Tuesday, January 16, 2007

tinggalkan aku terlena sendiri





Hooo..Peperiksaan atau hekzem atau hakzab [azab] sudah pun tamat. Rasa ngantuk yang amat sangat tiba-tiba menjalar dalam diri aku yang sebelum ini insomnia. Bukanlah insomnia sangat. Aku takut pernyataan aku ni dibangkang dek Biskut muka memandangkan pagi tadi aku minta dia kejutkan aku pukul 8 tapi aku sambung tidur sampai pukul 9. Dengan erti kata lain, aku tak ke sekolah pagi tadi. Maka sebagai kroni aku, dia juga ponteng sama. Hidup kami umpama cerita Titanic dengan slogan 'you jump, i jump'. Insomnia aku lebih kepada tidur yang tak nyenyak dan sering kali terjaga. Bila bangun, rasa tak segar seperti tidur tak cukup. Mandi, rasanya basah. Makan rasanya kenyang. Maka aku tak boleh didapati sedang jatuh cinta [versi ZA]. Maka aku tak boleh didiagnos sedang jatuh cinta [versi Hudatul]. Sekarang rasanya aku boleh tidur dengan aman. Dan dengan itu, aku boleh ke sekolah sebagaimana biasa dengan keazaman dan iltizam yang tinggi [tengoklah nanti].

Pagi tadi, setelah dibangunkan Biskut muka, ditinggalkannya pesan bahawa ada bungkusan untuk aku. Hooo, parcel dari mama dah sampai. Aku buka baik-baik. Ada keropok ikan, kiub pati ayam, serbuk pati ikan bilis, cili kering, dan tauhu kering serta sohoon [?]. Kemudian ada tiga kotak hadiah. Satu dari along dan keluarga, satu dari kakak dan anak menakan, dan satu lagi dari kasanova dan kekasihnya. Tiga ekor gajah baru hadir dalam hidup aku. Oh, kisah ini tak ada kena mengena dengan wasaii. Kesimpulannya, hari aku baik-baik saja. Bungkusan itu sampai tepat pada masanya.

Lain-lain hal yang berlaku hari ini:
1. Pakcik pemandu bas yang memandu menurunkan kami membabi buta.
2. Menapak penuh gah ke dewan peperiksaan hingga kadar gula dalam darah aku menjadi rendah.
3. Hampir-hampir mati di tempat kejadian tetapi disuakan biskut Oreo oleh seorang teman.
4. Menjawab peperiksaan dengan perut lapar, pundi kencing penuh, mata kabur, dan pelbagai masalah organ dalaman.
5. Menjawab sambil gelak-gelak dalam fikiran, sambil membuat mimik muka mengikut emosi.
6. Tamat peperiksaan dan membeli ayam Pizza Co.
7. Naik bas mini dan makan ayam sepuas hati.
8. Mengantuk.
9. Tiba di Preston.

Segalanya kembali aman bila sampai di rumah. Rasanya aku perlu tidur sekarang. Dan lalui hari esok dengan lapangnya. Fikiranku penuh kepoya-poyaan.

"Apabila bunga kembang berseri,
Seekor gajah keluar menari,
Lenggok ke kanan dan lenggok ke kiri,
Jemput seekor lagi keluar menari."

4 comments:

Anonymous said...

yey..
hekzem dah abes
la la la~

puas rase ati
dpt makan pizza co
erkk..alhamdulillah~

Anonymous said...

slps subuh,aku nk sambung tido balek..tp tahniah kepada korang kerana ekzem da bis

Minci said...

ahahaha... aksi gajah lembik bermagnet itu mengingatkan aku pada istilah 'grandmaster'.. :P

jetjetsemot said...

ZA..yey!!mkn pizza co..tp bile da mkn cm takmo mkn die dlm mse setaon sbb muak..

ye natrah..bjuang la anda sehingga ke titisan keringat terakhir..

haha..tu la biskut,mmg cm grand master..hahah..