Friday, March 09, 2007
racau sang khalifah
Secara ikhlasnya aku tak ada benda nak update. Tapi atas rengekan manja Biskutmuka kat tag board yang di sebelah, rebel aku pun tak kesampaian. Aku cuma tak nampak apa motif aku menaip di blog ni kalau aktiviti sebenar studio tidak berjalan. Wasai nak matikah? Kalau setakat nak menaip kisah hidup aku, ada baiknya aku menulis dalam jurnal aku yang masih lagi tebal yang dah lama aku tinggalkan tidak berupdate. Walhal azam tahun baru aku adalah untuk menulis dalam jurnal tersebut setiap hari hingga aku mati. Oh, sebenarnya hingga helaian kertas yang terakhir.
Ikhlasnya aku nak tegaskan, tak ada benda yang berlegar dalam kepala otak yang seciput ini untuk dikongsi bersama kalian. Blank. Adakah nak aku cerita pasal rota sekolah aku yang baru? Tak relevan ok. Itu hanya relevan dalam jurnal aku. Ngaaaaaaaa. Aku juga adalah makhluk yang tak baca surat khabar sehingga disuruh oleh doktor membaca suratkhabar yang banyak cerita pasal penemuan baru. Secara spesifiknya tentang vaksin untuk mengelakkan kanser cervix. Wahai doktor, sila bagitau aku kalau George Bush dah mati. Oleh yang demikian, aku tak boleh nak kongsi pendapat aku pasal apa-apa isu semasa.
Stress itu akan datang bila kalian dibebankan dengan tanggungjawab yang pada awalnya tak mahu kalian pikul. Yang kalian terima untuk memuaskan hati orang lain dan akhirnya memakan diri sendiri. Kerja yang langsung tak membebankan akan jadi beban dalam situasi yang sebegini. Jangan main letak tanggungjawab kat bahu orang dan lepas tangan macam orang tu yang offer diri nak buat kerja tu. Ni sesi bercakap dengan diri sendiri. Abaikan.
Mak ai, makin stress pulak lepas menaip benda ni. Ini adalah hikmat menaip tanpa rasa mau menaip dalam diri. Tekanan yang diberikan adalah amat mendalam sehingga merasakan diri bodoh yang amat. Sakit apakah yang menular dalam diri saya, wahai tabibah?
Makcik kantin sekolah agama saya jual nasi lemak dalam plastik jual air gas. Kami makan dengan membocorkan bucu plastik yang tersebut.
Ei..demn ah u~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
dont stress2 la enjoy your weekend..do sth fun...heee...
ala..sye xpndai la bg joke and make someone day...huh~
ouh..nasi lemak dlm plastik??
adekah ianye lbih sedap if makan dgn cra itu??
eyh ade gk org lain pnggil air gas ekk..hehh..
nk link wasaii-studio la..ok????
ngaa..did something 'fun' today..spring cleaning..dr lua smpi ke dlm..haha..bes gk..pueh den..tp tu la..pagi2 da dibagitau psl cite sedih..demn btol..haishh..
mkn nasik lemak cara tuh adalah klasik..eheh..dan apeka nme laen bagi air gas?soda ke..soft drink kah..
haa..link la dgn wasaii nih cik daju..time kaseh~
apa citer sedey?
jet.. nak biskut..
boss...bile nk wat lagu neh?? kesian artis2 tu..isk3
cite sedey..adela pergaduhan saudara mara dan ketidakteguran dan ketidakmaapan dan kahalauan dan takmo dtg smule ke tempat kejadian..secara basic sajor..baek,sy akan buat biskot lps sy beli butter..ngaa~
tlg jentik tinge boss fiza..kejesama anda sy dahului dgn ucapan time kaseh..
masa baca isen nih.. aku mula2 tak masuk dlm palaotak.. 'air gas' tuh apa.. hahaha~~
heyyy priss ah..
u kontinu wraiting here!
don go away and menulis at ur journal coz how can i have a sneak then..
tulis sajer merapu2..
nnt cuti easter..wasaii masukla studio ,tak ke?
Post a Comment