nak cakap dengan kau. Ni pun aku gaduh-gaduh dengan budak-budak ni pasal nak bagitau kau. Diorang kata tak payah bagitau.'
'Emm..kau tau, pagi tadi pun ada berita sedih yang aku dapat...'
'Sorrylah sebab spoilkan hari kau. Aku just rasa kau patut tau...'
'Mmm..takpe. Thanks.'
Terkilan. Tu simplified version tentang apa yang aku rasa. Aku dengan kak A rapat masa di Bukit Jalil dulu. Aku paling rapat dengan dia berbanding budak-budak lain batch aku. Dia pernah cakap terima kasih sebab kawan dengan dia. Katanya dia tak ramai kawan. Kenal mak ayah dia. Abang dia. Adik-adik dia. Makan nasi lauk daging salai masak lemak di rumahnya. Shopping dengan dia. Belajar sama. Rapatlah, sampailah dia ada boyfriend. Bila dia nangis masa exam, aku cuba comfortkan. Bila dia kantoikan room mate dia, dia cerita kat aku. Bila dia tak puas hati, cerita kat aku jugak. Tapi kenapa bila dia sakit, aku orang yang last tau?
Aku dapat satu lagi sms dari member aku lepas phone conversation di atas.
'One thing aku lupa. Aku taknak in future tak kira siapa antara kita sakit or ada problem, tak inform sesama sendiri. Don't assume kau taknak menyusahkan orang or taknak orang risau. Please don't hesitate to make me worry or susahkan aku. Macam kes kak A ni. Aku akan menyesal kalau tak tau sampai sudah. Paham!'
Kena bebel.
Susah kes ni. Subjektif. Sebagai kawan kita kalau boleh nak tau semua susah senang kawan kita. Tapi, secara jujurnya aku sendiri tak cerita semua hal kat semua orang. Ada limitnya. Kadang-kadang bukan a matter of tak nak susahkan orang atau bagi orang risau. It's a matter of diri ni sendiri. Yang cuba untuk cope macam biasa, macam tak ada apa-apa masalah. Dan cuba kikis rasa kasihan dari orang lain. Bukan kerana berlagak diri ni kuat atau apa-apa sifat riak yang lain. Sebab layaknya manusia ni memerlukan sokongan dan bantuan antara satu sama lain. Itu fitrahnya. Mungkin ianya hanya untuk test kekuatan diri dalam mengharungi masalah sendiri. Salah ke? 'Selagi ada daya dikandung badan, biar aku sendiri redah susah hidup ni.' Kadang-kadang kita rasa in control of the situation menyebabkan kita merahsiakan situasi kita.
Bila member aku hantar sms tu, aku rasa ada betulnya. Kadang-kadang, dengan kuasa Allah kita tiba-tiba tak boleh kawal situasi tu. Menyebabkan situasi menjadi buruk dan tak dapat dibendung lagi. Kata orang bangkai gajah tak boleh di cover dengan tudung saji.*feeling Karam Singh Walia macam Biskutmuka~ Eh, ke nyiru? Apakah nyiru?
Masa tu lah member-member dapat tau. Entahlah. Jawapan yang paling tepat pada aku adalah 'hidup perlu wasatiah'. Sederhana. Ada masalah yang boleh dirahsiakan dan ada yang boleh diberitahu. Kalau masalah yang membuka hijab/aib mungkin tak perlu. Melainkan masalah tu meng'spoil'kan mood dan mengancam kesihatan mental. Tapi hijab/aib tu pun subjektif, ye tak? Matilah takde penyelesaian dalam perbincangan ni. Hamek iktibar je lah. Aku no komen...Kalau member nak bagitau aku, bagitau. Aku ada sini untuk dengar. Kalau taknak kasi tau, aku boleh buat satu je la....buat tak tahu. Aku rasa aku bukan jenis pendesak. Hmm, terus feeling nak cerita pasal telepathy. Lain kali keh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
pertama sekali,
aku doakan yg terbaik buat Kak A.. moga2 dia sembuh cepat.
2 - aku setuju dgn kawan kau yg kalau ada sakit/ problem.. usahlah terlalu berahsia..
3 - namun demikian, aku juga sependapat dgn aku bahawa kekadang kita tak share masalah kita sbb nk test sejauh mana keupayaan diri kita mengharungi badai hidup.. so, as you say, tiada jalan penyelsaian.
4 - silalah cerita pasal telepati..aku nak tau..hehe
5 - sesungguhnya aku tk ingat peribahasa 'bangkai gajah' yg lengkap itu.. so, tkleh nk tolong di situ..
"namun demikian, aku juga sependapat dgn aku bahawa kekadang kita tak share masalah kita sbb nk test sejauh mana keupayaan diri kita mengharungi badai hidup.. so, as you say, tiada jalan penyelsaian." KAU bersependapat dengan diri KAU sajakah yasmin?sunggo egois yg keterlaluan...heh..sje buli..
nnt tules pasal telepathy..
mesti kakmin boloq di situ..haha..spt biasa..
simpati jgak sama kak A..semoga cepat sembuh hendaknya..amin~
gajah ko sgt comel..gajah sarkas yer?
ehh korg pn maen bolok2 ke..
ouh..hopefully she gets well soon..
my ex-schoolmate sorg pn tgh ade kt hospital..unconscious..mule2 demam, then pengsan..we'll just keep on praying...
hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... jahat gilller buli aku.. tapi biasalah tuh.. keBOLOKan aku yg common is
aku = kau
sila = sial
yep..marila sme2 doakan utk kawan2 kite..
hoo..tuh gajah tuh bukan sarkis la..die tgh attempt suicide..nak gantung diri..then can sorokkan dia bawah tudung saji..try sajor..
kebolokkan kamu sunggo ganas..sila jadik sial pulak dah..
aku masih tk dpt tgk gajah tuh nk bunuh diri.. mcm tgh pegang pelampung jer..
tu la..mcm gajah sarkas aje..bunuh diri ape camtu..hehe
haha..sje fitnah gajah tuh..mmg sarkis ponggg..
Post a Comment